Sunday, April 16, 2017

Ros St Ethelburga







Ros Spirit of Freedom



Ros James Gallway




Ros Benjamin Britten



Ros Christopher Marlowe






Tuesday, March 17, 2015

Tips menanam pokok bunga ros


1) Seperti tanaman lain apa yang diperlukan oleh pokok ros 
adalah tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi 
sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.) , air, 
matahari & sumber nutrien baja.

2) Pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-
baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram 
terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok
 yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.




3) Berikan baja secukupnya untuk pertumbuhan daun dan bunga serta menambahkan nutrien 
pokok.Gunakan baja organik  ataupun kimia  . Air basuhan beras & ikan juga boleh digunakan.. 
Sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana 
pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga.
 Potong kecil-kecil dan letakkan di dalam 
pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros. 

4) Selain itu, kulit udang, ketam juga boleh digunakan sebagai
 penambah makro & mikro nutrien yang tinggi

5) Pokok  bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh 
terus diletakkan di bawah sinar matahari

6) Pokok ros yang telah habis berbunga perlu
 dicantas untuk menggalakkan pengeluaran tunas dan bunga. Cubitan pada
 tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boelh meningkatkan
 pengeluaran bunga yang banyak.

7) Daunnya menjadi kuning dan 
akhirnya gugur jika kurang air. 
Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini.


8) Pokok ros juga senang diserang black spot, powdery mildew dan rust.
 Sekiranya pokok anda terkena black spot, buang daun-daun yang terkena
 penyakit. Boleh gunakan formula organik campuran 
cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit. 
Ianya lebih selamat brbanding penggunaan baja kimia.