Saturday, January 29, 2011

Khabar dari taman..

Hajat hati nak cerita pasal bunga daisy... tapi nantilah yer.. jom lepak dulu tengok-tengok bunga apa yang sedang berkembang hari ini..



(Lupa apa namanya)




gloxinia purple


daisy


kemunting cina


tak tau nama
ros kuning
ros pink

daisy merah



Jom tengok bunga ros yang sedang berkembang (day by day...)...





Lain -lain.... 








P/s : Kualiti gambar mungkin kurang skit, belum beli kamera slr lagi, semua gambar di atas guna hphone nokia N79 jer... Nanti bulan depan nak sambar 1 slr.. dah join group digitalmukmin.com (digitalmukmin photography) tapi belum upload apa-apa gambar kat situ...

...Chow dulu...






Tuesday, January 25, 2011

BUNGA GLOXINIA

My bunga daisy

     Bunga  cantik yang mempunyai kelopak mirip seperti bunga ros ini adalah antara pokok bunga yang mula-mula ku beli.   Terdapat jalur yang berwarna putih pada helaian kelopaknya. Ada beberapa warna manarik seperti merah, purple dan peach, tetapi yang biasa dijual di kedai adalah merah dan purple, kerana warnanya yang terang dan menarik.

Di antara bunga daisy yang baru berputik


  
Pokok bunga ni sebenarnya mudah dijaga kerana perlu disiram 2-3 hari sekali sahaja.Kadar siraman pula adalah sederhana dan perlu berhati-hati, jangan siram secara terus dengan pancuran air paip yang kuat. Elakkan air dari bertakung di celahan batang dan kelopak bunganya. Jika tidak pokok itu akan menjadi lencung, bunganya akan bertukar kehitaman jika ada air bertakung, batangnya akan membusuk dan akhirnya mati. 


  Pokok gloxinia memerlukan cahaya yang cukup untuknya rajin berbunga. Ia boleh juga di tanam di dalam rumah tetapi di tepi tingkap yang terbuka dan masuk cahaya. Untuk mendapatkan pokok yang subur, gunakan baja organik 2-3 minggu sekali. Untuk memastikan bunganya mekar dengan cantik dan besar kelopaknya, guntingkan helaian daun yang terlalu banyak dan menganggu perkembangan bunganya.

Bunga daisy

    Pokok  ni boleh dibiakkan dengan mananam anak pokok (pastikan ianya ada akar walau sedikit) di sisi induk ke dalam pasu lain . Jika pokok gloxinia yang dibeli tersebut mati, jangan terus buang, gali dan ambil ubinya (seperti ubi keladi) dan tanam semula untuk mandapatkan pokok baru. Ubi tersebut boleh dibelah untuk menghasilkan  banyak anak pokok. Jangan pula terlebih siram.
(semuanya ni dari pengamatan dan pengalaman sendiri)

Sunday, January 23, 2011

RUMPUT MUTIARA vs RUMPUT CARPET

Rumput carpet memang terkenal dan diminati ramai kerana bentuknya yang halus dan cantik. Tetapi my hubby pula lebih sukakan rumput mutiara yang berdaun bulat dan pertumbuhannya yang menjalar horizontal tidak perlu selalu dimesin seperti rumput lain. Jadi ia tidaklah menjadi tempat bersarangnya haiwan/serangga berbisa seperti kala jengking dan lipan.
Rumput mutiara ( pearl grass)

rumput carpet (zoysia)

   Alkisahnya bermulalah projek menanam rumput mutiara di bahagian laman depan dan tepi rumahku yang agak panas tu. Rupanya punyalah cerewet, rumput tu tak tahan panas, kena siram 3 kali sehari tak boleh miss (tengahari pun kena siram) . Cuaca pula panas masa tu. Walau selepas enam bulan, rumput tu masih tak elok rupanya, warnanya kusam tak hijau seperti tak cukup air dan ada yang seperti mengering...

   Dibahagian laman belakang pula yang agak teduh, kerana aku minat sangat rumput carpet, so tanamlah rumput tu.Dalam tempoh 2 bulan (kalau tak silap la)  rumput tu tumbuh macam lalang! Mungkin kerana tempat teduh membuatkannya jadi terlalu subur.Aku pun punyalah geram melihatnya...

    Solutionnya, hubby aku alihkan semula rumput2 tu. Rumput mutiara yang tak tahan panas di tanam di laman belakang (sekarang dah menghijau), dan rumput carpet tu di tanam di laman depan dan tepi rumah yang panas, barulah tak jadi macam lalang. Tapi maklum ajelah, bayangkan kerja nak mengalih rumput tu macammana, makan masa tau.. Harap kisah ni jadi panduan... ada orang yang tak tahan pasal masalah rumput ni, so terus semen jer tak payah susah-susah kan? Tapi aku suka tengok hamparan yang menghijau...   

Fakta tentang rumput mutiara :
1. Rumput Mutiara ni Manja
2. Rumput Mutiara ni tak boleh kena direct sunlight
3. Rumput Mutiara ni mudah di makan Ulat
4. Rumput Mutiara ni Kena selalu siram
5. Rumput Mutiara ni kena baja 2 minggu sekali
6. Rumput Mutiara ni jangan pijak selalu, nanti mati 
7. Rumput Mutira ni tak perlu potong sebab dia tumbuh menjalar horizontal..
8. Tumbuh pada kadar yang cepat seperti permaidani dengan radius pertumbuhan yang luas tidak seperti rumput biasa bila berada di tempat teduh.


Cowgrass /Rumput kerbauparit (Axonopus compresus)




Monday, January 17, 2011

MAKSUD WARNA BUNGA ROS

Pernah menerima bunga ros dari seseorang?  Tahukah kamu apakah maksud yang tersirat di sebalik warna bunga ros. Kenapa selalunya orang lebih suka memberikan bunga ros merah berbanding warna-warna lain. Di sini diceritakan serba sedikit mengenainya:-

Ros merah 
menunjukkan si dia mencintaimu dengan sepenuh hati dan ingin bersamamu buat selamanya..melambangkan rasa cinta yang mendalam atau cinta sejati.



Ros kuning
Menunjukkan kegembiraan dan ambil berat atau ungkapan selamat kembali. Juga menunjukkan si dia ingin menjadi sahabatmu. Ros kuning juga dikatakan untuk menunjukkan perasaan cemburu terhadapmu..(kalau banyak sangat makna begini ku tak faham kenapa orang bagiku ros kuning tadi, he he..acah je.)

Ros putih
Menunjukkan rasa cintanya yang sejati sepertimana warna bunga ros itu. Di negara barat bunga ros ini sering digunakan dalam majlis perkahwinan melambangkan kesucian cinta pasangan.

Ros merah jambu
Mengungkap rahsia yang sekian lama terpendam bahawa kamulah cinta pertamanya dan menjadi idaman hatinya. Juga membawa maksud  mengagumimu dari jauh dan sebagai tanda penghargaan. 
Ros merah jambu juga melambangkan kelembutan dan simpati si pengirim.

Ros hijau
Menunjukkan tanda kesetiaan, ia juga adalah warna alam yang merupakan simbol kedamaian..(mana nak cari bunga ros ni..? ;p)

Ros Oren
Menunjukkan kesungguhan dan keinginannya terhadap kamu. Warna oren melambangkan sifat aktif seseorang. 

Ros purple
Warna ini adalah warna misteri dan membawa maksud tersimpan rahsia. Juga menunjukkan keinginan atau memberi mesej cinta pandang pertama.

 Ros hitam
Warna ros ini adalah yang sukar diperolehi dan ia melambangkan betapa sukarnya untuk memenangi atau menambat hati seseorang

Kombinasi warna merah dan kuning menunjukkan kegembiraan
Kombinasi warna merah dan putih pula melambangkan kesepakatan


Saturday, January 15, 2011

BUNGA ROS




Inilah yang bunga yang paling aku suka. Pasti ramai yang mengemari bunga yang melambangkan cinta, kasih sayang ni. Bunga ros adalah pilihan utama sebagai pemberian untuk meluahkan isi hati dan menyatakan kasih sayang. Maksud pemberian bunga mengikut jumlah :- 
(ni selingan je ni, ramai yang dah tahu)
    - sekuntum - hanya kau yang satu..
    - dua kuntum - hanya kau dan aku..
    - tiga kuntum - I love you
    - sejambak/ banyak kuntum - I love you verry much...
Ada banyak lagi fakta menarik mengenai bunga ros seperti maksud

MASALAH POKOK..





Antara sebab2 pokok bermasalah ..

    1.)Siraman yang tidak betul... seperti tidak cukup air, terlupa siram terutamanya di musim panas.. Di musim panas biasanya pokok kena siram 2x sehari pagi dan petang, pada waktu biasa memadai siram sekali sehari. Jangan siram pada waktu tengah panas, nanti pokok tu boleh mati (pengecualian bagi rumput, cuma jangan guna air panas sudah la).Cuba check tanah dalam pasu anda, cuba tekan sikit, kalau tanahnya keras semacam itu maknanya tak cukup air, kesian pokok tu...Ada juga pokok seperti pokok bunga gloxinia tidak boleh terlebih siram, nanti jadi buruk, busuk batangnya dan kemudiannya mati.. hati2 pokok ni kena siram 2-3 hari sekali jer dan jangan banyak sangat sekali siram tu, memadai la.. (dah 2 pokok bunga  gloxiniaku mati gara2 cik abang sayang rajin tolong siram..disemburnya dengan paip air..)  


   
2.)-Kesuburan (masalah tanah yang tidak subur)..Tahukah anda pokok perlu dibaja biasanya 2-3 minggu sekali... Itu sebabnya pokok yang anda beli dah tak subur, kesuburan tanah dah berkurang, dah habis digunapakai, sebab itulah dia tak sihat. Kualiti tanah telah merosot dan  pokok tak cukup zat ( macam manusia juga la).. baja terbaik biasanya baja organik, tanya kat nurseri untuk  jenis pokok yang anda miliki
    
3.)Serangan serangga, ulat dan penyakit... masalah inilah yang buat aku bengang...antaranya ada sejenis serangga yang dipanggil spider mite, thrips dan white fly. Pernah tak tengok kat bawah daun tu ada tompok putih, ada seperti hama putih (pada sebelah pagi ia akan bertebangan di tepi pokok)... Awas, benda ni boleh buat pokok mati, ia boleh serang hingga ke akar, pucuk baru jadi mengeriput, bunga tak berapa nak menjadi. Itulah yang  pernah terjadi pada pokok-pokok bunga rosku.. 
-Solutionnya beli racun serangga kat nurseri dan gunakan 2  minggu sekali (berhati2 semasa menggunakannya, ada yang kena bancuh sendiri dan ada yang dah siap bancuh). Sembur pada daun- daun pokok dan tuangkan juga keatas tanah untuk hapuskan  yang berada kat dalam tu. Racun serangga ni juga untuk elakkan binatang lain seperti ulat, belalang dan lain2. Ada satu petua yang kutahu, boleh juga guna cili yang dimesin dan campurkan air, lepas tu siramlah kat tanaman untuk elak serangan serangga, aku baru cuba buat kat pokok2 bunga rosku sebab racun bau busuk la, uh... Sekarang dah nampak hasilnya, boleh tahan juga. 

Lihatlah siapa yang datang singgah di tamanku..

4.)Kesesuaian tempat dan suhu... pernah tak anda beli pokok kat cameron, cantik segar bugar... tapi bila balik rumah, hampa kecewa kerana pokok itu makin layu dan akhirnya mati macam tu, cantik cuma beberapa hari...ini mungkin disebabkan pokok tu tak sesuai dengan tempat dan suhu di rumah kita yang panas...
-Tahukah anda pokok ni ada tempat yang dia suka, cuba alihkan pokok yang nampak kurang segar tu ke bahagian lain di rumah anda, dan tengoklah hasilnya.. Ini kerana faktor suhu dan penerimaan cahaya yang berbeza-beza seperti di tepi rumah sebelah kiri dengan sebelah kanan rumah (cahaya matahari pagi dan petang yang berbeza mungkin)...
 
