Thursday, March 17, 2011

BERLIAN atas BUNGA part 2

Entri kali ni adalah sambungan  dari... ada BERLIANATAS BUNGA aku ...
Gambar asal agak blur kerana almaklumlah kamera murah (handset Nokia N79)... so, aku edit la jugak, 
highlight apa yang patut..
seperti yang sebelum ni gambar di ambil pada waktu malam selepas di siram...
jom layan..

















 
Suka tak ? Itu la antara bunga yang sedang mekar kat tamanku.... ada lagi sebenarnya... tapi bila hari gelap tak best la duk sorang-sorang kat luar rumah, hu hu... penakut jugak ni...


Tuesday, March 8, 2011

Ada BERLIAN atas BUNGA AKU !






Pada suatu petang, aku siram pokok bunga agak lewat sebab banyak hal lain..
Hari pun semakin gelap, dah masuk nak maghrib.
Semasa nak masuk dalam rumah, aku pandang pokok bunga daisyku, lawa pulak, detik hati.
So, aku keluarkan nokiaN79 dari dalam poket, then snap gambar...
Kauorang layan jer la gambar-gambar ni...
 

  
Hubby aku tanya aku edit ke letak air atas bunga tu? takdelah... real tu... yg 'bintang' tu jer aku tambah bagi silau mata kauorang, hu hu...
Ini bahagian 1, nantikan sambungan bahagian dua...
 

Thursday, March 3, 2011

Belalang cari pasal dengan aku..

Aku sebenarnya tak ada la tak suka sangat dengan belalang kalau 
dia datang kat tempat aku sekadar lepak-lepak jer.
Ini dia datang cari pasal la, itu yang aku rasa nak marah tu.  

Sabar je la ...




Kauorang tengok la sendiri apa belalang dah buat ni... semua ni sebab aku dah beberapa bulan tak guna racun serangga, dekat kawasan perumahan ni ada semak, dari situ la belalang ni datang.
Aku ada baca ketika perubahan musim (sekarang ni dari musim hujan ke panas), belalang akan datang menyerang, mungkin sebab masa ni la mereka ni sedang membiak




Dengan bunga sekali dia baham, buat parti kat taman aku rupanya mereka ni...    banyak lagi gambar.. tapi malas nak upload la hasil kerja belalang ni, sakit mata nanti tengok..

Thursday, February 24, 2011

Khabar dari taman.. zoom in...dan macro..

Sebenarnya aku tengah geram ni pasal ada masalah sikit dengan taman aku ni, apa masalah tu, nanti lain kali la aku citer..
suspen ni...Tapi masalah tu bagi aku idea untuk
ambil gambar-gambar ni... 
layan jer la yer... 


my loving red daisy

daisy merah
dari tengah bunga daisy merah..

my daisy... dark pink..

dari tepi.. baru kembang nih..ada semut la kat dalam tu..
 
ni sekuntum  lagi..
begini la rupa bunga daisy kat tengah dia masa baru kembang, fresh lagi..



 
yang dah 3 hari kembang macam ni pula..


bunga daisy yang.. lebih seminggu kembang..


bunga rayaku.. warna orange..

yang ni orkid la..


Tu baru sikit tu, belum  tengok lagi bunga-bunga lain....
cukup la tu dulu..
cantiknya ciptaan tuhan kan... 
syukur alhamdulillah...

Monday, February 21, 2011

Pokok MATI KERANA KENA MAKI !

Dulu aku pernah cerita kan, pokok ni kita kena cakap dengan dia dan puji-puji sikit dia supaya dia sihat dan rajin berbunga.
Pokok juga ada reaksi emosinya, ianya dapat diukur melalui tindakbalasnya dengan menggunakan poligraf 
(alat untuk mengesan orang menipu).
gambar ni sekadar hiasan, bukan sebab kena maki ni..
Perkara ini telah lama diketahui melalui kajian, bila pokok itu diancam akan dibakar, pokok bertindakbalas dengan menyedut banyak air dan terdapat perubahan yang mendadak 
pada data poligraf (seperti ia tension atau takut).
 
