Wednesday, September 29, 2021

Halia Bara

Halia Bara

Halia Bara
NAma saintifiknya, dikenali sebagai Alpinia Purpurata. Merupakan tumbuhan herba dari kumpulan Zingiberaceae. Juga dikenali sebagai halia udang dan halia merah.
HALIA BARA (Zingiber officinale var rubrum) merupakan sejenis halia daripada keluarga Zingiberaceae yang sering dikaitkan dengan dunia perubatan tradisional dalam alam Melayu dan Nusantara. Halia bara juga digunakan sebagai ramuan penting didalam masakkan kita yang menyedapkan rasa pada makanan.

Kegunaan:
Secara tradisional, Halia Bara digunakan untuk:
1. Meningkatkan tenaga batin lelaki.
2. Menghilangkan sengal otot, sendi dan saraf.
3. Melegakan gout.
4. Melegakan resdung.
5. Mengeluarkan angin dari badan.
6. Memanaskan badan wanita lepas bersalin.
7. Merawat penyakit kulit – panau dan kurap.
6. Membunuh kelemumur rambut
7. Melegakan batuk.
8. Meredakan demam Malaria.

Antara khasiat halia bara adalah seperti kegunaanya didalam mengubati penyakit kulit seperti Panau dan Kurap. Selain itu khasiatnya adalah seperti ia mampu juga menghilangkan tompok-tompok panau dengan mujarab. Halia Bara juga mampu menghilangkan kelumumur pada rambut serta merawat untuk menghilangkan rasa sengal-sengal otot serta sendi urat saraf. Halia bara juga didapati dapat menghilangkan batuk, meredakan demam malaria, didakwa dapat membantu menghilangkan masaalah penyakit gout dan juga merawat penyakit resdung. Paling seronok diperkatakan adalah kerana pati halia bara mampu meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki. Bagaimana pun perlu diambil ingatan bahawa adalah tidak digalakan minum air rebusannya selalu kerana ia akan merosakkan usus perut dan menyebabkan pedih ulu hati. Dalam temuan lain dinyatakan bahawa halia bara mampu melembutkan perut serta membantu didalam proses penghadaman makanan . Seperti air minuman halia, minuman halia bara juga mampu mengeluarkan angin dari dalam tubuh setelah meminumnya seperti 'air sarbat halia bara'. Ramai penduduk kampong dan orang asli yang menggunakan halia bara untuk merawat kesan gatal gigitan serangga. Selain itu ia melegakan demam dan kadang-kadang digunakan sebagai bahan untuk rawatan ibu selepas bersalin.


HALIA BARA /HALIA MERAH
Khasiatnya
Kunci kesihatan seseorang sebenarnya bergantung pada kelancaran peredaran darah dalam badannya, jika aliran darah tersekat atau tersumbat, penyakit akan mudah untuk timbul, antaranya seperti rheumatik, sakit pinggang, gout dan badan mudah letih. Masalah-masalah ini dapat diatasi menggunakan halia merah.

Selain itu rimpang halia merah juga dapat melegakan saluran pernafasan, menambahkan air susu ibu, mengembalikan selera makan, meredakan batuk dan selesema, serta meningkatkan kualiti kehidupan seksual.

Untuk mengubati batuk kering dan perut mulas, halia merah boleh dikunyah langsung atau dengan cara diperah dan diminum airnya, lakukan sebanyak tiga kali dalam sehari, selama tiga hari berturut-turut atau sampai gejala penyakit reda. Untuk mengatasi luka atau melecet, cukuplah dengan cara menampalkan halia merah yang ditumbuk pada luka.

Hal sama juga dapat dilakukan pada luka-luka, terkena duri dan gatal-gatal, khasnya pada luka terkena gigitan ular, caranya tumbuk halia merah kemudian dibubuh sedikit garam dan seterusnya dilekatkan pada luka tersebut.

Pengganti Viagra
Tanpa melalui proses sintetis, halia merah sememangnya telah kaya dengan kandungan kimia, seperti unsur 1, 8 cineole yang berperan mengatasi ejakulasi pramatang, sementara anestetik antikholinesterase mampu merangsang aktiviti saraf pusat dan merangsang ereksi. Selain merangsang ereksi dan mengatasi ejakulasi pramatang, mencegah kemandulan dan memperkuat daya tahan sperma. Unsur farnesal yang terkandung dalam tanaman ini juga mampu mencegah proses penuaan kerana ia berperan merangsang regenerasi sel kulit.
Untuk menambah gairah seksual, Anda dapat mencampur jahe dengan lengkuas, mengkudu, lada, telur ayam kampung dan sedikit garam. Caranya: tumbuk halus lengkuas, halia merah dan lada. Kemudian air perahan buah mengkudu masak ditambahkan pada air rebusan. Setelah itu, campuran ini ditapis hingga menjadi satu gelas air ramuan, tambahkan garam kemudian kacau hingga sebati.

Segelas ramuan ini kemudian dibahagikan pula kepada dua bahagian, masing-masing ditambahkan dengan sebiji kuning telur ayam kampung, kemudian kacau hingga sebati dan ramuan ini sedia diminum oleh suami dan isteri yang memerlukannya. Jika mahu boleh juga ditambahkan dengan madu lebah.

Tetapi, kita perlu berhati-hati jika menderita pedih ulu hati, walaupun halia merah mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ini kerana kandungan dalam bentuk jahe halia merah boleh membuat perut panas.

Selain itu, jika mengandung harus - berhati-hati dengan halia merah. Kerana halia merah mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keguguran.

No comments:

Post a Comment