Friday, June 18, 2021

Pokok Bunga Kertas (Bougainvillea glabra, the lesser bougainvillea )

 

 Bunga Kertas  (Bougainvillea glabra

Pokok bunga kertas yang berasal dari Amerika Selatan ini sering ditanam di taman dan kawasan perumahan. Justeru, ia menjadi pilihan tanaman hiasan tropika sangat popular kerana ia sangat menarik dan penjagaannya pula mudah. POKOK bunga kertas atau bougainvillea mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun.  Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik.

Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvillea, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis. Pokok yang tergolong dalam famili nyctaginaceae mengandungi terdiri daripada 250 spesies. Di Malaysia banyak kacukan dilakukan untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak.

 

Ia merupakan sejenis pokok yang berbunga sepanjang tahun. Kelebihan pokok bunga kertas ialah warna bunga-bunganya pelbagai dan sangat cantik. Ada ungu, putih, merah, merah jambu, kuning dan sebagainya.

Yang istimewa tentang pokok ini ialah ada spesies yang boleh menghasilkan bunga lebih daripada 1 warna. Jadi, anda jangan pula terkejut kalau ternampak pokok yang mengeluarkan bunga berwarna putih dan ungu.

Tips Lebatkan Bunga Kertas

Untuk memastikan pokok bunga kertas anda cantik merimbun, ada beberapa perkara yang anda perlu lakukan, iaitu:

1.   Jika sebelum ini anda tanam pokok bunga kertas di dalam pasu, alihkan ke atas tanah. Ini kerana pokok ini hidup lebih subur di atas tanah. Akar pokok ini perlu membesar untuk menyerap nutrien secara optimum.

  • Sebelum dipindahkan ke atas tanah, pastikan tanah tersebut jenis sedikit berpasir. Tanah yang berpasir mempunyai rongga-rongga yang dapat melancarkan pengaliran udara. Fungsi pasir yang lain ialah dapat menstabilkan kelembapan iaitu tanah tidak akan terlalu kering atau basah.
  • Jika hendakkan pokok bunga kertas anda hidup lebih lama dan berbunga lebat, pastikan anda mengutamakan 2 perkara ini. Pertama, pastikan tanah tersebut tidak terlalu lembap. Keduanya, pastikan juga tiada takungan air di situ.
  • Tanam pokok bunga kertas di kawasan yang menerima pancaran matahari yang terik sepanjang hari. Jangan tanam di kawasan yang teduh kerana akan membuatkan tumbesaran pokok terbantut.
  • Walaupun baja organik bagus untuk tanaman, tetapi tidak bagi pokok bunga kertas. Apabila menggunakan baja organik, ia akan menarik perhatian serangga seperti semut untuk membina sarang. Jadi, lebih baik gunakan baja kimia.
  • Apabila pokok bunga kertas anda sudah mula membesar, jangan biarkan rantingnya memanjang. Cantas ranting-ranting tersebut supaya percambahan daun dan bunga menjadi lebih cepat, lebat dan sihat.

Ranting-ranting perlu dipotong kira-kira 50 cm atau 60 cm dari batang pokok. Pertumbuhan ranting-ranting baru akan menghasilkan bunga yang lebat.

  • Jika cuaca panas dan permukaan tanah kering, siram pokok bunga kertas 2 kali sehari. Anda tidak perlu menyiramnya ketika musim hujan. Air yang terlalu banyak akan merencatkan pertumbuhan pokok.
  • Berbanding pokok-pokok lain, bunga kertas perlu disiram pada waktu tengah hari.
  • Pastikan anda memberi baja khas untuk penghasilan bunga. Baja perlu diberi dalam 2 minggu sekali atau lebih lama selangnya. Pastikan anda mengikut sukatan baja yang betul.
  • Apabila bunga-bunga sudah mula gugur, anda boleh meletakkan baja semula.
SSumber:

 

2 comments:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete