Sunday, March 20, 2022

Mulberi hard prunning

  -Seperti juga pohon buah yang lain . mulberi memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk tumbuh membesar. 

-Pokok mulberi adalah jenis cepat membesar dan naik tinggi, dahannya berjuntai-juntai jika di biarkan tidak dipangkas

- Pemangkasan rutin perlu dilakukan setiap  bulan untuk memastikan penampilannya kemas dan untuk memastikan yang ianya menghasilkan  buah

-Malahan pemangkasan adalah satu keperluan bagi pokok ini, jika tidak, ia tidak berbuah

-Namun lama kelamaan apabila pokoknya kian membesar. pemangkasan yang dilakukan perlu dilakukan pada dahan kasar yang di bawah untuk mengawal tinggi pokok atau tumbesarannya , Biasanya itu yang berlaku bila ianya di tanam di atas tanah

-Video kali ini memaparkan bagaimana proses hard prunning dilakukan, di samping mencuba teknik togelkan daun, kononnya agar zat hanya tertumpu pada buahnya

-Namun dari pemerhatian, buahnya cepat gugur apabila hujan turun kerana terdedah secara langsung tanpa perlindungan, Begitu juga apabila di tiup angin

Wednesday, February 23, 2022

Kaedah Memberi Salam Memetik Daun

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Dalam disiplin ‘Perubatan Islam’, tunjang utamanya ialah mempercayai dan meyakini bahawa Allah jua yang menurunkan penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan penyakit. Namun begitu, dalam ikhtiar merawat penyakit, tidak sekadar berdoa sahaja tetapi juga menggunakan herba-herba terpilih yang bersesuaian untuk mengubati penyakit. Salah satu herba yang biasa digunakan ialah daun.

Adab Memetik Daun

Untuk memetik daun sebagai bahan ubat, ada adab-adab tertentu yang perlu dijaga agar keberkesanan ubat itu terpelihara. Walaupun kita berurusan dengan daun sekalipun, namun sedarlah bahawa ia juga makhluk Allah.


Asalnya bebas saja nak petik daun untuk buat ubat akan tetapi ada beberapa kaedah dipertunjukkan oleh para tabib Islam. Ada bermacam-macam cara. Antaranya:

1) Daun dipetik dalam keadaan menghadap kiblat.  
- Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam)
-Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.

2) Mula-mula hendaklah membaca dua kalimah syahadah, diikuti dengan membaca:

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah 
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
"aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam."


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Dengan  nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

3) Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
"Selawat dan salam yang sempurna dipanjatkan ke atas Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam dan ke atas ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya"

4) Kemudian baca al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, para nabi, Sahabat, wali-wali dan para suhada’.
5) Beri salam kepada Nabi Ilyas a.s.
السلام عليكم يَا نَبِيِّ إِلْيَاس

 Assalammu’alaikum wahai nabi Ilyas"

Minta izin daripadanya untuk memetik bahan tersebut bagi kegunaan rawatan. Kalau daun tadi hendak digunakan untuk seorang sahaja sebut nama orang yang berkenaan. Perlu dijelaskan bahawa Nabi Ilyas adalah penjaga segala tumbuh-tumbuhan. Kemudian baru petik. Contoh :
 Assalammu’alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)
 petik daun tadi. .

Tambahan (untuk daun yang perlu di masak ):
-Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.
-Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka’abah (anti clock-wise).


Penutup :


Semua kaedah tadi boleh skip sahaja. Tapi yang utama jangan tinggalkan Salam kepada Nabi Ilyas, Nabi Tab, Selawat Nabi SAW dan Basmalah. Dan boleh juga menambah lebih panjang seperti Tasbih Nabi Yunus,Doa Nabi Ayub ataupun doa ini:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ (٨٠) سورة الشعراء

Yang penting tawakal dan jangan putus asa dengan rahmat Allah SWT.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama-sama dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Wallhua’alam.

