Saturday, August 14, 2021

13 Makanan Untuk Cuci Paru-paru bebas Dari Toksin Dan Penyakit

Penyakit berkaitan masalah paru-paru wujud mengikut tahap risikonya, ada yang ringan dan ada yang berat sehingga boleh mengancam nyawa seperti asthma, jangkitan kuman, paru-paru berair, pneumonia, bronkitis, kanser paru-paru dan pelbagai lagi.

Faktor berkaitan yang menjadi punca wujudnya masalah paru-paru antaranya ialah:

Gaya hidup tidak sihat : Tabiat merokok, pemakanan tidak sihat dan kurang aktif & bersenam.

Persekitaran
: Terdedah kepada pencemaran udara, jerebu dan jangkitan bakteria atau kuman.
Genetik : Pembawaan dari generasi ke generasi tertentu dalam kalangan keluarga.


Berikut adalah 11 jenis makanan  mampu membantu membersihkan paru-paru kita supaya bersih dan memberi kesegaran untuk proses respirasi, mencuci paru-paru supaya dapat bebas daripada toksin dan penyakit:

Sayuran Jenis Cruciferous

1 – Sayuran Jenis Cruciferous
Sayuran Cruciferous adalah sayuran berjenis kobis(kobis bulat, kobis cina, kobis brussel, bunga kobis), brokoli dan beberapa jenis lagi (lebih kurang 3000 spesis); yang kaya dengan antioksidan.

Antioksidan ini berfungsi melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat terdedah kepada radikal bebas dikenalpasti menjadi penyebab kepada risiko penyakit jantung, diabetes, penuaan dan kanser


sumber karotenoid

2 – Karotenoid Tumbuhan
Karotenoid adalah sejenis antioksidan dikenalpasti dapat membantu mencegah kanser paru-paru.

Karotenoid boleh didapati dalam buah-buahan dan sayuran yang mempunyai pigmen warna oren atau merah.

Lobak adalah contoh tumbuhan yang kaya dengan karotenoid dari jenis beta-karoten.

Antioksidan ini ditukarkan kepada vitamin A yang sangat baik membantu menurunkan gejala asma atau lelah.

 Di antara buah-buahan dan sayur-sayuran  sumber karotenoid:
 lobak, ubi keledek, ubi jalar, pepaya, tembikai susu, tembikai , mangga, bayam, kangkung, tomato, paprika dan oren adalah antara di mana karotenoid dapat dijumpai.

Info : Astaxanthin adalah antioksidan yang dipercaya bermanfaat dalam menjaga kesehatan mata, jantung, dan kulit, membantu meredakan peradangan, membantu meningkatkan sistem imun tubuh.
Astaxanthin merupakan salah satu karotenoid, yaitu pigmen alami yang menyebabkan tanaman atau hewan memiliki warna merah atau merah muda.

3 – Asid Lemak Omega-3
Asid lemak Omega-3 sangat penting untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Kajian awal telah menunjukkan bahawa makanan yang kaya dengan asid lemak sangat baik membantu mengurangkan kesan asma.

Sumber omega-3  yang terbaik kerana mengandungi DHA dan EPA yang memberi lebih manfaat kepada tubuh.

Ia boleh diperolehi daripada sumber tenusu, ikan, telur, flaxseed , kekacang. (termasuklah habbatus sauda)

minyak habbatus sauda

Info : kajian saintifik dari-ada Universiti Sains Malaysia menunjukkan habbatus sauda mempunyai khasiat kimia Thymoquinone (TQ), Omega 3, 6 dan 9.
Kandungan TQ yang tinggi membantu dengan bertindak sebagai pengantioksida, antiradang dan menambah kesihatan organ hati.


sumber vitamin c

4– Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk tubuh dan berfungsi sebagai antioksidan aktif bagi membantu menguatkan sistem imun.

