Tuesday, June 22, 2021

Bunga baldu Episcia Cupreata

 

Bunga baldu Episcia Cupreata

Merupakan spesis Episcia cupreata Acajou daripada keluarga tumbuhan Gesneriaceae merupakan sejenis tanaman merayap atau menjalar yang mempunyai nilai-nilai estetika yang tersendiri.

Bunga dan daunnya tampil sama cantik serta menarik. Bunganya berbentuk seperti serombong atau trompet dengan lima kelopaknya berwarna merah pekat. Daun yang berkilat pada bahagian atas itu berwarna perang dengan corak berwarna perak di tengah dan urat-urat daunnya.

Penjagaan
1. Ia suka kepada keadaan medium tanaman dan persekitaran yang sentiasa lembap. Siram dua kali sehari pada waktu pagi dan petang pada hari panas. Elakkan medium tanaman menjadi kering dan sebaiknya sembur daun dengan air bagi mengekalkan kelembapan pada persekitaran. Siram apabila perlu sahaja pada hari hujan jika pokok berkenaan terdedah kepada titisan air hujan.
2. Pokok itu perlu didedahkan kepada cahaya yang terlindung. Dedahan kepada cahaya pagi dan petang adalah sesuai tetapi elakkan dedahan kepada cahaya terik tengah hari yang boleh melecurkan daunnya.
3. Gunakan baja organik seperti najis ayam atau kelawar yang telah diproses. 
-Sebagai alternatif, baja cecair atau baja garam larutan boleh juga digunakan.
-Gunakan baja berwarna hijau dan dicampurkan baja berwarna merah untuk pertumbuhan pokok dengan daunnya yang cantik dan pengeluaran bunga yang banyak. Ia boleh dilarutkan dalam air siraman atau semburan
-Baja bijian agak kurang sesuai digunakan untuk membaja pokok itu kerana ia boleh melecurkan daun pokok apabila terkena.
4. Potong daun-daun tua atau yang telah layu atau mati bagi mengekalkan penampilan pokok yang lebih kemas dan sentiasa cantik.
5. Jika didapati pokok kurang subur walaupun dibaja dan disiram secukupnya, lakukan pemasuan semula atau membuat keratan setiap sulur anak benihnya untuk ditanam dalam pasu atau beg plastik dengan medium tanaman yang baharu.
.
Pembiakan
Ia mudah ditanam menggunakan :
1 A
nak sulur yang banyak tumbuh daripada bahagian sisi batang pokok yang matang.
- Potong anak sulur yang tumbuh pada sisi batang pokok induk.
- Tanam dalam medium tanaman yang bersesuaian seperti yang disebutkan di bawah.
2. Ia juga boleh dibiakkan menggunakan kaedah keratan hujung batang berdaun.
3. Melalui pecahan rumpun dan tanam semula

Tumbuhan itu sesuai ditanam dalam medium tanaman yang lembap berhumus tinggi tetapi bersaliran baik untuk memudahkan air siraman mengalir keluar.

Campuran medium yang disyorkan adalah medium untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (tanah peroi:bahan organik atau tanah gambut:pasir sungai).

Idea pameran kreatif
1. Pokok matang mengeluarkan anak sulur yang cantik untuk dijadikan tanaman gantung agar anak-anak sulur itu dapat tumbuh menarik memanjang dan berjurai ke bawah pasu.
2. Ia sangat sesuai ditanam sebagai tanaman solo dalam pasu yang cantik dan menarik untuk hiasan.
3. Ia juga sesuai digunakan sebagai salah satu pokok dalam gubahan bersama pokok berbunga atau berdaun dalam pasu untuk digantung atau dipamerkan di lantai.


Kredit :
https://ps2unic.wordpress.com/2016/03/01/nilai-estetika-episcia-cupreata-acajou/

No comments:

Post a Comment