Saturday, January 15, 2011

BUNGA ROS




Inilah yang bunga yang paling aku suka. Pasti ramai yang mengemari bunga yang melambangkan cinta, kasih sayang ni. Bunga ros adalah pilihan utama sebagai pemberian untuk meluahkan isi hati dan menyatakan kasih sayang. Maksud pemberian bunga mengikut jumlah :- 
(ni selingan je ni, ramai yang dah tahu)
    - sekuntum - hanya kau yang satu..
    - dua kuntum - hanya kau dan aku..
    - tiga kuntum - I love you
    - sejambak/ banyak kuntum - I love you verry much...
Ada banyak lagi fakta menarik mengenai bunga ros seperti maksud
tersirat disebalik warna, auranya,kegunaannya secara tradisi (boleh diminum airnya, banyak manfaatnya), masa yang terbaik untuk memetiknya.. mungkin nanti di lain  masa kita sambung bab tu)


antara berbagai warna bunga ros yang  ku tanam (pic taken ; tahun 2010)...

Jenis bunga
Ada beribu jenis dan kategori.
    Antara yang paling popular  adalah ros kacukan, bunga ros kampung amat jarang dijumpai atau di jual di kedai bunga. Kebanyakan yang ada adalah yang kacukan, terdapat berbagai warna menarik tetapi ianya perlu dijaga dengan betul berbanding bunga ros kampung yang lebih tahan lasak dan panjang jangka hayatnya. Kelebihan ros kampung, ianya juga berbau harum semerbak..


antara bunga ros mini milikku..
 Penjagaan
Biasanya disiram 2 kali sehari sebelah pagi ( sebelum pukul 11 pagi) dan sebelah petang ( seeloknya selepas asar). Pokok bunga ros cepat dahaga pada musim panas dan memerlukan banyak air, jadi siram banyak pada waktu ini, pastikan tanah tak kering dan mengeras. kalau tak panas, siram sekali sehari dah ok. (Kalau tanahnya keras dan tak telus air, ianya perlu digembur semula).
    -Pembajaan- baja organik adalah baja yang paling sesuai yang kurasa setakat ini. Lebih kurang 2-3 minggu sekali baja diberikan, waktu yang sesuai adalah sama seperti waktu untuk menyiram, pagi atau petang. Ada juga baja yang khas utuk pokok bunga ros dalam bentuk tablet (N10 P25 K20).
   -Untuk mengekalkan kecantikan pokok, potonglah dahan yang kering terutamanya selepas ia berbunga. Pemangkasan juga perlu dibuat untuk mengalakkan ia mengeluarkan pucuk2 baru dan berbunga. Semakin banyak dahan, semakin banyak bunganya.
    -Untuk mendapatkan kuntuman bunga yang besar dan cantik, jika dalam setangkai tu ada banyak sangat kuntum, potong dan buangkan putik bunga tu sekuntum dua supaya ia tidak berebut zat untuk membesar..

bunga rosku yang berbau harum..
lagi kuntuman bunga yang besar

Kaedah Pembiakan
Pokok bunga ros biasanya dibiakkan dengan cara potongan dahan atau tut. Potong batang yang sihat dan subur serta rajin berbunga (ini menentukan kualiti pokok yang seterusnya), pacakkan kedalam pasu, siram secukupnya 2 kali sehari dan jangan berlebihan kerana boleh menyebabkan batang pokok menjadi buruk. Jangan alihkan pasu berkenaan dalam dua tiga minggu kerana akarnya yang masih baru dan belum kukuh boleh menyebabkannya mati. (dari sepokok bunga ros kampung wangi yang ku miliki, kini sudah ada 3-4 pokok dan masih belajar berbunga...kerana baunya yang wangi, aku suka memotongnya dan isikan dalam pasu berisi air, bila bunganya sudah layu, batangnya tak ku persiakan, aku pacakkan kat dalam pasu dan ia mula berpucuk...) 


perbezaan : sebelah kiri, mula berkembang, kanan : dah lama kembang... besar, kembang semangkuk.(pic taken : 14/1/2011)

(selingan lagi ni.. :p)
Tambahan makna pemberian ros mengikut jumlah :-
satu- kesetiaan
dua- mutual love and affection, ataupun "marry me'
enam - need to be love or cherished
sembilan- we'll be together forever
sebelas -truly and deeply love
sedozen-be mine!
tigabelas - secret admirer
limabelas - to say sorry
dua puluh lima - congratulations!
empat puluh - my love for you is genuine

Nota : pernah dengar tak bahawa pokok perlukan kasih sayang dan  perhatian, perlu disentuh dan dibelai, lebih -lebih lagi pokok bunga ros nilah..  nyatakan padanya dengan cara kita menjaga keperluannya dan kalau boleh luahkan perkataan seperti mengucapkan "cantiknya ros aku ni, sayang la... " dia dengar tu,... betul-betul ni...

p/s : akan datang aku akan bicarakan tentang bunga gloxinia dan rumput taman...

1 comment:

  1. saya sngt suke bunga mawar kampung..kuntumnya besar dan sngt wangi..dri kecik mmg sy suka sngt tanam time duk kg..skang dh keje jao dri kg, xde mase nk menanam..dan skang, sy dah mule menanam pokok mawar kampung ni kembali..

    ReplyDelete