Sunday, July 11, 2021

sacha inchi

sacha inchi


Sacha Inchi (Plukenetia volubilis) merupakan sejenis tanaman kekacang yang kurang dikenali di Malaysia, namun harganya boleh dikatakan agak mahal bagi yang tahu mengenai kebaikan kekacang ini. Tumbuhan berasal dari negara PERU ini juga dipanggil sebagai ‘Sacha Peanut’, ‘Inca Peanut’, ‘Mountain Peanut’ dan ‘Sacha Inci’.


Sacha inchi semakin mendapat perhatian ramai selepas berjaya disenaraikan sebagai salah satu ‘superfood’ di dunia pada tahun 2016.

Walaupun ia baru diketahui ramai, sacha inchi sebenarnya telah lama digunakan sejak 3000 tahun yang lalu oleh masyarakat Inca di Peru.

Khasiat Sacha Inchi

Sacha Inchi mempunyai banyak khasiat-khasiat penting yang di perlukan oleh tubuh badan yang dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Sacha Inchi kaya dengan Omega 3 yang lebih tinggi berbanding dengan kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain. Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%).
Kelebihan ini dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan.

Antara khasiat-khasiat yang terdapat dalam Sacha Inchi:
Membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengaliran darah dalam tubuh.
Membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan.
Membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser.
Menguatkan tulang dan sendi serta memperbaiki ligament yang telah koyak.
Melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti.
Meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan.
Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi.
Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah.
Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum.
Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat.
Minyak Sacha Inchi juga boleh menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.

Fakta:

- Kaya dengan pelbagai nutrisi yang sesuai untuk mencegah pelbagai masalah kesihatan seperti:

- Kencing Manis/Diabetes
- Mengekal Kesihatan Jantung
- Menurunkan tekanan darah
- Mengawal Kolesterol
- Mengawal Berat Badan
- Menjaga Kesihatan Otak & Mental
- Meningkatkan Kekuatan Tulang
- Kurangkan sakit sendi
- Menjaga Kesihatan Mata
- Cantikkan Kulit & Rambut



No comments:

Post a Comment