Tuesday, September 21, 2021

Penjagaan Pokok pudina dan Khasiat daun Pudina

 



Komponen Berkhasiat Dalam Daun Pudina

Terdapat beberapa komponen di dalam daun pudina yang mempunyai beberapa kelebihan kepada kesihatan tubuh badan kita. Antaranya ialah:

1. Minyak pati (Essential Oil)
Minyak pati adalah sejenis bahan yang diekstrak dari tumbuhan sama ada melalui kaedah penyulingan ataupun mekanikal. Ianya mempunyai bau uniknya yang tersendiri dan sering digunakan untuk tujuan aromaterapi. Minyak pati di dalam daun pudina yang kandungan utamanya terdiri daripada menthol dan menthone mempunyai beberapa kebaikan.

Kandungan menthol dan menthone yang terdapat dalam daun pudina menyumbang kepada rasa pudina apabila digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan dan makanan. Di samping itu, komponen ini turut mempunyai sifat anti-radang terhadap kulit dan mampu mencegah pembiakan patogen dan bakteria.

2. Asid Rosmarinik
Asid Rosmarinik adalah salah satu komponen yang terdapat dalam kebanyakkan tumbuhan-tumbuhan herba seperti daun pudina. Komponen ini mempunyai sifat anti radang dan anti oksida dan ianya sering digunakan secara tradisional untuk merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan masalah salur pernafasan seperti asma dan simptom alergi seperti hidung berair, radang kulit dan mata. Hal ini kerana asid rosmarinik mampu mengurangkan penghasilan histamin, sejenis protein yang mengakibatkan simptom alergi terjadi.

3. Flavonoid (Eriocitrin, Luteolin dan Hesperidin)
Daun pudina turut mengandungi flavonoid seperti Eriocitrin, Luteolin dan Hesperidin. Flavonoid adalah sebatian kimia yang terdapat di dalam tumbuhan dan buah-buahan dan terkenal dengan pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Komponen Eriocitrin, Luteolin dan Hesperidin mempunyai sifat anti radang dan anti oksida. Luteolin adalah salah satu komponen yang mampu mencegah penyakit kanser di mana ianya mampu mengganggu dan menghalang kemajuan sel-sel kanser.

Terdapat pelbagai khasiat yang amat jarang kita ketahui.

Kebaikan dan khasiat daun pudina:

1- Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.

2- Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.

3- Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

4- Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.

5- Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.

6- Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.

7- Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.

8- Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.

9- Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut.

Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.

10- Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.

Faedahnya memberi kesan keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina boleh digunakan bagi membasmi bakteria.

11- Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya.

12- Pudina menjadi ramuan utama kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan simptom penyakit penafasan.

13- Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.

14- Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.

15- Teh pudina boleh digunakan pada luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.

16- Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).


kredit

No comments:

Post a Comment