KELUARGA: Combretaceae
ASAL: Asia Tropika, New Guinea
SAIZ: hingga 12 ′ secara purata
KADAR PERTUMBUHAN: pantas
KEPERLUAN CAHAYA: matahari penuh / separa
KEPERLUAN AIR: sederhana, kurang pada musim sejuk
MIN. TEMP. : pertengahan 20-an dengan perlindungan
BUNGA: di bulan yang lebih panas sepanjang tahun
Dikenali sebagai Akar Dani dalam kalangan masyarakat Melayu, Nama botaninya Quisqualis indica. Ia boleh didapati secara semulajadi di hutan sekunder Filipina, Malaysia dan India. Di Thailand, Burma dan Vietnam Akar Dani telah lama ditanam oleh penduduk tempatan. Selain itu ia adalah tumbuhan semulajadi di Myamar hingga ke New Guinea.
Terdapat 2 jenis iaitu dengan bunga tunggal dan satu lagi dengan dua lapis. Bentuk tunggal lebih senang dibiakkan, menjadikannya lebih umum dan mudah didapati. Kedua-duanya cantik.
Ia tidak aktif semasa musim sejuk dan tumbuh semula apabilacuaca menjadi panas. Pemangkasan dianjurkan sebelum ia mula memasuki musim panas
Akar Dani bersifat menjalar dengan batang berlignin yang boleh mencapai antara 2.5 meter hingga 8 meter tingginya. Ia berupaya memanjat dengan bantuan cangkuk yang terbentuk pada petiol daun. Daunnya berbentuk elips, dengan hujungnya akuminat dan pangkalnya bulat. Daun tersebut yang panjangnya 7-15 sentimeter tumbuh dalam susunan bertentangan.
Bunganya wangi dan berbentuk tiub, dengan warnanya berbeza-beza dari putih ke merah muda hingga merah.
Buahnya ialah drup bersaiz 30-35 milimeter panjang mempunyai rasa seakan-akan buah badam apabila matang. Buah berwarna merah akan bertukar perang apabila matang. Ia berbentuk elips dan memiliki lima sayap yang ketara. Buah pokok ini disebarkan melalui air. Pokok ini juga dikenali sebagai pokok “Drunken Sailor”
Nama saintifik pokok ini iaitu Combretum indicum dari keluarga combretaceae. Indicum merujuk kepada tempat asal iaitu India. Akar Dani juga sinonim dikenali sebagai Quisqualis indica L. Kebelakangan ini Akar Dani menjadi antara tumbuhan yang dicari oleh penternak kelulut. BungAkar Dani / Combretum indicumIa berbentuk jambak yang lebat dan berbunga sepanjang tahun menjadi pilihan penternak sebagai sumber makanan kelulut.
Dalam kalangan penduduk tempatan daun tumbuhan ini digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengurangkan sakit akibat demam. Rebusan akar, biji atau buahnya juga boleh digunakan.
Akar Dani dibiakkan menggunakan biji atau kaedah tut.
No comments:
Post a Comment