Monday, August 16, 2021

20 Manfaat madu untuk kesihatan



1. Meningkatkan kekuatan badan (antibodi)
-jika dijadikan sebagai amalan akan membantu meningkatkan kekuatan sistem imunisasi badan. 
-Madu kaya dengan antioksidan, membantu meneutralkan molekul yang tidak stabil yang disebut radikal bebas. Radikal bebas bergerak di sekitar tubuh mencari molekul oksigen yang tersisa untuk menjadikannya stabil, dan dengan berbuat demikian, boleh menyebabkan kerosakan pada sel, tisu, dan DNA kita, termasuk sel dan tisu sistem kekebalan tubuh. Kerosakan ini boleh menyebabkan keadaan yang disebut tekanan oksidatif, yang boleh menyebabkan penyakit kronik.
-Mengamalkan madu dapat menghindarkan diri dari sebarang virus atau influenza. 
- Dengan mengambil madu secukupnya, ia dapat meningkatkan kekuatan badan supaya tidak mudah jatuh sakit.

2.
Melawan Bakteria
-madu juga terkenal dengan kemampuannya untuk melawan bakteria. 
-Ketika bakteria masuk ke dalam tubuh, madu akan bekerja untuk menarik air keluar dari zat asing itu sehingga mengakibatkan bakteria itu menjadi tak berdaya kerana madu tidak mengandungi air yang cukup untuk bakteria terus hidup.
-madu menjadi pelawan bakteria  kerana lebah menambahkan pengoksidaan glukosa sehingga madu menjadi sangat asam dan tidak mungkin bakteria mampu berkembang di dalamnya.

Info : madu kelulut yang kaya dengan antioksidan, antimikroba dan anti peradangan yang diperakui oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai 'Superfood'.

3. Mengatasi Batuk Dan Selsema
-Kombinasi air suam dan madu juga baik diminum untuk merawat batuk dan selesema.
 -teh bersama madu juga iakui baik untuk merawat batuk dan selesema.
- Apabila madu digunakan sebagai pengganti gula, ia mempunyai kesan teraputik yang membantu proses pemulihan. 
-juga boleh dicampurkan dengan halia dan lemon untuk perawatan batuk dan selesema.

4. Mengatasi Radang Tekak
- salah satu penyelesaian secara semulajadi adalah dengan mengamalkan madu. 
-bahkan banyak terbukti ubat sakit tekak yang berasaskan madu.

5. Membersihkan Racun Dari Dalam Tubuh
- madu sangat baik untuk membersihkan tubuh dari racun yang boleh menjejaskan kesihatan kita.
-apa  yang masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan dan minuman seharian tidak dijamin bebas dari zat-zat racun, yang boleh memicu  munculnya pelbagai penyakit kronik. -Justeru, amalkan meminum madu bersama air suam dan lemon setelah bangun tidur untuk mengeluarkan racun dalam tubuh badan.

6.Membantu Merawat Luka / sebagai alternatif untuk antibiotik 
-penyelidikan yang menarik dengan hasil yang sangat positif. Kajian demi kajian membuktikan bahawa madu yang digunakan dalam pembalut luka dan luka bakar mempunyai kesan yang sangat baik terhadap pengurusan jangkitan luka.
-Madu asli sangat berkesan untuk membunuh bakteria yang terdapat dalam luka. Sebarang luka boleh disembuhkan dengan melulur madu pada luka tersebut. 
- luka yang dalam juga boleh kering dan sembuh dengan cepat. 
-Selain menyembuhkan luka, ianya juga dapat mengurangkan rasa sakit akibat luka yang dideritai.

7. Sumber Nutrisi
- terkenal dengan pelbagai nutrisi berupa vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Ia sangat baik untuk diamalkan dan mencukupkan keperluan tubuh. 
- Antara kandungan nutrisi madu adalah magnesium, kalsium, fosforus, zat besi, dan kalium. Maka tidak hairanlah ramai yang mengagumi khasiat madu asli.

