Wednesday, September 29, 2021

khasiat kunyit hitam


kunyit hitam

Khasiat Kunyit Hitam pada kesihatan

Ini merupakan beberapa khasiat yang didapati daripada kajian di dalam makmal, pada haiwan dan juga sebahagian kecilnya pada manusia. Penggunaan herba yang digunakan sebagai makanan kesihatan atau rawatan perlulah mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu agar ia tidak mengganggu rawatan yang dijalankan oleh doktor.

1. Kesan Antioksida

Seperti kebanyakan tumbuh-tumbuhan lain, antara khasiat utama kunyit hitam ialah mempunyai kesan antioksida yang dapat menghalang oksidasi sel dalam badan dan pembentukan radikal bebas yang berlebihan. Proses ini penting bagi mencegah rantaian tindak balas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan masalah kesihatan.

Radikal bebas yang berlebihan akan mencetuskan keadaan tekanan oksidatif. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, kerosakan DNA dan molekul penting dalam badan berisiko untuk terjadi. Pembentukan radikal bebas yang berlebihan boleh berlaku atas beberapa faktor:
Asap rokok
Pencemaran udara
Paras gula yang tinggi dalam darah disebabkan kencing manis

2. Kesan Anti-radang

Selain mampu menghalang proses oksidasi sel, kunyit hitam juga mempunyai kesan anti-radang yang ketara.


Keradangan adalah tindak balas normal dalam tubuh badan yang menghalang jangkitan serta kecederaan. Walau bagaimanapun, radang yang kronik berisiko menyebabkan kenaikan berat badan serta masalah kesihatan yang lain. Makanan yang mempunyai kesan anti-radang seperti kunyit hitam ini mampu mencegah risiko keadaan tersebut.

3. Mencegah masalah asma

Asma adalah satu masalah kesihatan di mana saluran pernafasan menjadi sempit. Kajian terhadap ekstrak kunyit hitam mendapati ianya dapat memberi kesan pengenduran (relaksan) otot lantas mengurangkan penyempitan salur nafas dan membantu mengawal asma.

4. Memberi kesan analgesik

Kesan analgesik ialah kesan melegakan kesakitan. Salah satu kajian yang pernah dijalankan berkaitan kunyit hitam membuktikan kesan analgesiknya. Dalam kajian tersebut, rasa sakit pada model haiwan telah didapati berkurangan kesan daripada ekstrak kunyit hitam.


Selain itu, melalui kajian yang sama, kunyit hitam didapati mempunyai kesan antipiretik (mengurangkan demam) kerana mampu mengurangkan suhu badan yang tinggi.

5. Mencegah pertumbuhan kulat

Kesan anti-kulat daripada minyak pati kunyit hitam telah dibuktikan melalui kajian sejak pertengahan tahun 70-an. Jangkitan kulat pada kebiasaannya hanya berlaku pada kawasan kulit dan kuku, namun sesetengah daripadanya boleh mengakibatkan keadaan yang lebih serius dan mengancam nyawa seperti pneumonia. Melalui kesan anti-kulat ini, kunyit hitam berupaya mencegah pertumbuhan kulat daripada merebak.

6. Mencegah pertumbuhan bakteria

Ubat antibiotik yang sering diberi di hospital mahupun klinik digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Tetapi tahukah anda, antiobiotik semulajadi juga wujud? Ia terdiri daripada minyak pati dan ekstrak tumbuh-tumbuhan, termasuk kunyit hitam.


Rizom atau bahagian batang pada kunyit hitam bukan sahaja memiliki kesan antioksida yang tinggi, malah turut mempunyai kesan antibakteria. Ia mampu membantutkan pertumbuhan bakteria seperti E. coli dan S. aureus. Akan tetapi masih lagi kurang pembuktian secara klinikal berkenaan kompoun di dalam kunyit hitam mampu membunuh bakteria di dalam badan manusia. Kajian yang disebutkan ini lebih kepada bakteria yang berada di dalam piring petri. Oleh itu, penggunaan kunyit hitam untuk penyembuhan penyakit disebabkan jangkitan bakteria tidak digalakkan.