Tanpa vitamin yang mencukupi, tubuh mudah diserang penyakit seperti demam selesema dan jangkitan bakteria atau virus, termasuk penyakit paru-paru

Dalam satu kajian mendapati mereka yang mengambil diet tinggi vitamin C dan magnesium mempunyai kondisi paru-paru yang lebih sihat.

Mereka juga berisiko rendah untuk menghidap penyakit respirasi termasuk penyakit paru-paru.

Vitamin C amat mudah diperolehi dari sumber makanan harian. Contoh makanan yang mempunyai vitamin C seperti buah kiwi, buah sitrus, nanas, sayuran, tomato dan pelbagai lagi.


bawang putih

5 – Bawang Putih

Bawang putih menjadi item wajib yang perlu ada di dalam ruang dapur kita. Tanpa bawang putih, masakan kita mungkin tidak mendatangkan rasa dan aroma yang menyelerakan.

Bawang putih mengandungi sejenis enzim yang dinamakan sebagai allinase yang kemudiannya bertukar kepada allicin apabila ia dipotong atau dipecahkan.

Allicin membawa fungsi anti-bakteria, anti-keradangan, anti-kanser, anti-hipertensi dan anti-darah beku secara semulajadi.

Ia juga membantu memusnahkan radikal bebas yang berupaya menyebabkan masalah asma dan kanser paru-paru.

beri

6 – Berry
Berry adalah sejenis kumpulan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan, polyphenol anthocyanin, flavanoid beta-karoten, lutien dan zeaxanthin.

Komposisi nutrien, antioksidan dan fitokimia ini sangat membantu mencegah kesan penuaan, penyakit kardiovaskular, arthritis, diabetes, darah tinggi dan juga beberapa jenis kanser termasuk kanser paru-paru.

Strawberi, bluberi, blackberi dan raspberi adalah contoh buahan-buahan kategori “Superfoods”.

buahan segar

7 – Epal / Buahan segar
Makan sebiji buah epal sehari mungkin lebih baik untuk kesihatan jantung, itu hasil kajian daripada sekumpulan penyelidik dari St George Hospital, London.

Mereka menyatakan, fungsi paru-paru yang lebih sihat berkaitrapat dengan pengambilan vitamin C, E dan beta-karotena, buah-buahan sitrus, epal dan jus buah-buahan segar dalam diet pemakanan harian.

Epal mempunyai kandungan antioksidan flavanoid yang tinggi, disebut sebagai quercetin. Ia dikenalpasti membantu tubuh melindungi paru-paru daripada kesan negatif pencemaran udara persekitaran dan juga asap rokok.

Antioksidan bekerja menghalang dan menghapuskan radikal bebas sebelum ia merosakkan sistem tubuh dan menyebabkan tekanan oksidatif.

Dr. Mike Pearson daripada British Thoracic Society menyatakan, terdapat beberapa kajian yang menyokong idea diet inggi vitamin C dan E mungkin baik untuk mencegah asma. Atau mungkin juga buah epal mengandungi jenis antioksidan yang lain dan mempunyai kesan yang sama.

halia

8 – Halia
Sejenis herba yang sangat baik untuk masakan dan kesihatan, halia juga terkenal dengan fungsi tumbuhan terapeutik.

Ia mengandungi komponen bioaktif yang mampu membantu tahap kesihatan dan melawan penyakit.

Selain dicampur dalam masakan, ia juga boleh ditelan mentah untuk membantu sistem pencernaan tubuh dan menyingkirkan toksin dari badan.

delima

9 – Delima
Delima terkenal dengan khasiat semulajadinya untuk kesihatan. Kaya dengan antioksidan dan komponen phenolic, tannin dan pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Kandungan nutrien yang baik ini boleh membantu memperlahankan pembentukan penyakit paru-paru termasuk pertumbuhan tumor.

magnesium


10 – Makanan Kaya Magnesium
Mineral magnesium biasanya digunakan untuk mengubati pesakit asma. Ia boleh meningkatkan kapasiti paru-paru dan menambah kecekapan sistem respirasi manusia.

