Wednesday, August 25, 2021

Khasiat Bunga Telang yang perlu kita tahu

Bunga Telang

Bunga telang atau nama saintifiknya Clitoria Ternatea merupakan sejenis bunga berwarna biru berasal dari keluarga Fabaceae. Tumbuhan ini boleh didapati di Kawasan Asia, Africa, Australia dan America. Di Malaysia, bunga telang ini sering digunakan sebagai pewarna makanan terutamanya dalam pembuatan nasi kerabu. Warna yang terdapat pada nasi kerabu adalah warna yang diekstrak daripada bunga telang ini. Bunga ini juga turut diproses untuk dijadikan minuman seperti teh. Di kawasan Asia,

  • Bunga telang atau kembang telang memiliki banyak julukan. Sering dikenal dengan nama Asian pigeonwings, bluebellvine, blue pea maupun butterfly pea flower.
  • Tanaman telang berumur pendek, serta bisa tumbuh dan merambat dengan cepat.
  • Warna biru yang dihasilkan bunga telang jika diseduh sebagai minuman, berasal dari zat antioksidan bernama anthocyanins.
  • Warnanya yang indah kerap dimanfaatkan untuk dioleh sebagai pewarna makanan alami dan menyehatkan.
  • Meski dijuluki sebagai butterfly pea flower, buunga telang tidak sering dihinggapi kupu-kupu. Nama tersebut berasal dari bentuk mekarnya bunga yang tampak seperti sayap kupu-kupu.
Komponen Berkhasiat Dalam Bunga Telang

1. Antosianin (anthocyanin)

Antosianin adalah sejenis flavonoid yang terdapat di dalam bunga telang yang menyumbang kepada warna biru bunga tersebut. Komponen ini turut ditemui di dalam makanan yang mempunyai warna merah, dan jingga. Kompenen antosianin ini terkenal dengan sifat anti oksida, melawan radikal bebas, anti keradangan dan anti kanser. Komponen ini telah digunakan secara meluas di dalam perubatan tradisional dan herba.

2. Flavonol glykosida (flavonol glacosides)
Flavonol glykosida adalah sejenis komponen berwarna kuning yang terdapat di dalam bunga telang. Ianya juga boleh didapati pada mana-mana jenis tumbuhan yang lain dan bersifat anti oksida.

3. Triterpenoids
Triterpenoid adalah sejenis komponen yang boleh didapati di dalam tumbuhan herba dan buah seperti epal, kranberi, lavender dan bunga telang. Di kawasan Asia, triterpenoids digunakan di dalam perubatan untuk tujuan anti radang, pelali dan lain-lain.

10 Khasiat Bunga Telang Kepada Kesihatan

1. Mengurangkan paras gula di dalam darah
Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan, didapati bahawa ekstrak bunga telang mampu untuk mengawal paras gula di dalam darah. Kajian ini dijalankan ke atas haiwan diabetik dan didapati bahawa selepas 14 hari, paras gula di dalam darah haiwan tersebut turun secara signifikan.

2. Bersifat anti mikrobial
Bunga telang didapati mampu untuk megubati beberapa penyakit berjangkit. Kajian menunjukkan daun pokok bunga telang mampu mencegah jangkitan Bacillus cereus dan S. enterica serovar.

3. Mencegah jangkitan helmintik.
Jangkitan helmintik adalah sejenis jangkitan cacing di mana badan akan dijangkiti dengan cacing parasit. Kajian menunjukkan bahawa ekstrak akar bunga telang mampu untuk melumpuhkan dan mematikan cacing tanah di mana masa yang diambik untuk ektstrak ini memberi kesan adalah sangat cepat. Masa untuk ekstrak ini bertindak bergantung kepada kepekatan ekstrak di mana semakin tinggi ekstrak, semakin kurang masa yang diambil oleh cacing untuk lumpuh dan mati.

4. Melindungi hati (liver)
Kajian menunjukkan bahawa ekstrak bunga telang mampu melindungi hati daripada kerosakkan yang diakibatkan oleh parasitamol dan karbon tetraklorida. Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan, didapati bahawa ekstrak daun bunga telang mampu untuk melindungi hati daripada kesan parasitamol di mana diperhatikan bahwa haiwan yang menerima ekstrak bunga telang mempunyai paras aspartate aminotransferase (AST) dan alanine aminotransferase (AST) yang rendah.

5. Mempertingkatkan sistem neurologi
Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak akar bunga telang mampu untuk meningkatan kebolehan kognitif. Di dalam kajian yang dijalankan terhadap haiwan, didapati bahawa pengambilan ekstrak akar bunga telang mampu untuk meningkatkan memori haiwan tersebut.

6. Mempunyai sifat anti oksida
Bunga telang mempunyai pelbagai komponen yang bersifat anti oksida. Di dalam satu kajian, di dapati bahawa ekstrak bunga telang dapat melindungi sel darah merah daripada hemolisis (pecah) dan kerosakan yang disebabkan oleh komponen yang bernama AAPH.

7. Mempunyai sifat antihistamin

Histamin adalah protein yang bertanggungjawab ke atas proses inflamasi ataupun keradangan yang berlaku ke atas badan kita. Clonidine bertanggunjawab ke atas pembebasan histamin oleh sel mast di dalam badan. Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan, di dapati bahawa akar bunga telang mempunya sifat antihistamin di mana ditemui bahawa ekstrak ini menjadi penghalang catalepsy yang disebabkan oleh clonidine. Catalepsy adalah keadaan di mana sistem saraf tidak dapat berfungsi dengan baik lalu menyebabkan hilangnya keboleh gerakkan anggota badan, kurang sensitiviti ke atas rasa sakit dan lain-lain.

