Friday, June 18, 2021

Buah mangga Harum Manis

 

mangga Harum Manis

Buah mangga Harum Manis adalah sejenis buah mangga yang sangat terkenal di negeri Perlis. Mendapat gelaran ‘Harum Manis’ kerana baunya yang harum juga rasanya yang manis.

Buah mangga ini mempunyai isi yang tebal kekuningan.
Apabila tiba musim mangga Harum Manis, pelbagai makanan berasaskan harum manis boleh didapati di negeri Perlis. Anda boleh mencuba makanan seperti pulut yang dimakan bersama buah mangga. Selain itu terdapat juga peniaga yang menghasilkan ais krim daripada mangga ini.
Buah mangga ini mempunyai keunikannya yang tersendiri berbanding buah mangga yang lain. Pengeluaran buah Harum Manis adalah sangat terhad di mana ianya berbuah sekal sahaja dalam masa setahun.
Tempoh berbuahnya pula hanya dari sebulan hingga sebulan setengah bagi setiap musim. Kebiasaannya tempoh berbuah bagi Harum Manis adalah dari hujung April hingga ke awal Jun setiap tahun.
Berdasarkan Jabatan Pertanian Negeri Perlis, pokok mangga Harum Manis memerlukan musim kemarau iaitu dari Januari hingga Mac untuk berbunga (Stress Period). Lebih uniknya, buah mangga ini berjaya tumbuh dengan baiknya hanya di negeri Perlis sahaja berbanding negeri lain di Malaysia.
Peminat mangga Harum Manis dari serata negeri lain di Malaysia tidak melepaskan peluang untuk  menunggu waktu penjualan buah mangga ini yang bermula pada April setiap tahun bagi merasai kelazatannya. Kebiasaanya, buah mangga ini akan dijual mengikut kepada gred.


Gred, kelebihan dan keistimewaannya

Gred Harum Manis ini ditentukan berdasarkan kepada beratnya sendiri. Antara kaedah yang digunakan untuk menentukan gred Harumanis adalah menurut berat masing-masing:

  • 500gm ke atas – Gred AA / A+
  • Dari 350gm hingga 500gm – Gred A
  • 350gm – Gred B
  • Bermula 350gm ke bawah – Gred C
Diperkaya dengan vitamin A, B, Magnesium, Kuprum dan Potassium,  buah Harum Manis dikatakan dapat membantu melancarkan sistem pencernaan dan saraf. Ia juga mampu meningkatkan stamina dan tenaga serta menbantu menguatkan tulang.
Buah mangga harum manis ni mempunyai bentuknya yang tersendiri. Ia sedikit gempal, tidak terlalu besar dan tidak juga kurus lansing dan berbentuk runcing seperti buah mangga-mangga yang lain. Di hujung ekornya akan kelihatan seolah-olah dua bucu yang tidak tajam. Orang perlis kata ada “2 pungkoq” yang bermaksud “2 punggung”
.
2. Perhatikan dari pangkal buahnya, dan pastikan tidak banyak getah yang keluar. Getah yang banyak menunjukkan buah tersebut masih muda dan rasanya juga masam. Dikatakan ada sesetengah buah yang warnanya akan bertukar kekuningan menandakan ianya sudah benar-benar ranum bergantung kepada gred buah. Anda juga boleh bertanya kepada penjual di Perlis yang rata-ratanya sangat ramah, mesra pelanggan dan tidak lokek berkongsi tips memilih buah yang baik.
.
3. Isi buahnya tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembik. Picit dan tekanlah sedikit pada kulit buah. Jika terlalu keras sehingga tidak boleh ditekan, ertinya buah masih muda. Sebaliknya jika terlalu lembik sehingga meninggalkan kesan jari apabila ditekan, ia bermaksud ada luka, lebam di dalam buah atau mungkin ia sudah terlalu matang. Saya difahamkan, kalau dibeli melalui kaedah pos, di luar kotak akan ada tertulis tarikh kotak boleh dibuka untuk memberi panduan kepada pembeli supaya buah ini dikupas pada waktu yang benar-benar tepat.
.
4. Beraroma harum dan manis. Sesuai sekali dengan namanya, buah mangga jenis ini haruslah berbau harum terlebih dahulu supaya isinya juga manis ketika sudah dikupas kelak. Pada kebiasaannya buah yang dipetik terlalu muda akan berbau getah, tidak mempunyai aroma sama sekali, atau ada juga yang berbau harum tetapi sudah kelihatan kecut. Cium-ciumlah buah ini sebelum membeli atau mengupasnya supaya air liur yang hampir kecur meleleh itu, berbaloi! Salah satu punca yang menjadi kemungkinan buah pelam ini tidak manis seperti yang diharapkan adalah kerana ia dipetik dari pokok terlalu awal sebelum masanya, sedangkan buah tersebut belum betul-betul matang.


Sumber :

Keunikan Buah Mangga Harum manis

Harumanis Perlis 

No comments:

Post a Comment