Kandungan gizi per 100 gram madu:
Energi                               1,272 kJ (304 kcal)
Karbohidrat                      82.4 g
Gula                                  82.12 g
Serat pangan                    0.2 g
Lemak                              0 g
Protein                              0.3 g
Air                                     17.10 g
Riboflavin (Vit. B2)          0.038 mg (3%)
Niasin (Vit. B3)                 0.121 mg (1%)
Asam Pantotenat (B5)       0.068 mg (1%)
Vitamin B6                       0.024 mg (2%)
Folat (Vit. B9)                    2 μg 1%)
Vitamin C                          0.5 mg (1%)
Kalsium                             6 mg (1%)
Besi                                   0.42 mg (3%)
Magnesium                       2 mg (1%)
Fosfor                               4 mg (1%)
Kalium                             52 mg   (1%)
Natrium                            4 mg (0%)
Zink                                  0.22 mg (2%)

8. Penguat Ingatan
-Selain kismis, madu lebah asli juga sangat sinonim sebagai meningkatkan daya tahan memori. 
-Madu sangat sesuai diamalkan terutamanya dalam kalangan pelajar bagi mudah mengingati apa yang dipelajari.
-
merupakan terapi alternatif yang berhubungan dengan penurunan intelektual. 
-Madu sangat kaya dengan antioksidan yang mencegah kerosakan sel-sel otak kerana itu ianya sangat dianjurkan sebagai penguat ingatan.

9. Meningkatkan Metabolism Badan
-madu juga meningkatkan metabolism badan sehingga pelbagai proses dalam tubuh dapat berjalan lancar. 
- Kandungan nutrisi seperti vitamin, protein, asam amino, karbohidrat, pigmen tumbuhan dan mineral di dalam madu yang membantu melancarkan pencernaan dan meningkatkan metabolism tubuh.
-jugaber peranan penting mengawal obesiti  dengan merangsang organ  dalam tubuh untuk bekerja dengan lebih effisien untuk menurunkan berat badan. Ini kerana metabolism yang lancar secara tidak langsung akan membakar banyak kalori.

10. Mencegah Dan Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
-antioksidan pada madu juga dapat mencegah dan mengurangkan risiko penyakit jantung untuk menghindarkan diri dari penyakit yang sangat merbahaya. 
-amalan meminum madu, akan melambatkan proses pengoksidaan kolestrol jahat yang berpengaruh buruk pada kesihatan jantung.

- Meminum madu yang dicampurkan dengan lemon sebelum makan boleh membantu mencegah penyakit jantung koroner kerana kandungan vitamin C di dalam madu dapat melindungi otot-otot jantung akibat peradangan

11.Mencegah Penuaan
-di lumur pada wajah atau tubuh yang dicampur dengan bahan-bahan semulajadi yang lain untuk mengekalkan kecantikan. 
-Antioksida yang terkandung pada madu boleh membantu melambatkan penuaan dan memudarkan bintik-bintik hitam di wajah.
-Kandungan antioksidan yang tinggi dalam madu sangat baik untuk melindungi sel-sel tubuh termasuk sel-sel kulit dari radikal bebas
-Dengan perlindungan ini, sel-sel kulit lebih terpelihara dan terhindar dari penuaan yang banyak dikhuatiri terutamanya kaum wanita masa kini..

 
12. Mengatur Kadar Gula Dalam Darah
-mengawal gula dalam darah agar tetap stabil tanpa insulin. 
-Minum air campuran madu semasa perut kosong dipagi hari dapat menurunkan tekanan gula dalam darah.
-Untuk kesan yang lebih baik, campurkan  5 ulas bawang putih, sebiji lemon, dan 2 inci halia yang  direbus dan diminum airnya. Kombinasi ini lebih bermanfaat dan berkesan untuk mengatur gula dalam darah.

13. Mengubat Penyakit Sukar Tidur Malam
-Bagi yang menderita penyakit insomnia,  cubalah amalkan madu. 
-Madu merangsang serotonin di dalam tubuh untuk meningkatkan suasana hati dan kedamaian
-dengan meminum madu sebelum tidur, serotonin sel ini akan menukar kepada hormon melatonin yang boleh meningkatkan kualiti tidur. Cubalah petua ini.

14. Mencegah Penurunan Sel Darah Putih
-Mengamalkan madu adalah satu satu cara mudah - untuk mencegah rendahnya jumlah sel darah putih yang disebabkan oleh kemoterapi.
- 40% penghidap penyakit kanser yang mempunyai jumlah darah yang sangat rendah tidak memiliki penurunan sel lebih lanjut setelah melakukan kemoterapi apabila mereka mula mengamalkan madu.
-minum sekurang-kurangnya dua sudu teh madu setiap hari selama menjalani rawatan kemoterapi. 
-Kepada mereka yang menderitai penyakit kanser yang sering melakukan ujian kemoterapi, adalah sangat digalakkan untuk mengamalkan madu.

