Thursday, February 17, 2011

FAEDAH TANAM POKOK DARI SUDUT SAINS...

      Warna hijau adalah  menggambarkan alam semulajadi.Kesan dari warna ini adalah memberi suasana harmonis, teduh, santai, alami, menyejukkan, menyegarkan dan menenangkan.
hijau...pokok aku  ni adalah spesis draceana
 Mengikut kajian sains warna hijau memberi kesan positif dalam  membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus .

Berikut pula adalah hasil kajian tentang faedah berkenaan pokok :
1.Berdasarkan kajian  NASA pokok yang di tanam dalam rumah dapat membersihkan toxin dalam udara sebanyak 87% dalam tempoh 24 jam (bergantung jenis pokok dan keluasan rumah). Ianya menapis toxic seperti ammonia, formaldehyde, carbon monoxiside,, benzene, xylene dan trichloroethyene


2. Membuatkan orang rasa gembira dan lapang (menurut Bruno Cortis, M.D., Chicago). Kajian menunjukkan pesakit hospital yang memandang keluar tingkat melihat tumbuhan di taman lebih cepat sembuh


3.Menurut  kajian University of Agriculture di Norway, pokok yang ditanam dalam rumah dapat membantu mengurangkan batuk, sakit tekak, selsema serta masalah berkaitan sebanyak 30% iaitu dengan meningkatkan kualiti udara


4.Didapati kebanyakan tempat kerja serta badan kerajaan yang meletakkan pokok didalam pejabat. Kesannya, ianya meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti para pekerjanya (persekitaran hijau/pokok diletakkan dalam linkungan 45 kaki dari para pekerja)
 
Adakah anda tahu bahawa dunia kita semakin dicemari,
oksigen yang kita sedut kurang berkualiti kerana letusan gunung berapi, pembakaran hutan, aktiviti perindustrian, jumlah kenderaan meningkat tiap saat, pembakaran terbuka, malah penggunaan alat elektrik seperti peti sejuk & penyaman udara juga mencemarkan udara kita (pelepasan gas cfc)

Jadi aku rasa topik kali ni adalah penting bagi semua ambil perhatian.Nak cerita pasal pencemaran udara ni pun panjang sangat sebenarnya. Cari la sendiri kat website.... Yang penting aku nak bagitau ini :

Berikut adalah senarai pokok yang paling efektif menapis udara 
( Top three air cleaning plants
 1.) Madagascar Dragon Tree a.k.a. Red Edged Dracaena: Pokok ini antara pokok yang popular di tanam di dalam rumah. Tidak boleh disiram terlalu banyak

2,) Warneck Dracaena: Pokok ini juga popular menapis  benzene, trichloroethylene, xylene & toluene dari dalam udara
3.) Peace Lily: Terdapat pelbagai spesis, bentuk & warna, hanya perlu disiram sekali seminggu (pastikan air tidak berklorin) Menapis benzene, formaldehyde, acetone, amonia and trichloroethylene dari dalam udara.
Red edge draceana.. - best clean air tree..

ini draceana draco, pernah nampak kat tepi jalan kan
ini aku punya, spesis draceana juga, letak dalam rumah, medium air & batu


Mengikut sejarah pokok draceana draco adalah spesis pokok purba yang masih hidup (seperti gingko biloba, satu2nya pokok yang hidup selepas Hiroshima di bom, banyak khasiat pokok tu) Panjang cerita pasal pokok draceana ni dan ada bermacam spesis, banyak terdapat di pulau misteri di Yemen iaitu pulau Socotra 
(kalau ada masa nanti aku buat tajuk tu)
Terdapat kira-kira 5,000 jenis pokok dragon blood @ draceana di pulau tu, bawah ni contoh pokoknya..
nampak macam pokok purba kan?Nampak macam kat planet lain lak, hu hu (klik gambar utk besarkan)
Manakala pokok yang paling efektif menghasilkan oksigen adalah :
(Top three oxygen producing plants) 
1.)Tauge.. Jika anda tanam sendiri benih kekacang , ianya bukan sahaja menambahkan oksigen semasa tumbesarannya tapi anda juga dapat manfaatnya dengan memakannya mentah2.

2.) Snake Plant a.k.a. Mother-In-Law’s Tongue ( pokok lidah mak mertua @ lidah jin): pokok ini unik kerana menukarkan banyak CO2 (carbon dioxide) ke O2 (oxygen) pada waktu malam, sesuai di letak dalam bilik. Pokok ini juga boleh menapis formaldehyde  dalam udara.
Kajian menunjukkan jika anda terkurung dalam bilik yg kedap udara dengan hanya diletakkan pokok snake plant dan areca palm, anda boleh hidup dengannya kerana bekalan oksigennya yg cukup (mengikut saiz bilik tertentu, dengan jumlah orag yang tertentu)NASA buat kajian ni. Kajian sebagai alternatif sebagai bekalan oksigen bila berada di angkasa)
inilah snake plant tu, biasa orang panggil lidah jin. This is the best oxygen production

ini aku punya, letak dalam rumah, guna gel paling senang
3.)Areca Palm : pokok ini bukan hanya menapis xylene & toluene di dalam udara, tetapi juga menukar lebih banyak CO2 (carbon dioxide) ke O2 (oxygen)sepanjang hari.
kalau nak tau inilah Areca palm
Pokok yang ditanam/diletakkan didalam rumah perlu dibersihkan daunnya - lap dengan kain basah @ spray air ke daunnya agar pori2 tidak tersumbat debu (kebanyakan debu halus tu adalah sel kulit kita sendiri yang telah mati..)

12 comments:

  1. jgn bubuh pokok byk2 dekat dlm bilik tidur udah la. haru kang sesak nafas. hehehe!

    Entri Terkini : Perlu Ke Perfect English Bila Bertutur?

    ReplyDelete
  2. Terima KAsih perkongsian ... aku mmg suka pokok letak dalam rumah ... udara jadi fresh sepanjang hari .. chewah ! ...

    ReplyDelete
  3. wah..info yg bgs giler! kalau x dtg sini singgah tak tahu kina info nie.

    betul org tua² kata jauh perjalanan luas pengetahuan!

    kan? kan?

    jOm baca citer best
    KLIK SINI

    ReplyDelete
  4. selalu juga main ngan pokok-pokok nie kat sekolah. subjek landskap n nurseri.tapi masih banyak nama pokok tak ingat.huhu

    return visit
    KFC Orang Cacat

    ReplyDelete
  5. hai kaymama, dtg ziarah sambil jengok pokok y menarik tok dibeli..hehehehe

    ReplyDelete
  6. suma pokok mengeluarkan oksigen tu ada kat umah la..patut segar ja klu duk kat laman

    ReplyDelete
  7. suka gila pokok2 hijau. tp x tau pokok apa yg sesesuai letak dlm rumah.skrg da tau. thanks ya..

    ReplyDelete
  8. suka gila pokok2 hijau. tp x tau pokok apa yg sesesuai letak dlm rumah.skrg da tau. thanks ya..

    ReplyDelete