Friday, August 6, 2021

Tips agar ros rajin berbunga

 

Tips agar ros rajin berbunga
Mesti ramai yang terpikat apabila melihat bunga ros yang cantik dan lebat. Setiap kali ke nurseri, ada saja yang mengikut pulang. Namun adakah kita dapat mengekalkan yang ia akan terus menghasilkan bunga yang cantik dan lebat apabila dalam jagaan kita ? Apa yang perlu kita tahu ialah mengenai cara penjagaan dan apakah baja yang perlu serta perkara lain yang berkaitan. Lihat di sini Tips penjagaan bunga ros. Entri kali ini adalah kesinambungan dari yang itu.

Diantara tipnya,,

1 – Tempat Yang sesuai
Cuba alihkan pasu ke tempat lain sekiranya pokok nampak tidak subur, Faktor cahaya dan suhu mungkin berbeza di lain-lain tempat/sudut di rumah kita.
Perkara berikut juga memainkan peranan :
Bebas dari gangguan binatang/haiwan/ peliharaan dan bebas dari pencemaran dan juga kesibukan .Tempat yang mempunyai pengudaraan baik  

2 –  Siram 
Sama seperti kebanyakan pokok bunga yang lain bunga ros juga perlu disiram secukupnya Kebiasaanya pokok bunga ros perlu di siram 2 kali sehari. Siraman mengikut keadaan cuaca, jika di musum panas yang terik, perlu di lebihkan

3 – Baja Organik
Baja yang berkualiti akan membuatkan pokok bunga menjadi lebat. Begitu juga dengan bunga ros, untuk menghasilkan bunga ros yang lebat baja yang diberikan perlulah baja seperti baja organik. Baja organik merupakan baja semula jadi tanpa sebarang bahan kimia. Kebiasaannya baja ros perlu diberikan setiap minggu. Jangan lupa gemburkan tanahnya sepaya tidak menajdi kemas dan padat.

baja udang

baja tahi ayam

baja tahi kambing

baja soya

baja bonemeal dan fishmeal

Baja organik dari rumah untuk ros rajin berbunga :
kulit pisang

Kulit pisang :
Kulit pisang masak adalah tambahan berguna untuk rejimen pemupukan mawar anda. Mawar menyukai kulit kalium dan pisang yang terdiri daripada mineral ini. Dan kerana mereka terurai dengan mudah, mereka dengan cepat mengeluarkan mineral berharga seperti sulfur, kalsium, kalium, magnesium, serta unsur surih ke dalam tanah.

Caranya : potong kecil kulit pisang dan rebus sehingga air bertukar warna. Tapis dan gunakan sabagai baja siraman pada pangkal pokok

kulit telur

Kulit telur :
Terdiri daripada kalsium karbonat, kulit telur adalah cara terbaik untuk memperkenalkan mineral ini ke dalam tanah, meningkatkan nutrisi kepada pokok.

Caranya mudah saja. Bersihkan kulit telur, hancurkan dan tabur disekeliling pangkal pokok. (Boleh juga digoreng atau masak dalam oven dan hancurkan, boleh dissimpan dan gunakan secar berkala)


4 – Buang Daun Yang Rosak
Tips yang pertama untuk dapatkan bunga ros yang lebat anda perlu buang daun yang telah rosak atau daun kekuningan. Ini kerana daun yang rosak atau kekuningan biasanya adalah disebabkan oleh serangga perosak. Jika tidak dibuang ia mungkin akan menyebabkan daun lain juga akan rosak

5 – Cantas Pokok Yang Sudah Berbunga
Seterusnya, pokok bunga ros yang telah habis berbunga perlu di cantas untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang baru. Untuk pengetahuan, bila habis segala kudup bunga ros menjadi mekar maka pokok sudah tidak mengeluarkan bunga lagi. Jangan dibiarkan bunga-bunga itu tanpa di cantas sehingga menyebabkan  menjadi layu. Salah satu sebab kenapa perlu di cantas supaya pokok tersebut dapat menghasilkan bunga yang lebih banyak.


No comments:

Post a Comment