15. Menambah Tenaga
-Air madu atau teh madu juga baik diamalkan ketika tubuh merasa kurang bertenaga kerana ianya dapat menambah tenaga dan membuat tubuh menjadi segar.

-Madu baik diamalkan setiap hari untuk mengekalkan kesegaran tubuh dan menambah tenaga tetapi di dalam kuantiti yang tidak berlebihan. Madu boleh dicampur dengan air suam supaya rasanya tidak terlalu manis atau secara tidak sengaja mengambilnya secara berlebihan.
-Hanya dengan mengamalkan lebih kurang 17g madu, tenaga badan dapat ditingkatkan kerana fruktuso dan glukosa yang terkandung di dalamnya, masuk ke aliran darah dan memberikan dorongan yang cepat untuk menambah tenaga.

16. Mengatasi Perut Kembung
-Minum madu bersama kayu manis dapat mengurangkan gas yang terperangkap di dalam perut yang mengakibatkan kembung.
- Pastikan anda memilih madu asli untuk menghilangkan perut kembung dengan berkesan.

17. 
 Meningkatkan Kesuburan
-Dengan mengamalkan madu, ia dapat meningkatkan kesuburan, baik untuk lelaki atau perempuan.
-dibuktikan oleh banyak pasangan sehingga ia patut diamalkan untuk pasangan yang sangat menginginkan zuriat. Tidak salah untuk kita berikhtiar dengan mengamalkan madu kerana Nabi Muhammad SAW juga mengambil madu di pagi hari setelah bangun dari tidur.

18. Meningkatkan Prestasi Sukan
-Khususnya kepada atlet sukan, madu sangat digalakkan untuk meningkatkan stamina ketika berolahraga.
-madu dapat menjaga kadar gula darah supaya tetap stabil, kerana itu ianya sangat membantu dalam meningkatkan prestasi sukan dari semasa ke semasa.
-Madu dapat mempercepatkan penyembuhan otot dan glukogen setelah penat berolahraga. Hebatnya, cairan  madu ini  juga mengatur jumlah insulin dalam tubuh kita.

19. 
Menurunkan Berat Badan
-Madu juga sangat bermanfaat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Meskipun komponen madu dirasakan agak manis namun kandungan gula pada madu adalah semulajadi maka ianya tidak memudaratkan tubuh atau meningkatkan lagi berat badan.
-Kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan olahraga, diet seimbang dan dalam masa yang sama mengamalkan madu dalam diet seharian mampu menurunkan berat badan dan kolestrol dalam waktu yang singkat.

20. 
Mengatasi Sembelit
-jika sukar untuk membuang air besar maka sebaiknya anda mula mengamalkan air madu. 
-ianya dapat membantu meningkatkan gerakan usus untuk mengatasi masalah sembelit. 
- disarankan mengambil madu dengan makanan lain yang kaya serat seperti sayuran dan buah-buahan untuk mengatasi masalah sembelit ini.
-membantu sistem pencernaan dengan memperkuat usus dan sentiasa mempersiapkan pencernaan kita untuk makanan berat yang diambil agar terhindar dari sembelit.


Kesimpulannya, madu mempunyai pelbagai manfaat bagi mereka yang sangat mementingkan kesihatan diri dan mahukan kecantikan luar dan dalam yang berasaskan sumber semulajadi. 

Manfaat madu terhadap kesihatan manusia sudah terkenal sejak zaman-berzaman namun harus diingatkan madu harus diambil secara bijak dan mengikut kuantiti yang secukupnya sahaja dan pastikan yang ianya asli, barulah terhasil manfaatnya. Berhati-hatilah dengan madu tiruan yang terdapat di pasaran.

Tambahan : 
-Madu dikomersialkan sebagai makanan tidak sesuai merawat luka kerana mungkin tidak disterilkan dengan teknik betul dan berisiko mengandungi clostridia spora boleh menyebabkan botulism bayi berusia kurang setahun.
-Madu tidak boleh dipanaskan melebihi 37 darjah Celsius kerana kandungan enzimnya akan musnah apabila didedahkan pada haba dan cahaya.
-Madu perlu disimpan pada suhu dingin (kira-kira 20 darjah Celsius dan di dalam bekas kaca untuk menjaga kualitinya.

Sumber :






No comments:

Post a Comment