Di Afrika, ada satu amalan iaitu mencaci maki pokok yang sukar ditebang supaya semangat pokok tu mati kata mereka. Pokok yang dicaci tu bukannya kecil tapi dah berusia
lanjut dan amat besar saiznya. Mereka akan bergilir-gilir mencaci maki pokok tu selama sebulan. Selepas itu pokok itu jadi mudah ditebang kerana semangatnya
dah punah dimaki... Macam pelik tapi cara tu berkesan dan masih diamalkan.
beginilah agaknya rupa pokok kat Afrika tu selepas dimaki..
Pokok sebenarnya sensitif terhadap kita, ia tidak boleh dikasari walau dengan perkataan. Mungkin jika kita bercakap dengan pokok pada waktu siang takut orang nampak & kata tak betul pulak kan, so, boleh aje buat pada waktu malam atau nyanyikan lagu pada pokok. 
Kalau tak reti nyanyi, pasang saja lagu. Pilihlah lagu yang yang yang berunsur kasih sayang seperti lagu cinta ke, yang sedap didengar, jangan pulak pasang lagu trash, nanti tensen pokok tu.
Jika selalu dilakukan pokok akan cepat membesar dan berbunga.

Ikuti apa kata mereka di forum tentang tips belai pokok :

Syd :  ....Anda boleh menyanyi sebarang lagu walaupun ia dicipta sendiri. Jika sentiasa dilakukan, bunga akan cepat berkembang, berbunga dan membesar. Tidak percaya? Cuba dulu

Krekogila : Kalau segan nak menyanyi, boleh pasang radio dekat pokok2 bunga, macam ibu saya selalu buat. Setakat ni kira rajin ler jugak pokok2 orkid dia berbunga, lepas satu, satu lagi.

Naba : chewah.....dah macam lembu kat Holland, deme dipasangkan lagu, susu diperah, lembu pun x tension..


p/s : begitu buruk kesannya caci & maki kan, apalagi pada manusia... 

Thursday, February 17, 2011

FAEDAH TANAM POKOK DARI SUDUT SAINS...

      Warna hijau adalah  menggambarkan alam semulajadi.Kesan dari warna ini adalah memberi suasana harmonis, teduh, santai, alami, menyejukkan, menyegarkan dan menenangkan.
hijau...pokok aku  ni adalah spesis draceana
 Mengikut kajian sains warna hijau memberi kesan positif dalam  membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus .

Berikut pula adalah hasil kajian tentang faedah berkenaan pokok :
1.Berdasarkan kajian  NASA pokok yang di tanam dalam rumah dapat membersihkan toxin dalam udara sebanyak 87% dalam tempoh 24 jam (bergantung jenis pokok dan keluasan rumah). Ianya menapis toxic seperti ammonia, formaldehyde, carbon monoxiside,, benzene, xylene dan trichloroethyene


2. Membuatkan orang rasa gembira dan lapang (menurut Bruno Cortis, M.D., Chicago). Kajian menunjukkan pesakit hospital yang memandang keluar tingkat melihat tumbuhan di taman lebih cepat sembuh


3.Menurut  kajian University of Agriculture di Norway, pokok yang ditanam dalam rumah dapat membantu mengurangkan batuk, sakit tekak, selsema serta masalah berkaitan sebanyak 30% iaitu dengan meningkatkan kualiti udara


4.Didapati kebanyakan tempat kerja serta badan kerajaan yang meletakkan pokok didalam pejabat. Kesannya, ianya meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti para pekerjanya (persekitaran hijau/pokok diletakkan dalam linkungan 45 kaki dari para pekerja)
 