kredit :

petua untuk mengambil bahan untuk rawatan

Kaedah Memberi Salam Memetik Daun


Monday, February 21, 2022

Kordes Jubilee

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


fadhilat dan kelebihan berselawat


al imran ayat 54

-Kordes Jubilee' merupakan bunga mawar berwarna kuning dan merah jambu pucat, dan sederhana wangi  
-Mawar ini dalam kategori  Hibrid Tea. Dengan bunga yang dihasilkan secara bebas dan musim berbunga yang panjang dari pertengahan musim panas, ia mungkin merupakan bunga ros yang paling digemari, sama popular dengan Floribundas dan Mawar Renek Moden. 
-Mawar ini sangat sesuai sebagai bunga potong kerana bentuk dahannya yang panjang pada tangkai bunga
-Ianya  tumbuh subur di bawah sinar matahari penuh atau teduh separa di tanah subur yang bersaliran baik. 
-Kebanyakannya terdedah kepada perosak dan penyakit dan mesti dilindungi seperti kebiasaanya rawatan yang dilakukan untuk pokok bunga mawar
-Mawar ini tahan lasak dengan batang berduri yang kuatdan tamapk maskulin. 
-Bunga-bunganya kebanyakannya berganda pada dahan yang berlainan dan kebiasaanya  wujud tunggal  dan bersaiz besar dengan rupanya yang menawan

Bunga Melur / Jasmine / Jasminum sambac

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Bunga Melur

Bunga Melur / Jasmine /Jasminum sambac

Bunga melur atau Bunga Melati Putih (Jasminum sambac) berbau harum seperti bunga mawar dan kenanga. Di dalam industri penghasilan minyak wangi (perfume) pati melur/melati ini bernilai tinggi, kerana kebanyakkan jenis minyak wangi yang menggunakan pati bunga ini sangat mahal harganya.

Pokok ini mudah untuk ditanam dan tidak cerewet untuk dijaga, rajin berbunga sekiranya dijaga baik iaitu memastikan penyelenggaan mengikut amalan hortikultur, seperti pembajaan, penyiraman, pemangkasan dan lain-lain

Kegunaan  Bunga Melur

1. Digunakan dalam industri wangian.
Selain digunakan sebagai tanaman hiasan, bunga melur juga bunga yang mampu menghasilkan bauan yang sangat mengharumkan. Banyak industri wangian menggunakan bunga melur sebagai bahan untuk membuat perfume.

2. Meredakan stress
Pernahkah anda mengalami stress yang begitu lama? Apakah yang mungkin anda lakukan sekiranya menghadapi situasi sedemikian? Percaya atau tidak bunga melur boleh membantu untuk mengurangkan stress. Teh yang memiliki aroma melur mampu memberikan ketenangan dan dapat merehatkan sistem saraf yang menegang akibat tekanan. Jadi bolehlah mula buat teh jasmin selepas ini.

3.Membantu mengurangkan berat badan.
Anda mempunyai masalah berat badan berlebihan? Sering menjadi bahan ketawa oleh kawan-kawan? Tahukah anda, banyak kajian yang membuktikan pengamalan meminum teh melur secara teratur mampu untuk mengurangkan masalah berat badan. Tetapi jangan lupa, bersenam dan jaga pemakanan juga penting untuk memastikan impian anda tercapai.

4. Merawat demam dan sakit kepala
Tahukah anda bahawa bunga melati merupakan salah satu tumbuhan yang mampu merawat gejala demam dan sakit kepala. Untuk merawat sakit kepala, bunga melur perlu ditumbuk sehingga lumat dan ditampal pada kepala. Manakala untuk merawat demam, daun bunga melur diambil dan direbus. Air rebusannya disapukan pada tubuh pesakit. Bunga melur juga boleh diletakkan pada rambut supaya rambut berbau harum.

Untuk demam dan sakit kepala boleh juga diambil segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi.

5.Mengubati insomnia (sukar tidur)
Pastinya anda akan berasa tertekan jika berlaku situasi sukar untuk tidur terutama pada waktu malam. Hal ini bukan sahaja dapat mengganggu kitaran hidup kita tetapi boleh juga mendatangkan penyakit. Untuk pengetahuan anda, akar pokok bunga melur mampu untuk mengubati gejala ini dengan cara meminum air rebusan akarnya. Hal ini terbukti apabila kaedah ini telah pun digunakan sejak zaman dahulu lagi.

6. Menambah air susu ibu
Daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

7. Merawat sakit mata ( mata merah )
Segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. Setelah kering , tampal yang lain pula. Ulang hingga berasa sedikit lega (sembuh) .