7. Mengawal gangguan kemurungan

Berdasarkan anggaran, kira-kira 30% daripada golongan dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih semasa hayatnya. Kunyit hitam mempunyai potensi nilai perubatan dalam mengawal gangguan kemurungan. Komponen di dalam tumbuhan ini berupaya melindungi fungsi otak daripada gangguan.

8. Mengawal gejala muntah dan loya

Terdapat satu kajian tentang fungsi mengawal muntah dan loya yang pernah dijalankan terhadap 10 tumbuhan perubatan aromatik, termasuk asam kerenda, kayu manis, serta kunyit hitam. Di akhir kajian ini, kunyit hitam direkodkan sebagai tumbuhan yang mempunyai peratusan tertinggi dalam mencegah muntah dan loya.


Antara khasiat-khasiat kunyit hitam yang lain ialah:

9. Mencegah ulser perut

Ekstrak kunyit hitam yang diberi kepada model haiwan dalam kajian didapati dapat mengurangkan indeks ulser dalam perut haiwan tersebut.

10. Mencegah cacing parasit


Kunyit hitam juga berkesan untuk mencegah serta membunuh cacing parasit. Dalam satu kajian terhadap cacing, kunyit hitam mencatatkan kesan yang paling efektif dalam melumpuh serta membunuh cacing tersebut.
Kesimpulan

Ini adalah beberapa khasiat kunyit hitam yang telah dibuat kajian secara dalam makmal dan juga beberapa kajian pada manusia. Para pembaca masih perlu mendapatkan nasihat daripada doktor jika ingin menggunakan bahan ini terutamanya sebagai ubat-ubatan kerana ia boleh menjadikan sesuatu penyakit itu menjadi semakin teruk ataupun berinteraksi dengan ubat yang pesakit sedang ambil dan menyebabkan kesan sampingan.

Disamping itu, artikel ini juga tidak boleh digunakan untuk mengesahkan faedah kesihatan daripada mana-mana produk makanan kesihatan berasaskan kunyit hitam.

*Tambahan : 
Kunyit hitam juga dikatakan boleh membuang lemak yang ada pada perut dan boleh menurunkan berat badan dengan alami.
Menyehatkan pertumbuhan sendi sehingga dapat mengurangi pengapuran tulang
Sebagai ubat penyakit asam urat dan penyakit katarak.
Cara menghasilkan jus kunyit hitam:
Mula-mula dapatkan kunyit hitam mentah. Kulitnya hendaklah di­bersihkan terlebih dahulu. Setelah itu rendam di dalam air yang bercampur dengan sedikit garam selama satu jam untuk membuang getah pada rizom kunyit hitam.
Kisar kunyit hitam bersama dengan air putih (5 gelas). Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jangan lupa tambah sedikit madu asli sekiranya hendakkan sedikit rasa manis pada jus kunyit hitam.
Simpan didalam peti sejuk agar dapat bertahan lama. Minum suku cawan setiap pagi dan malam.
Anda akan dapat rasa perbedaannya. Amalkan minum jus kunyit hitam seminggu dua kali sahaja.
*Terlalu kerap minum boleh membawa mudarat.

Rawatan gangguan/sihir.
- Satu lagi khasiat kunyit ini ialah dalam rawatan gangguan/sihir.
- Manfaat Kunyit Hitam ini jika di tanam pada 4 penjuru rumah.
Dikatakan ia boleh menjadi pendinding rumah dan Kunyit Hitam berfungsi sebagai penolak aura yang negatif.
*Hal ini adalah dengan izin Allah jua.
Sebagai kita makhluk hanya bergantung harap kepada Allah.

No comments:

Post a Comment