Sumber magnesium sangat mudah diperolehi daripada pisang, avokado, buah tin, kacang almond, biji labu, bayam dan pelbagai lagi.

nanas

11 – Nanas
Satu kajian pada tahun 2010 telah menunjukkan keberkesanan nanas dalam membantu rawatan penyakit tuberkulosis
. ( Penyakit TB yang disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria yang bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. Ia juga dikenali sebagai Batuk Kering. Ia disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk. )

Nanas juga dikenalpasti dapat membantu melegakan tekak dan menyingkirkan mukus dari paru-paru. Ia biasa digunakan untuk merawat batuk dan demam selesema.

Enzim Bromelin yang terdapat didalam buah nanas mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi (anti-radang) dan membantu proses detoksifikasi dalam paru-paru.

Boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat
 jus. Tambahan madu dan sedikit serbuk lada hitam meningkatkan keberkesanannya. 

air

12  Air
Kelebihan minum air sangat penting untuk menyokong fungsi mencuci atau membersih sistem paru-paru.

Tanpa air yang cukup, sistem tubuh juga mudah terganggu. Perbanyakkan air (air kosong) dalam diet mampu memperbaiki sistem kitaran tubuh, mengekalkan hidrasi paru-paru dan menyingkirkan toksin yang terkumpul serta berbahaya dari badan.

Saranan keperluan air mengikut umur : 
Anak berusia 2 hingga 4 tahun, lelaki atau perempuan = 2 – 4 cawan
Anak berusia 4 hingga 8 tahun, lelaki atau perempuan = 5 cawan
Anak berusia 9 hingga 13 tahun
Lelaki = 8 cawan
Perempuan = 7 gelas
Anak berusia 14 hingga 18 tahun
Lelaki = 11 cawan
Perempuan = 8 cawan
Dewasa :  8 -10 cawan (2.5 liter)

Selain pilihan makanan, terdapat juga cara lain yang boleh diamalkan untuk mengekalkan kesihatan paru-paru dan sistem respirasi kita. Iaitu melalui :

teknik pernafasan yang betul.

-Lakukan dengan menyedut udara segar dengan menarik nafas sedalam mungkin dan hembuskannya
-senaman pernafasan juga dapat mengurangkan stress. Nafas dalam-dalam ketika anda marah, tertekan atau dalam ketegangan yang melampau dapat memberikan kelegaan dan menenangkan fikiran. Ini kerana kecenderungan normal tubuh untuk memendekkan kitaran pernafasan semasa anda marah, kerana ketegangan semua otot badan.
-dengan senaman pernafasan, tiub udara atau alveoli badan akan meningkatkan pengaliran udara ke seluruh badan. Dengan itu, organ-organ tubuh mendapat bekalan oksigen yang diperlukan dan memastikan mereka berfungsi dengan baik.
-Latihan pernafasan juga meningkatkan peredaran darah ke seluruh badan yang diperlukan untuk fungsi organ yang optimum. Oleh itu, metabolisme juga bertambah baik.

- Berolahraga untuk melatih pernafasan
Olahraga tak hanya menjaga kesehatan tubuh secara umum dan mengendalikan berat badan. Aktiviti fizikal juga menjaga kesihatan paru-paru. Kerana, semasa berolahraga, paru-paru perlu bekerja lebih keras, termasuk untuk memasukkan oksigen dan membuang karbon dioksida.

Jenis olahraga terbaik untuk kesihatan paru-paru adalah olahraga aerobik atau  kardio, seperti jalan kaki, berlari, berenang, dan berbasikal. 

Saat berolahraga aerobik, otot antara tulang rusuk akan membesar dan berkontraksi. Kemudian, kantung udara di dalam paru-paru bekerja dengan cepat untuk menukar oksigen dengan karbon dioksida.


No comments:

Post a Comment