8. Merawat bengkak gigitan serangga
Untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.

9. Melegakan sesak nafas
20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.

Resepi Teh Bunga Melur
beberapa kuntum bunga melur
( ambil bersama daunnya sekali )
rendam dalam satu teko kecil air panas
biarkan seketika
(boleh tambahkan madu)
sedia untuk di minum

Resepi Teh Bunga Melur Pandan ( Ala Vietnam )
beberapa kuntum bunga melur bersama daunnya
2-3 helai daun pandan di potong-potong
rebus semua bahan ini hingga mendidih beberapa minit
sedia untuk diminum panas-panas

Sumber :
https://myjhanne.blogspot.com/2020/11/khasiat-bunga-melur-jasmine.html







Wednesday, September 29, 2021

Halia Bara

Halia Bara

Halia Bara
NAma saintifiknya, dikenali sebagai Alpinia Purpurata. Merupakan tumbuhan herba dari kumpulan Zingiberaceae. Juga dikenali sebagai halia udang dan halia merah.
HALIA BARA (Zingiber officinale var rubrum) merupakan sejenis halia daripada keluarga Zingiberaceae yang sering dikaitkan dengan dunia perubatan tradisional dalam alam Melayu dan Nusantara. Halia bara juga digunakan sebagai ramuan penting didalam masakkan kita yang menyedapkan rasa pada makanan.

Kegunaan:
Secara tradisional, Halia Bara digunakan untuk:
1. Meningkatkan tenaga batin lelaki.
2. Menghilangkan sengal otot, sendi dan saraf.
3. Melegakan gout.
4. Melegakan resdung.
5. Mengeluarkan angin dari badan.
6. Memanaskan badan wanita lepas bersalin.
7. Merawat penyakit kulit – panau dan kurap.
6. Membunuh kelemumur rambut
7. Melegakan batuk.
8. Meredakan demam Malaria.

Antara khasiat halia bara adalah seperti kegunaanya didalam mengubati penyakit kulit seperti Panau dan Kurap. Selain itu khasiatnya adalah seperti ia mampu juga menghilangkan tompok-tompok panau dengan mujarab. Halia Bara juga mampu menghilangkan kelumumur pada rambut serta merawat untuk menghilangkan rasa sengal-sengal otot serta sendi urat saraf. Halia bara juga didapati dapat menghilangkan batuk, meredakan demam malaria, didakwa dapat membantu menghilangkan masaalah penyakit gout dan juga merawat penyakit resdung. Paling seronok diperkatakan adalah kerana pati halia bara mampu meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki. Bagaimana pun perlu diambil ingatan bahawa adalah tidak digalakan minum air rebusannya selalu kerana ia akan merosakkan usus perut dan menyebabkan pedih ulu hati. Dalam temuan lain dinyatakan bahawa halia bara mampu melembutkan perut serta membantu didalam proses penghadaman makanan . Seperti air minuman halia, minuman halia bara juga mampu mengeluarkan angin dari dalam tubuh setelah meminumnya seperti 'air sarbat halia bara'. Ramai penduduk kampong dan orang asli yang menggunakan halia bara untuk merawat kesan gatal gigitan serangga. Selain itu ia melegakan demam dan kadang-kadang digunakan sebagai bahan untuk rawatan ibu selepas bersalin.


HALIA BARA /HALIA MERAH
Khasiatnya
Kunci kesihatan seseorang sebenarnya bergantung pada kelancaran peredaran darah dalam badannya, jika aliran darah tersekat atau tersumbat, penyakit akan mudah untuk timbul, antaranya seperti rheumatik, sakit pinggang, gout dan badan mudah letih. Masalah-masalah ini dapat diatasi menggunakan halia merah.

Selain itu rimpang halia merah juga dapat melegakan saluran pernafasan, menambahkan air susu ibu, mengembalikan selera makan, meredakan batuk dan selesema, serta meningkatkan kualiti kehidupan seksual.

Untuk mengubati batuk kering dan perut mulas, halia merah boleh dikunyah langsung atau dengan cara diperah dan diminum airnya, lakukan sebanyak tiga kali dalam sehari, selama tiga hari berturut-turut atau sampai gejala penyakit reda. Untuk mengatasi luka atau melecet, cukuplah dengan cara menampalkan halia merah yang ditumbuk pada luka.

