Sunday, January 23, 2011

RUMPUT MUTIARA vs RUMPUT CARPET

Rumput carpet memang terkenal dan diminati ramai kerana bentuknya yang halus dan cantik. Tetapi my hubby pula lebih sukakan rumput mutiara yang berdaun bulat dan pertumbuhannya yang menjalar horizontal tidak perlu selalu dimesin seperti rumput lain. Jadi ia tidaklah menjadi tempat bersarangnya haiwan/serangga berbisa seperti kala jengking dan lipan.
Rumput mutiara ( pearl grass)

rumput carpet (zoysia)

   Alkisahnya bermulalah projek menanam rumput mutiara di bahagian laman depan dan tepi rumahku yang agak panas tu. Rupanya punyalah cerewet, rumput tu tak tahan panas, kena siram 3 kali sehari tak boleh miss (tengahari pun kena siram) . Cuaca pula panas masa tu. Walau selepas enam bulan, rumput tu masih tak elok rupanya, warnanya kusam tak hijau seperti tak cukup air dan ada yang seperti mengering...

   Dibahagian laman belakang pula yang agak teduh, kerana aku minat sangat rumput carpet, so tanamlah rumput tu.Dalam tempoh 2 bulan (kalau tak silap la)  rumput tu tumbuh macam lalang! Mungkin kerana tempat teduh membuatkannya jadi terlalu subur.Aku pun punyalah geram melihatnya...

    Solutionnya, hubby aku alihkan semula rumput2 tu. Rumput mutiara yang tak tahan panas di tanam di laman belakang (sekarang dah menghijau), dan rumput carpet tu di tanam di laman depan dan tepi rumah yang panas, barulah tak jadi macam lalang. Tapi maklum ajelah, bayangkan kerja nak mengalih rumput tu macammana, makan masa tau.. Harap kisah ni jadi panduan... ada orang yang tak tahan pasal masalah rumput ni, so terus semen jer tak payah susah-susah kan? Tapi aku suka tengok hamparan yang menghijau...   

Fakta tentang rumput mutiara :
1. Rumput Mutiara ni Manja
2. Rumput Mutiara ni tak boleh kena direct sunlight
3. Rumput Mutiara ni mudah di makan Ulat
4. Rumput Mutiara ni Kena selalu siram
5. Rumput Mutiara ni kena baja 2 minggu sekali
6. Rumput Mutiara ni jangan pijak selalu, nanti mati 
7. Rumput Mutira ni tak perlu potong sebab dia tumbuh menjalar horizontal..
8. Tumbuh pada kadar yang cepat seperti permaidani dengan radius pertumbuhan yang luas tidak seperti rumput biasa bila berada di tempat teduh.


Cowgrass /Rumput kerbauparit (Axonopus compresus)




5 comments:

  1. yeke...adu yay...saya baru nk naik rumah dan bercita2 utk tanam rumput jenis mutiaranie...yang saya skodeng blog2..rumput jenis ini yang paling tahan lasak..sebab saya memang seorang yang malas nk jaga sgt....tp bila baca blog ni..gitu plkye.alahai..macam nerni...rasanya rumput karpet lain lagila sensitip kan....

    ReplyDelete
  2. Salam, saya pun baru mencuba menanam rumput mutiara ni. Ni dah masuk minggu kedua. Hopefully sesuai dgn keadaan rumah yg redup sedikit. Seblum ni tanam rumput carpet tak menjadi sebab kurang cahaya matahari...

    http://pondokajip.blogspot.com/search/label/Rumput%20Mutiara%20%28Pearl%20Grass%29

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini blog saya

      http://pondokajip.blogspot.com/2013/02/menanam-rumput-mutiara-pearl-grass.html

      Delete
  3. This is good sharing. Now i decide to tanam carpet di tepi rumah yang amat terdedah dengan matahari dan sebelah lain yang kurang matahari.

    Terima kasih banyak!

    ReplyDelete