Media yang biasa diguna untuk tanaman orkid adalah arang, sabut kelapa, batang/tunggul kayu
ataupun pecahan batu bata. Sesetengah orkid menggunakan moss.
Arang harus direndam dalam air seketika agar air meresap kedalam dan membuang
segala parasit ataupun benda asing yang tidak sihat untuk pertumbuhan Pokok Bunga Orkid
Sebelum masukkan batang pokok orkid pastikan akar-akar yang kering dipotong
terlebih dahulu agar akar baru dapat tumbuh dengan baik dan sihat.
Pastikan Akar Pokok Orkid berada dekat dengan Arang, Sabut ataupun Batang Kayu
agar akar mencengkam dengan cepat.
Sebelum masukkan batang pokok orkid pastikan akar-akar yang kering dipotong
terlebih dahulu agar akar baru dapat tumbuh dengan baik dan sihat.
Lakukan rutin pembajaan dan siraman dengan teratur supaya pokok orkid mendapat keperluan secukupnya untuk berbunga. Contohnya semburan baja setiap 2 minggu dan siraman setiap pagi.
Orkid dapat dibiakkan melalui 4 cara iaitu melalui anak Benih,
keratan batang, Klutur Tisu dan Belahan Rumpun
No comments:
Post a Comment