8. Menyembuhkan luka
Di dalam satu kajian yang dijalankan ke atas model haiwan, di dapati bahawa ekstrak biji dan akar bunga telang mampu untuk menyembuhkan luka. Kajian menunjukkan ekstrak biji dan akar bunga telang apabila dimakan secara oral ataupun disapu sebagai ubat dapat menyembuhkan tiga jenis luka yang terdapat pada haiwan tersebut.


9. Mengubati patukan ular dan sengatan kala jengking

Negara India merupakan negara yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan tradisional yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional. Di India, akar bunga telang digunakan di dalam perubatan tradisional mereka untuk mengubati pelbagai penyakit antaranya adalah untuk mengubati patukan ular dan sengatan kala jengking. Akar pokok bunga telang digunakan bersama ubat-ubatan tradisional yang lain untuk mengubati sengatan ini.

10. Baik untuk kitaran haid
Di negara Cuba, hasil rebusan akar dan kelopak bunga telang diannggap sebagai pelancar kitaran haid. Bahagian akar dan kelopak bunga telang yang sudah dipanaskan akan dicampurkan dengan air putih dan diminum pada setiap petang. Amalan ini dipercayai boleh melancarkan kitaran haid dan mengecutkan rahim.


 Lagi tetang Khasiat Bunga Telan dan cara pengambilannya

1. Mengatasi Gangguan pada Mata
Air rendaman kembang telang diketahui ampuh digunakan sebagai obat untuk mengatasi mata merah ataupun masalah sakit mata lainnya.

2. Meredakan Batuk dan Asma
Selain bagian bunganya, akar tanaman telang diketahui efektif untuk meredakan batuk dan gangguan asma..

3. Membuang Racun di Sistem Pencernaan
Salah satu manfaat mujarab yang terkandung dalam bunga telang adalah ia mampu membantu membuang racun-racun yang terdapat di sistem pencernaan.

Boleh diambil sebagai minuman teh hangat. Cukup dengan merendam beberapa kembang telang dengan air panas, diamkan hingga meresap beberapa minit sebelum diminum.

4. Bersifat Antiinflamasi (antiradang)
Butterfly pea telah lama diketahui punya segudang manfaat dalam pengobatan Ayurveda, dan ini didukung oleh penelitian yang valid.

Ramuan serbuk bunga telang bisa membantu meredakan demam akibat peradangan dalam tubuh. Ini bisa bermanfaat sebagai pertolongan pertama jika mengalami gejala  penyakit.

5. Mendukung Sistem Kekebalan Tubuh
Telang adalah solusi bagi sistem pertahanan tubuh kita dari ancaman kuman penyebab penyakit.

Kandungan dalam tanaman ini telah teruji efektif dalam melawan berbagai bakteria yang merugikan tubuh.

Saat flu menjadi ancaman di cuaca yang tidak bersahabat, kamu bisa mengandalkan teh bunga telang untuk memperkuat imuniti tubuh.

6. Memperlancar Metabolisme Tubuh
Metabolisme yang aktif dan sehat sangat penting untuk melawan kenaikan berat badan berlebih dan menjaga berat badan kita agar tetap ideal.

Teh kembang ini membantu mendorong pembakaran kalori dan meningkatkan hormon yang berperanan dalam pembakaran lemak. Jadi, telang baik juga untuk diet.

7. Mengatasi Stres dan Kecemasan
Butterfly pea flower juga dikenal  sebagai adaptogenik 
(yang membantu meningkatkan kesehatan sistem adrenal, mengatur hormon tubuh yang menyebabkan stres) yang membantu tubuh mengatasi stress.

Kesannya yang menenangkan pada tubuh dan fikiran dapat digunakan untuk mengurangi stress dan kecemasan berlebihan.

Bunga biru indah ini bahkan telah terbukti memiliki efek ansiolitik
(kategori obat yang membantu menangani gejala kecemasan) dan antidepresi yang telah terbukti melalui penyelidikan

8. Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Satu lagi manfaat mujarab dari telang, adalah dalam mengatasi tekanan darah tinggi yang memicu gagal jantung yang bisa mengancam jiwa.

Penelitan menunjukkan bahwa kandungan dalam telang berguna untuk mengurangi dan mengatur tekanan darah di angka normal.

9. Mengawal Kadar Gula Darah
Dalam sebuah penelitian yang diterbitkan dalam Journal of Applied Pharmaceutical Science, bunga telang terbukti mengurangi dan bahkan menstabilkan kadar konsentrasi glukosa darah.

Tuntasnya, terdapat pelbagai manfaat bunga telang ke atas kesihatan. Walaupun kebanyakkan kajian dijalankan ke atas haiwan, namun keberkesanannya menunjukkan potensinya untuk diaplikasikan ke atas manusia.

Peringatan :
konsumsi ekstrak bunga telang yang berlebihan dapat menyebabkan mual dan diare. Wanita hamil dan menyusui juga disarankan untuk tidak mengambil minuman ini, kecuali telah berkonsultasi dengan doktor. Namun selalu disarankan untuk berkonsultasi dengan doktor sebelum mengonsumsi ekstrak bunga telang.


sumber :
10 Khasiat Bunga Telang yang Perlu Anda Tahu
9 Manfaat Bunga Telang untuk Kesehatan, ‘Si Cantik’ Penuh Maslahat
Manfaat dan Bahaya Bunga Telang yang Patut Diketahui, Baca Selengkapnya




No comments:

Post a Comment