Friday, June 18, 2021

Khasiat Delima merah



Bunga Delima merah

Delima merah

Delima (Promegranate) dengan nama saintifiknya  ‘Punica Granatum’ merupakan buah  yang mengandungi  nilai  nutrisi yang tinggi. Buah ini mempunyai bahagian biji yang  diselaputi isi berbentuk prisma atau dikenali sebagai ‘membran pulpy’ (testa). Tekstur isinya lembut dan berair yang dilindungi oleh ‘membran pulpy’.

Ia kaya dengan antioksida, mineral dan vitamin yang berperanan dalam meningkatkan status kesihatan seseorang individu. Tingginya kandungan khasiat dalam buah delima ini telah meraih perhatian bukan sahaja di bidang kesihatan malahan bidang ekonomi juga. Banyak  kajian yang telah diterbitkan berkaitan biji, isi mahupun kulit buah delima. Pokok buah delima dikategorikan dalam tumbuhan renek yang berasal dari kawasan Asia Barat Daya. Ia tumbuh secara semulajadi dan ditanam secara komersial di merata negara. Jenis-jenis delima adalah berbeza berdasarkan bentuk dan warna serta biji dan tahap kemanisannya.

Kandungan nutrisi

Delima lebih dikenali dengan kandungan antioksida di dalamnya. Selain daripada vitamin C, komponen anti radang, antimikrob dan anti mutagenic, ia juga mengandungi polifenol seperti asid gallic, asid ferulic dan catechin. Antara mineral yang dijumpai dalam delima ialah kalsium,kalium, magnesium,fosforus,zink dan juga zat besi.

Data diperolehi dari USDA Standard Reference untuk 100 g biji buah delima

Komponen berkhasiat

18% dari kandungan biji buah delima terdiri daripada lemam iaitu asid lemak seperti asid punicid iaitu kumpulan asid linolenik. Terdapat juga komponen fitoestrogen di dalam biji buah delima.  Sementara isi atau jus buah delima kaya dengan fruktosa, glukosa dan sukrosa, asid malik, asid sitrik, dan asid fumarik, tannin, fenolic dan antioksida, kulit buah delima lebih tinggi dengan kandungan flavanoid, anthocyanin dan asid askorbik. Bahagian batang dan akar pokok delima mengandungi bahan alkaloid digunakan dalam perubatan tradisional dan juga membantu dalam rawatan cacing di dalam usus.

10 khasiat buah delima

1. Rawatan dan pencegahan kanser

Terdapat banyak kajian yang mengaitkan kemampuan buah delima dalam rawatan kanser contohnya kanser prostat, kanser payudara, kanser usus, kanser kulit, kanser paru-paru. Bahan komponen kimia dalam buah delima mengandungi sifat anti radang, menurunkan aktiviti sel tumor, proliferasi sel kanser dan lain –lain mekanisme sel kanser.

2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Jus delima yang bersifat antiarterogenik, antihipertensi dan anti radang membantu mengurangkan tekanan oksidatif, menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol serta trigliserida serta meningkatkan kolesterol high density lipoprotein (HDL)untuk pesakit hiperlipidemia. Kawalan kolesterol darah yang normal akan menurunkan risiko mendapat penyakit berkaitan kardiovaskular seperti serangan jantungdiabetes dan strok.

3. Osteoarthritis

Osteoarthritis ialah jenis arthritis yang biasa dialami. Kemerosotan sendi yang berlaku mengurangkan keselesaan dan kualiti hidup pesakit. Sifat anti radang dalam buah delima mampu membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

4. Rheumatoid arthritis

Penyakit autoimun di mana sel badan akan menyerang sel-sel lain dan menyebabkan pesakit mengalami keradangan dan lebih teruk sekiranya tidak mendapatkan rawatan perubatan. Bahan anti radang dalam buah delima membantu mengurangkan kejadian radang 

5. Antimikrob/antifungal

Sifat antimikrob /antifungal membantu dalam rawatan berkaitan mikrob dan fungal seperti jangkitan candida dan bacteria e coli yang selalunya menyebabkan kejadian cirit birit. Aktiviti bakteria dan fungal ini dikurangkan dengan kehadiran antimikrob dalam buah delima

6. Kesihatan mulut

Kesihatan mulut yang tidak elok pastinya mengundang bau mulut dan ketidakselesaan individu. Bau mulut dikaitkan dengan bakteria yang terdapat di dalam mulut. Sifat antibakteria di dalam buah delima membantu mengekalkan persekitaran bakteria oral di dalam mulut.

7. Penyembuhan luka

Tindakbalas mekanisme penyembuhan luka bersama Komponen kimia buah delima mempercepatkan pembaikan sel di bahagian yang luka, secara tidak langsung kawasan kulit yang terdedah kepada luka berkurangan

8. Kesuburan

Delima dikaitkan dengan meningkatkan kesuburan di kalangan lelaki dan wanita. Terdapat kajian menunjukkan bilangan sperma yang dihasilkan meningkat dan lebih produktif atau sihat . manakala untuk kesuburan wanita pula, ia membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan

9. Alzheimer

Walaupun tiada kajian yang membuktikan penyakit Alzheimer boleh dilewatkan, tetapi terdapat kajian yang mencadangkan perubahan diet yang lebih seimbang dapat mengurangkan risiko kejadian Alzheimer berlaku. Delima mengandungi tinggi kandungan polifenol yang terbukti berperanan dalam memelihara sel –sel neuron otak. Kajian ke atas haiwan juga membuktikan tingkahlaku haiwan berubah kepada normal dan senang dikawal selepas pemberian jus delima. walaubagaimanapun lebih kajian diperlukan untuk mengenalpasti mekanisme bahan ini bertindak dalam menangani penyakit Alzheimer

10. Sumber tenaga

Ini ialah sumber tenaga yang cepat kerana kandungan fruktosa di dalamnya. 100g bahagian buah membekalkan 83 kalori iaitu 18.7 g karbohidrat dan 13g gula sementara protein dan lemak 1-2 g. Sekiranya kita mengambil 50g nasi , ia membekalkan 65 kalori dari 15 g karbohidrat. Oleh itu sekiranya kita minum jus delima, ia boleh memberkan tenaga yang cepat kepada tubuh badan kita.

 

Sumber :

https://rootofscience.com/blog/2021/kesihatan/pemakanan/khasiat-buah-delima-yang-perlu-anda-tahu/

No comments:

Post a Comment