5.) Kenapa pokok tidak berbunga...  Boleh dikatakan hampir kesemua pokok bunga memerlukan cahaya yang cukup untuknya rajin berbunga.. Maksud cahaya tak semestinya pokok tu kena letak kat tengah panas, inilah yang kita selalu keliru bila penjual kata pokok tu tak boleh letak kat tengah panas.. tapi sebenarnya ianya juga perlukan cahaya  di tempat yang separa teduh tu jangan terlalu terlindung...pokok bunga kertas pula memang suka tempat panas...
Add caption

Bunga ros ku... ini adalah antara pokok yang memerlukan cahaya yang cukup untuk berbunga..



kalau anda ada apa2 lagi nak tambah jangan la segan2 bagitau... atau ada komen?

TIPS SEMASA MEMBELI POKOK.


 Adakah anda jenis yang bila pantang nampak pokok bunga cantik terus sambar (macam aku la ni, kadang2 la )... kat nurseri atau kedai pokok la.. ( jangan pulak ko sambar kt mana2 lak...)bila wak balik kat rumah, mula tu ok la, tapi bila dah lama macam hidup segan matitak mau, daunnya tak lagi cantik, 
bunga baru yg terhasil tidak memuaskan atau tak berbunga lagi...ataupun pokok tu semakin layu dan akhirnya mati...inilah yang aku sendiri pernah alami...


Apakah perkara yang penting semasa membeli pokok...
    1.) pastikan pokok tu sihat bagi memastikan ianya nanti tumbuh dan membesar dengan baik. Jangan beli kalau dah nampak pokok tu macam tak sihat, kalau tiada pilihan di situ, beli lain kali atau pergi kat kedai lain.
    2.) kalau pokok yang berbunga, jangan beli yang bunganya dan kembang mekar kerana tak lama di rumah ia akan mula layu, pilihlah yang banyak putik bunga, pasti kau pun suka melihat detik2 ia berkembang dari hari ke sehari.. 
    3.) untuk jimat belanja belilah anak pokok, berbanding yang besar mahal harganya walaupun memerlukan kesabaran untuk lihat ia membesar, tetapi berbaloi kerana sesetengah pokok bernilai beratus ringgit bila besar dan cantik...lagipun ada nilai sentimental kerana kita jaga ia dari kecik sampai besar...

anak-anak pokokku.. gloxinia dan lily.
Di sini aku ingin kongsikan dengan anda semua. Bila beli tu tanyalah serba sedikit tentang pokok tu kat empunya nurseri. Ini amat penting bagi memastikan pokok-pokok tersebut dapat meneruskan perjuangan hidupnya...itulah yang ku praktikkan... antara yang perlu kau ambi[ tau..


    -pokok tu tahan lasak tak, ke jenis manja2 gitu, tak boleh terlupa siram, terlebih siram sikit boleh mati..
    -kena letak tengah panas ke, separuh panas (seperti  di tepi koridor), atau tempat teduh..
    -berapa kali kena siram dalam sehari, atau siram 2-3 hari sekali jer...
    -biasa kena serang serangga tak, kerana ada jenis-jenis pokok yang ulat2 suka tau seperti ulat bulu! pokok limau purut ulat suka, hu..)
    -apa baja yang baik untuknya, baja organik, kimia... perlu baja bunga atau baja daun bergantung pada pokok...

ni gambar samasa baru lagi berjinak2 dengan pokok.
(p/s: nak ke si penjual tu layan kau tanya soalan banyak2 ha? tanya la penting2 jer dulu.. aku beli dari kedai yang sama, so penjual dah kenal muka aku yang banyak songel dan banyak persoalan ni...)

(boleh juga cari info2 tu kat web atau dalam buku seperti majalah laman ke...  )