Tips penjagaan ros
Bunga ros atau mawar merupakan bunga yang menjadi simbol cinta dan kasih sayang yang sering dihadiahkan pada hari istimewa seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya. Sehinggakan ia di nobatkan sebagai ratu bunga yang mempunyai kelasnya yang tersendiri
Untuk menanam pokok bunga ros memerlukan banyak perhatian kerana tanaman ini mudah diserang penyakit. Namun itu semua sebenarnya dapat diatasi jika anda ada minat.
Di sini dikongsikan cara serta tip menanam dan menjaga agar pokok bunga ros agar tumbuh dengan baik dan menghasilkan bunga yang mekar dan cantik.
Pokok bunga ros memerlukan tanah hasil campuran tanah kompos yang poros pada masa yang sama dapat mengekalkan kelembapan akar pada kadar optimum.
Tanah yang sesuai ;
A) -Tanah holland dan tanah bakar merah, sekam padi, perlite - memberikan ruang pengudaraan yang baik (jika ada)
atau Tanah 6 in 1
atau Tanah Organic
atau tanah rose (campuran tanah khas untuk tanam rose)
B) -Baja organik seperti tayam (tahi ayam), tambing ( tahi kambing ),soya, udang, ikan,
tanah holland |
(* Sabut kelapa tidak berapa baik berbanding tanah Holland untuk campuran tanah kerana ia mempunyai shelf life yang singkat. Ia juga mudah menarik air pada musim hujan dan mengakibatkan fungus)
tanah merah bakar |
sekam padi |
perlite |
Caranya :
1 bahagian Tanah Holland atau tanah 6 in 1 atau tanah organik
1 bahagian tanah merah bakar
0.3 baja tahi ayam/tahi lembu/baja tahi arnab atau 0.1 bahagian vermicompost
0.1 bahagian perlite
2. Penyiraman
Pokok bunga ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang penyakit.
-Waterblast atau semburan air pada pokok berserta daun hanya boleh dilakukan waktu tengahari ketika matahari memancar kerana ia akan cepat kering
- Ketika sedang berbunga. Siram di bahagian tanah, jangan terkena bunga kerana bunga akan cepat rosak.
3. Pembajaan
Baja terbaik ros adalah baja organik yang terdiri dari campuran tinja ayam, kambing, udang, soya dan ikan. Baja yang mengandungi kesemuanya ini dikenali sebagai "rosefood' atau makanan ros. Ini kerana pokok bunga ros memerlukan kadar nutrien yang tinggi atau jenis kuat makan.
-Baja kimia boleh diselang selikan sekali sekala kerana ia bersifat panas ada sesetengahnya langsung tidak menggunakan baja kimia untuk pokok ros..
-Baja semburan juga amat baik kerana ia cepat menyerap terutamanya setelah pangkasan di lakukan supaya penghasilan pucuk baru tumbuh dengan kadar optimun.
- air basuhan beras dan ikan serta kulit pisang amat baik djadikan baja ros kerana kulit pisang yang mengandungi potassium yang boleh membantu pokok bunga tumbuh sihat. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam tanah.Selain itu kulit udang dan ketam juga boleh digunakan untuk menambah makro dan mikro nutrien.
4.Cahaya
Pokok bunga ros memerlukan cahaya matahari penuh selama lebih kurang 6 jam sehari untuk pengeluaran bunga. Pastikan pokok ros tidak berada di tempat telindung . Hanya letakkan di tempat yang agak terlindung (partial shade) ketika pokok baru ditanam untuk tempoh pemulihan. agar tidak terkesan dengan panas terik matahari)
5.Pemangkasan
Perlu dilakukan untuk menggalakan pengeluaran cabang baru yang lebih banyak serta penghasilan bunga yang banyak. Bunga yang telah layu pula perlu dipotong dari dari dahannya agar proses pengeluaran bunga seterusnya lebih cepat.
6.Kawalan penyakit
-Lakukan rutin semburan racun organik setiap 3 hari agar dijauhi dari serangan penyakit. JIka telah diserang penyakit, racun kimia lebih efektif digunakan. Juga boleh dikawal dengan spray ridsect water base berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simptom penyakit berkurangan.
-Boleh juga gunakan formula organik campuran cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit. Ianya lebih selamat brbanding penggunaan baja kimia.
-Waspada: Periksa bunga mawar anda secara berkala, dan segera buang dan buang daun-daun yang berbintik-bintik, baik di tanaman dan di tanah. Sekiranya masalahnya tidak teruk, mungkin ini semua rawatan yang anda perlukan.
-Thrips-kutu halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk ,bunga, dan perlahan-lahan membantut pucuk bunga seakan-akan 'terbakar' seterusnya perlahan-lahan mati.
thrips
- Pada peringkat serangan yang serius, pokok bunga ros harus dirawat dengan cara memangkas daun dan bunga yang dijangkiti dan di bakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari kawasaan tanaman.
- Blackspot merupakan penyakit yang sering terjadi di musim hujan. Ianya merupakan penyakit kulapuk atau kulat. spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab atau basah.
blackspot
Setelah daun dan batang yang dijangkiti dikeluarkan, rawat mawar dengan racun kulat. Semburkan seluruh tanaman, pastikan bahagian atas dan bahagian bawah daun serta batangnya. Anda boleh menggunakan racun kulat kimia atau sebilangan besar pilihan organik seperti minyak neem dan cuka kayu
Kesimpulan:
Apapun di sebalik semuanya, pengetahuan memberi manfaat jika kita amalkan dan kongsikan. Kalau sekadar tahu sahaja tapi malas nak buat, tak ada maknanya la...tanam saja bunga ros plastik dalam rumah yer..😁
No comments:
Post a Comment