Entry kali ni adalah sinambungan dari yang sebelum ni (kelebihan & khasiat bunga ros) Aku saja letak tajuk ni sebabnya tengok la gambar2 ni...
Kat negara kita yang selalu kita jumpa produk berasakan bunga ros adalah mandian, pencuci tangan, bedak dan wangian tapi rasanya tak nampak pula jem bunga ros,madu dengan bunga ros, kek bunga ros, puding bunga ros kan?
Jem bunga ros, madu + bunga ros,aiskrim + bunga ros, donut,saffron yogurt ros, kek ros.. |
Kat eropah diaorang ada ladang bunga ros yang luas.. dan ada pula buku tentang cara-cara nak makan bunga ros ni dan penyediaan minuman dengannya. Bagi aku cara paling senang adalah makan begitu saja atau cuba buat ulam macam sayur atau makan dengan aiskrim. Boleh juga rendam saja dalam air panas & minum airnya.
Ladang bunga ros dan produk berasaskannya |
Mandi bunga ros:
Dulu-dulu orang mandi bunga sebab susah nak dapat jodoh kan? Dan selalunya ramuan tu orang tertentu yang buat dgn bacaan tertentu (Kena hati2, silap2 boleh khurafat, niat,cara & pemahaman kena betul konsepnya). Sekarang dah banyak kajian menunjukkan mandi bunga itu sendiri sebenarnya memang bermanfaat. Ini kerana aura & energi bunga itu sendiri boleh menstabilkan emosi kita & meningkatkan tahap kesihatan dan keceriaan secara tak langsung.
Air digunakan sebagai medium kerana menurut fakta saintifik, air dapat membawa masuk tenaga dan gema getaran yang telah terakam samada dari khasiat bunga atau bacaan ayat suci Al Quran . Ia kemudinnya meresapi tubuh badan melalui reseptor bulu roma lalu merangsang hormon-hormon didalam badan. Air sebenarnya berkebolehan merakam gema getaran samada dari bunyi termasuk kata-kata dan juga dari niat kita.
Kita boleh buat sendiri mandi bunga di rumah dengan dimulai dgn Bismillah, selawat dan niat yang betul (spt utk menyerikan/membersihkan aura dan menenangkan fikiran)
Antara cara mandi bunga ros :
- Dapatkan bunga ros, relaikan kelopaknya dan bersihkan dahulu. Rendamkan bunga ros ke dalam air panas seketika untuk mendapatkan aromanya. Selepas itu barulah dicampur dengan air lain didalam bathtab. Tambahkan sedikit minyak aroma terapi untuk kesan yang lebih. Berendamlah selama yang boleh sambil menikmati aromanya (Mandi & bersihkan badan terlebih dahulu).Gosokkan kelopak bunga pada badan. Selepas itu biarkan ianya kering sendiri supaya aroma bunga meresap ke tubuh.
-Ada satu cara lagi, air bunga ros dalam bathtab tersebut dicampur dangan cocunut milk- santan - setengah cawan (tp aku rasa lebih baik campur susu drpd santan sbb ia berminyak)
-Dr Bach pula menyarankan, bunga ros tersebut diletak di dalam air kemudian di jemur di bawah cahaya mentari dahulu untuk mendapatkan energinya. Dengan ini energinya akan bersatu dengan air. Selepas itu barulah diguna.
-Cara lain adalah campurkan bunga ros dengan bunga-bunga lain yang wangi, masukkan terus ke dalam bekas air mandian.
-Kalau tiada bathtab, boleh juga guna air bunga sebagai bilasan terakhir selepas mandi.
Susah-susah bathtab pun tak ada kat rumah, pergi mandi bunga ros kat spa jer la.. ada spa yang buat mandi bunga dan mandi susu..
Lepas tu jom tido pun bertemankan ros..

Jumpa lagi... chow dulu..
huhu..segalanya Ros!
ReplyDeletekalau mandi..dan tidur...ok ler..sanggup..tapi kalau dah makan..tak sanggup ler. Tapi kalau minum..akak suka minum sirap yg botol dia gambar bunga ros..heee...
ReplyDeleteSharifah nor, mmg sy masa mula2 tu x berani nk mkn.. rasanya mcm sayur ulam jer, byk khasiat tu, awek muda..
ReplyDeletetgh search pasal makan bunga rose ni sbb pernah dgr pengantin blh nmpk cantik bila makan bunga ros..betul ke?tp bunga rose kaler apa ye?apa2 pun boleh ke?
ReplyDelete