Adakah anda tahu bahawa dunia kita semakin dicemari,
oksigen yang kita sedut kurang berkualiti kerana letusan gunung berapi, pembakaran hutan, aktiviti perindustrian, jumlah kenderaan meningkat tiap saat, pembakaran terbuka, malah penggunaan alat elektrik seperti peti sejuk & penyaman udara juga mencemarkan udara kita (pelepasan gas cfc)

Jadi aku rasa topik kali ni adalah penting bagi semua ambil perhatian.Nak cerita pasal pencemaran udara ni pun panjang sangat sebenarnya. Cari la sendiri kat website.... Yang penting aku nak bagitau ini :

Berikut adalah senarai pokok yang paling efektif menapis udara 
( Top three air cleaning plants
 1.) Madagascar Dragon Tree a.k.a. Red Edged Dracaena: Pokok ini antara pokok yang popular di tanam di dalam rumah. Tidak boleh disiram terlalu banyak

2,) Warneck Dracaena: Pokok ini juga popular menapis  benzene, trichloroethylene, xylene & toluene dari dalam udara
3.) Peace Lily: Terdapat pelbagai spesis, bentuk & warna, hanya perlu disiram sekali seminggu (pastikan air tidak berklorin) Menapis benzene, formaldehyde, acetone, amonia and trichloroethylene dari dalam udara.
Red edge draceana.. - best clean air tree..

ini draceana draco, pernah nampak kat tepi jalan kan
ini aku punya, spesis draceana juga, letak dalam rumah, medium air & batu


Mengikut sejarah pokok draceana draco adalah spesis pokok purba yang masih hidup (seperti gingko biloba, satu2nya pokok yang hidup selepas Hiroshima di bom, banyak khasiat pokok tu) Panjang cerita pasal pokok draceana ni dan ada bermacam spesis, banyak terdapat di pulau misteri di Yemen iaitu pulau Socotra 
(kalau ada masa nanti aku buat tajuk tu)
Terdapat kira-kira 5,000 jenis pokok dragon blood @ draceana di pulau tu, bawah ni contoh pokoknya..
nampak macam pokok purba kan?Nampak macam kat planet lain lak, hu hu (klik gambar utk besarkan)
Manakala pokok yang paling efektif menghasilkan oksigen adalah :
(Top three oxygen producing plants) 
1.)Tauge.. Jika anda tanam sendiri benih kekacang , ianya bukan sahaja menambahkan oksigen semasa tumbesarannya tapi anda juga dapat manfaatnya dengan memakannya mentah2.

2.) Snake Plant a.k.a. Mother-In-Law’s Tongue ( pokok lidah mak mertua @ lidah jin): pokok ini unik kerana menukarkan banyak CO2 (carbon dioxide) ke O2 (oxygen) pada waktu malam, sesuai di letak dalam bilik. Pokok ini juga boleh menapis formaldehyde  dalam udara.
Kajian menunjukkan jika anda terkurung dalam bilik yg kedap udara dengan hanya diletakkan pokok snake plant dan areca palm, anda boleh hidup dengannya kerana bekalan oksigennya yg cukup (mengikut saiz bilik tertentu, dengan jumlah orag yang tertentu)NASA buat kajian ni. Kajian sebagai alternatif sebagai bekalan oksigen bila berada di angkasa)
inilah snake plant tu, biasa orang panggil lidah jin. This is the best oxygen production

ini aku punya, letak dalam rumah, guna gel paling senang
3.)Areca Palm : pokok ini bukan hanya menapis xylene & toluene di dalam udara, tetapi juga menukar lebih banyak CO2 (carbon dioxide) ke O2 (oxygen)sepanjang hari.
kalau nak tau inilah Areca palm
Pokok yang ditanam/diletakkan didalam rumah perlu dibersihkan daunnya - lap dengan kain basah @ spray air ke daunnya agar pori2 tidak tersumbat debu (kebanyakan debu halus tu adalah sel kulit kita sendiri yang telah mati..)