Saturday, January 15, 2011

TIPS SEMASA MEMBELI POKOK.


 Adakah anda jenis yang bila pantang nampak pokok bunga cantik terus sambar (macam aku la ni, kadang2 la )... kat nurseri atau kedai pokok la.. ( jangan pulak ko sambar kt mana2 lak...)bila wak balik kat rumah, mula tu ok la, tapi bila dah lama macam hidup segan mati tak mau, daunnya tak lagi cantik, 
bunga baru yang terhasil tidak memuaskan atau tak berbunga lagi...ataupun pokok tu semakin layu dan akhirnya mati...inilah yang aku sendiri pernah alami...


Apakah perkara yang penting semasa membeli pokok...
    1.) pastikan pokok tu sihat bagi memastikan ianya nanti tumbuh dan membesar dengan baik. Jangan beli kalau dah nampak pokok tu macam tak sihat, kalau tiada pilihan di situ, beli lain kali atau pergi kat kedai lain.
    2.) kalau pokok yang berbunga, jangan beli yang bunganya dan kembang mekar kerana tak lama di rumah ia akan mula layu, pilihlah yang banyak putik bunga, pasti kau pun suka melihat detik2 ia berkembang dari hari ke sehari.. 
    3.) untuk jimat belanja belilah anak pokok, berbanding yang besar mahal harganya walaupun memerlukan kesabaran untuk lihat ia membesar, tetapi berbaloi kerana sesetengah pokok bernilai beratus ringgit bila besar dan cantik...lagipun ada nilai sentimental kerana kita jaga ia dari kecik sampai besar...

anak-anak pokokku.. gloxinia dan lily.
Di sini aku ingin kongsikan dengan anda semua. Bila beli tu tanyalah serba sedikit tentang pokok tu kat empunya nurseri. Ini amat penting bagi memastikan pokok-pokok tersebut dapat meneruskan perjuangan hidupnya...itulah yang ku praktikkan... antara yang perlu di ambi tau :


    -pokok tu tahan lasak tak, ke jenis manja2 gitu, tak boleh terlupa siram, terlebih siram sikit boleh mati..
    -kena letak tengah panas ke, separuh panas (seperti  di tepi koridor), atau tempat teduh..
    -berapa kali kena siram dalam sehari, atau siram 2-3 hari sekali jer...
    -biasa kena serang serangga tak, kerana ada jenis-jenis pokok yang ulat2 suka tau seperti ulat bulu! pokok limau purut ulat suka, hu..)
    -apa baja yang baik untuknya, baja organik, kimia... perlu baja bunga atau baja daun bergantung pada pokok...

ni gambar samasa baru lagi berjinak2 dengan pokok.
(p/s: nak ke si penjual tu layan kau tanya soalan banyak2 ha? tanya la penting2 jer dulu.. aku beli dari kedai yang sama, so penjual dah kenal muka aku yang banyak songel dan banyak persoalan ni...)

(boleh juga cari info2 tu kat web atau dalam buku seperti majalah laman ke...  )

No comments:

Post a Comment