Monday, February 21, 2011

Pokok MATI KERANA KENA MAKI !

Dulu aku pernah cerita kan, pokok ni kita kena cakap dengan dia dan puji-puji sikit dia supaya dia sihat dan rajin berbunga.
Pokok juga ada reaksi emosinya, ianya dapat diukur melalui tindakbalasnya dengan menggunakan poligraf 
(alat untuk mengesan orang menipu).
gambar ni sekadar hiasan, bukan sebab kena maki ni..
Perkara ini telah lama diketahui melalui kajian, bila pokok itu diancam akan dibakar, pokok bertindakbalas dengan menyedut banyak air dan terdapat perubahan yang mendadak 
pada data poligraf (seperti ia tension atau takut).
 
Di Afrika, ada satu amalan iaitu mencaci maki pokok yang sukar ditebang supaya semangat pokok tu mati kata mereka. Pokok yang dicaci tu bukannya kecil tapi dah berusia
lanjut dan amat besar saiznya. Mereka akan bergilir-gilir mencaci maki pokok tu selama sebulan. Selepas itu pokok itu jadi mudah ditebang kerana semangatnya
dah punah dimaki... Macam pelik tapi cara tu berkesan dan masih diamalkan.
beginilah agaknya rupa pokok kat Afrika tu selepas dimaki..
Pokok sebenarnya sensitif terhadap kita, ia tidak boleh dikasari walau dengan perkataan. Mungkin jika kita bercakap dengan pokok pada waktu siang takut orang nampak & kata tak betul pulak kan, so, boleh aje buat pada waktu malam atau nyanyikan lagu pada pokok. 
Kalau tak reti nyanyi, pasang saja lagu. Pilihlah lagu yang yang yang berunsur kasih sayang seperti lagu cinta ke, yang sedap didengar, jangan pulak pasang lagu trash, nanti tensen pokok tu.
Jika selalu dilakukan pokok akan cepat membesar dan berbunga.

Ikuti apa kata mereka di forum tentang tips belai pokok :

Syd :  ....Anda boleh menyanyi sebarang lagu walaupun ia dicipta sendiri. Jika sentiasa dilakukan, bunga akan cepat berkembang, berbunga dan membesar. Tidak percaya? Cuba dulu

Krekogila : Kalau segan nak menyanyi, boleh pasang radio dekat pokok2 bunga, macam ibu saya selalu buat. Setakat ni kira rajin ler jugak pokok2 orkid dia berbunga, lepas satu, satu lagi.

Naba : chewah.....dah macam lembu kat Holland, deme dipasangkan lagu, susu diperah, lembu pun x tension..


p/s : begitu buruk kesannya caci & maki kan, apalagi pada manusia... 

7 comments:

  1. walaupun saya pokok..tapi smenjak 2 menjak nie, badan saye semakin beso..ade kaitan ke? hehe..

    ReplyDelete
  2. eh, betul kot. sebab ayah selalu cakap, "pokok ni dah lame tanam, tapi tak berbuah, nanti sikit lagi boleh tebang lah". terus sampai musim berbuah, die la yang berbuah banyak sekali.

    ReplyDelete
  3. ha ha hazari.. pernah juga mak saya cakap macam tu kat pokok ceri, nak tebang sbb sia2 tnm tak bebuah.. tp lepas tu berbuah pulak... pelik kan?

    ReplyDelete
  4. hari-hari saya cakap kat pokok (hobi saya tanam bunga dan tanam sayur) tapi tak pernah lak maki-maki diorang. hasilnya memang berbaloi-baloi...

    ReplyDelete
  5. macam a shauki dlm papadom je...

    ReplyDelete
  6. org tua2 pun selalu kata camtu. pokok pun perlukan kasih sayang.

    ReplyDelete