tongkeng jasmin |
Nama Tempatan: bunga Tongkeng
Nama Saintifik : Telosma kordata
Sinonim: Cynanchum odoratissimum, Telosma minor, Pergularia minor, Oxystelma ovatum, Telosma odoratissima, Asclepias cordata, Pergularia odoratissima.
Nama lain: Bunga Stokin, , Fragrant Telosma, Tonkin jasmine, pakalana wine,cowslip creeper,telosoma.
Bahasa Inggeris: Chinese violet , Cowslip sleper
Asal usul : Cina
Info-flora :
Merupakan sejenis tumbuhan memanjat yang mempunyai bunga yang harum.
Batangnya yang berkayu boleh memanjat sokongan boleh memanjang sehingga 6 meter.
Daunnya berbentuk hati mempunyai tangkai daun yang panjang.
Bunganya mengeluarkan bau harum yang menyerupai bau harum oren.
Kelopak bunganya yang berwarna putih kekuningan manakala di tengahnya pula kuning keemasan tersusun dalam jambak bunga kira-kira 10 kuntum bunga atau lebih sepanjang batangnya.
Bau harumnya boleh dinikmati siang dan malam selama seminggu sebelum ianya layu.
Baunya menjadi lebih kuat di waktu malam.
Di Hawaii bunga ini merupakan antara bunga yang digunakan untuk membuat kalungan bunga yang dipakai di leher .
Pokok Bunga tongkeng ini agak sukar di tanam. Tetapi bila dah tumbuh melata, banyak pula anak-anak pokoknya.
Habis menjalar memanjat semua pokok yang dikelilingnya. Adalah llebih sesuai jika dibuatkan para untuk pokok ini.
Apabila bunga tongkeng layu, kita dapat lihat ianya mengeluarkan buah, apabila buah itu telah tua dan matang ianya akan menyebarkan biji benih. Dengan itu agak mudah kelihatan anak-anak pokok di sekeliling pokok induknya.
Haruman tongkeng dikatakan seolah-olah campuran antara haruman mawar dan freesia dengn sedikit bau halia.
Menjelang senja harumannya menjadi semakin kuat dan harumannya yang paling kuat sekitar pukul 9 malam.
Satu kajian menunjukkan sebatian utamanya ialah geraniol yang juga boleh dijumpai dalam bunga mawar dan Beta-ionone yang boleh dijumpai dalam violet.Kajian itu juga menunjukkan sifat meruap Beta-ionone menyebabkan bau wangi bunga tongkeng mudah tersebar ke persekitaran.
Ia boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Walaupun bunganya juga menghasilkan biji benih, namun ia jarang-jarang dapat dibiakkan menggunakan biji benih
Info-kgunaan-khasiat :
Bahagian Yang Digunakan (Edibel semuanya)
Bunganya dan pucuknya boleh dimakan.
Putik bunga dan pucuknya di goreng atau dijadikan sup. Bunganya rasa sedap dan kaya dengan karbohidrat, protein dan vitamin A.
Amalan Tradisi Perawatan
Bunga tongkeng boleh dibuat ulam atau di buat kerabu. Bunga ini biasanya digoreng dengan telur atau boleh dimasak sup Ia juga digunakan untuk merawat sakit mata.
Lagenda bunga tongkeng :
Terdapat cerita rakyat China lama yang mengisahkan bunga ini. Pada suatu masa dahulu sekumpulan tentera telah menawan istana pihak musuh. Menjelang senja , mereka telah terhidu satu aroma yang begitu harum dan wangi dibawa angin.
Perasaan marah dan semangat juang yang berkobar-kobar beransur hilang apabila mereka terhidu haruman ini
Menjelang pagi pihak musuh telah berjaya menawan mereka dan mereka terpaksa berundur.
Haruman yang dihidu itu ialah haruman bunga tongkeng yang berjaya menenangkan hati walaupun tentera yang ganas.
Sumber rujukan :
https://centerofthewebb.ecrater.com/p/30463094/rare-tonkin-creeper-organic-telosma
https://wannura.wordpress.com/2012/11/15/bunga-tongkeng-telosma-cordata-harum-dan-boleh-dimakan/
No comments:
Post a Comment