Saturday, January 15, 2011

MASALAH POKOK..





Antara sebab2 pokok bermasalah ..

    1.)Siraman yang tidak betul... seperti tidak cukup air, terlupa siram terutamanya di musim panas.. Di musim panas biasanya pokok kena siram 2x sehari pagi dan petang, pada waktu biasa memadai siram sekali sehari. Jangan siram pada waktu tengah panas, nanti pokok tu boleh mati (pengecualian bagi rumput, cuma jangan guna air panas sudah la).Cuba check tanah dalam pasu anda, cuba tekan sikit, kalau tanahnya keras semacam itu maknanya tak cukup air, kesian pokok tu...Ada juga pokok seperti pokok bunga gloxinia tidak boleh terlebih siram, nanti jadi buruk, busuk batangnya dan kemudiannya mati.. hati2 pokok ni kena siram 2-3 hari sekali jer dan jangan banyak sangat sekali siram tu, memadai la.. (dah 2 pokok bunga  gloxiniaku mati gara2 cik abang sayang rajin tolong siram..disemburnya dengan paip air..)  


   
2.)-Kesuburan (masalah tanah yang tidak subur)..Tahukah anda pokok perlu dibaja biasanya 2-3 minggu sekali... Itu sebabnya pokok yang anda beli dah tak subur, kesuburan tanah dah berkurang, dah habis digunapakai, sebab itulah dia tak sihat. Kualiti tanah telah merosot dan  pokok tak cukup zat ( macam manusia juga la).. baja terbaik biasanya baja organik, tanya kat nurseri untuk  jenis pokok yang anda miliki
    
3.)Serangan serangga, ulat dan penyakit... masalah inilah yang buat aku bengang...antaranya ada sejenis serangga yang dipanggil spider mite, thrips dan white fly. Pernah tak tengok kat bawah daun tu ada tompok putih, ada seperti hama putih (pada sebelah pagi ia akan bertebangan di tepi pokok)... Awas, benda ni boleh buat pokok mati, ia boleh serang hingga ke akar, pucuk baru jadi mengeriput, bunga tak berapa nak menjadi. Itulah yang  pernah terjadi pada pokok-pokok bunga rosku.. 
-Solutionnya beli racun serangga kat nurseri dan gunakan 2  minggu sekali (berhati2 semasa menggunakannya, ada yang kena bancuh sendiri dan ada yang dah siap bancuh). Sembur pada daun- daun pokok dan tuangkan juga keatas tanah untuk hapuskan  yang berada kat dalam tu. Racun serangga ni juga untuk elakkan binatang lain seperti ulat, belalang dan lain2. Ada satu petua yang kutahu, boleh juga guna cili yang dimesin dan campurkan air, lepas tu siramlah kat tanaman untuk elak serangan serangga, aku baru cuba buat kat pokok2 bunga rosku sebab racun bau busuk la, uh... Sekarang dah nampak hasilnya, boleh tahan juga. 

Lihatlah siapa yang datang singgah di tamanku..

4.)Kesesuaian tempat dan suhu... pernah tak anda beli pokok kat cameron, cantik segar bugar... tapi bila balik rumah, hampa kecewa kerana pokok itu makin layu dan akhirnya mati macam tu, cantik cuma beberapa hari...ini mungkin disebabkan pokok tu tak sesuai dengan tempat dan suhu di rumah kita yang panas...
-Tahukah anda pokok ni ada tempat yang dia suka, cuba alihkan pokok yang nampak kurang segar tu ke bahagian lain di rumah anda, dan tengoklah hasilnya.. Ini kerana faktor suhu dan penerimaan cahaya yang berbeza-beza seperti di tepi rumah sebelah kiri dengan sebelah kanan rumah (cahaya matahari pagi dan petang yang berbeza mungkin)...
 
5.) Kenapa pokok tidak berbunga...  Boleh dikatakan hampir kesemua pokok bunga memerlukan cahaya yang cukup untuknya rajin berbunga.. Maksud cahaya tak semestinya pokok tu kena letak kat tengah panas, inilah yang kita selalu keliru bila penjual kata pokok tu tak boleh letak kat tengah panas.. tapi sebenarnya ianya juga perlukan cahaya  di tempat yang separa teduh tu jangan terlalu terlindung...pokok bunga kertas pula memang suka tempat panas...
Add caption

Bunga ros ku... ini adalah antara pokok yang memerlukan cahaya yang cukup untuk berbunga..



kalau anda ada apa2 lagi nak tambah jangan la segan2 bagitau... atau ada komen?

5 comments:

  1. Tengs for the petua...pokok bungaku br je kene hama putih2 ni sejak tanam cili padi....eiii geramnya.....

    ReplyDelete
  2. Saya bru jew tanam ros...so far ok lagi dia idup..cuma agak konpius la sbb org nursery tu ckp ros kena pki tanah merah...mcm berbatu kit tanah nyer,,, x brni lg nk ubh ros msok pasu besar sbb takot mati nnt,,, da 3 mggu saya bela...bunga x pts2....

    ReplyDelete
  3. Tgh sedih dengan serangan serangga.. kalau guna bancuhan cili Boh berkesan tak?

    ReplyDelete
  4. Salam...Mtak maaf tlebih dhulu..sbb nk tmpang iklan...saya ada jual anak pokok rerama hijau kawasan Penang , Sungai Petani, Alor Setar shj. Hubungi/ whatsapp 
    013 3525815.
    017 4364294
    Tqvm

    ReplyDelete
  5. saya ada pokok rerama, area semenyih. berminat wassap 012 6601722

    ReplyDelete