Gambar contoh Cuka Kayu |
* Merangsang pertumbuhan dan menguatkan akar,daun dan batang pada sayuran dan tanaman pokok
* Menyuburkan tanah dan menghalang pertumbuhan hama penyakit tanaman
* Meningkatkan kualiti dan memperbanyakkan buah hingga 70%.
* Menambah jumlah mikroba yang berguna bagi tanah dan tanaman.
*Meneutralkan keasaman/ PH tanah
*Cuka kayu juga dapat digunakan untuk menghilangkan bau pada bahan buangan ladang, dan dapat mengurangi pengaruh bahan kimia pada hasil pertanian hingga 50%.
Begitu banyak khasiat cuka kayu dalam sektor pertanian. Untuk lebih memahami penggunaan cuka kayu dalam mengaplikasikannya, dibawah ini adalah cara- cara pemggunaan cuka kayu.
*Meningkatkan keberhasilan dalam penyemaian benih tanaman.
Untuk menambah keberhasilan semaian benih dapat dilakukan dengan cara seperti berikut; campurkan cuka kayu pada air dengan perbandingan 1:800 . Ertinya 1 ml cuka kayu dilarutkan dengan 800 ml untuk air. Kemudian semprotkan pada media semai sebelum benih disemaikan. Cuka kayu ini berfungsi untuk membunuh hama penyakit pada media semai.
*Menyempurnakan hasil perkecambahan benih,
iaitu dengan cara direndam terlebih dahulu dengan larutan cuka kayu. konsentrasi yang digunakan adalah cuka kayu dan air 1:200. Perendaman dilakukan selama 24 jam penuh. Kemudian ditiriskan dan benih siap disemaikan.
*Mengurangi hama penyakit pada lubang tanam.
Cuka kayu dapat digunakan untuk membunuh hama pada lubang tanam. Caranya adalah dengan melarutkan cuka kayu pada air dengan takaran 1:50. Kemudian disiramkan ke lubang tanam pada 10 hari sebelum melakukan penanaman. Hal ini terbukti efektif untuk mencegah kematian pada tanaman.
*Menghilangkan penyakit pada daun,
Ulat dan hama penyakit pada daun dapat dihilangkan dengan menggunakan cuka kayu. caranya dengan melarutkannya kedalam air dengan presentase cuka kayu dan air adalah 1:200. Campuran ini kemudian disemprotkan pada pucuk dan daun. Lakukan penyemprotan setiap seminggu sekali.
*Meneutralkan kadar keasaman (PH) tanah.
Cuka kayu dapat juga digunakan untuk meneutralkan kadar keasaman tanah. Dilakukan dengan melarutkan cuka kayu pada air dengan kadar 1:300. Kemudian campuran disiramkan pada akar pokok dan pada tanah disekitar tanaman. Hal ini juga sekaligus dapat membasmi kuman disekitar tanaman.
*Mengurangi keguguran pada buah.
Buah yang sering gugur atau jatuh sebelum waktunya dapat dikurangi dengan menyemprotkan campuran cuka kayu dengan air pada bagian putik buah. Takaran yang dianjurkan adalah dengan presentase cuka kayu dan air 1:500.
*Menghilangkan peningkatan lumut atau rumpai.
Lumut atau rumpai biasanya muncul pada tempat yang lembab dan kurang terkena sinar matahari. Untuk mengurangi perkembangan lumut tersebut dapat digunakan cuka kayu yang telah bercampur air dengan takaran 1:5. Hanya semburkan pada lumut/ rumpai yang ingin dihilangkan.
Cecair organik "Cuka kayu" ini sangat baik untuk tanaman padi. selain pengusir tikus dan efektif membunuh hama pada tanaman, cecair ini akan membantu proses penyuburan tanah sawah anda.
rujukan asal: manfaat cuka kayu untuk tanaman
No comments:
Post a Comment