Hal sama juga dapat dilakukan pada luka-luka, terkena duri dan gatal-gatal, khasnya pada luka terkena gigitan ular, caranya tumbuk halia merah kemudian dibubuh sedikit garam dan seterusnya dilekatkan pada luka tersebut.

Pengganti Viagra
Tanpa melalui proses sintetis, halia merah sememangnya telah kaya dengan kandungan kimia, seperti unsur 1, 8 cineole yang berperan mengatasi ejakulasi pramatang, sementara anestetik antikholinesterase mampu merangsang aktiviti saraf pusat dan merangsang ereksi. Selain merangsang ereksi dan mengatasi ejakulasi pramatang, mencegah kemandulan dan memperkuat daya tahan sperma. Unsur farnesal yang terkandung dalam tanaman ini juga mampu mencegah proses penuaan kerana ia berperan merangsang regenerasi sel kulit.
Untuk menambah gairah seksual, Anda dapat mencampur jahe dengan lengkuas, mengkudu, lada, telur ayam kampung dan sedikit garam. Caranya: tumbuk halus lengkuas, halia merah dan lada. Kemudian air perahan buah mengkudu masak ditambahkan pada air rebusan. Setelah itu, campuran ini ditapis hingga menjadi satu gelas air ramuan, tambahkan garam kemudian kacau hingga sebati.

Segelas ramuan ini kemudian dibahagikan pula kepada dua bahagian, masing-masing ditambahkan dengan sebiji kuning telur ayam kampung, kemudian kacau hingga sebati dan ramuan ini sedia diminum oleh suami dan isteri yang memerlukannya. Jika mahu boleh juga ditambahkan dengan madu lebah.

Tetapi, kita perlu berhati-hati jika menderita pedih ulu hati, walaupun halia merah mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ini kerana kandungan dalam bentuk jahe halia merah boleh membuat perut panas.

Selain itu, jika mengandung harus - berhati-hati dengan halia merah. Kerana halia merah mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keguguran.

khasiat kunyit hitam


kunyit hitam

Khasiat Kunyit Hitam pada kesihatan

Ini merupakan beberapa khasiat yang didapati daripada kajian di dalam makmal, pada haiwan dan juga sebahagian kecilnya pada manusia. Penggunaan herba yang digunakan sebagai makanan kesihatan atau rawatan perlulah mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu agar ia tidak mengganggu rawatan yang dijalankan oleh doktor.

1. Kesan Antioksida

Seperti kebanyakan tumbuh-tumbuhan lain, antara khasiat utama kunyit hitam ialah mempunyai kesan antioksida yang dapat menghalang oksidasi sel dalam badan dan pembentukan radikal bebas yang berlebihan. Proses ini penting bagi mencegah rantaian tindak balas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan masalah kesihatan.

Radikal bebas yang berlebihan akan mencetuskan keadaan tekanan oksidatif. Sekiranya keadaan ini berlanjutan, kerosakan DNA dan molekul penting dalam badan berisiko untuk terjadi. Pembentukan radikal bebas yang berlebihan boleh berlaku atas beberapa faktor:
Asap rokok
Pencemaran udara
Paras gula yang tinggi dalam darah disebabkan kencing manis

2. Kesan Anti-radang

Selain mampu menghalang proses oksidasi sel, kunyit hitam juga mempunyai kesan anti-radang yang ketara.


Keradangan adalah tindak balas normal dalam tubuh badan yang menghalang jangkitan serta kecederaan. Walau bagaimanapun, radang yang kronik berisiko menyebabkan kenaikan berat badan serta masalah kesihatan yang lain. Makanan yang mempunyai kesan anti-radang seperti kunyit hitam ini mampu mencegah risiko keadaan tersebut.

3. Mencegah masalah asma

Asma adalah satu masalah kesihatan di mana saluran pernafasan menjadi sempit. Kajian terhadap ekstrak kunyit hitam mendapati ianya dapat memberi kesan pengenduran (relaksan) otot lantas mengurangkan penyempitan salur nafas dan membantu mengawal asma.

4. Memberi kesan analgesik

Kesan analgesik ialah kesan melegakan kesakitan. Salah satu kajian yang pernah dijalankan berkaitan kunyit hitam membuktikan kesan analgesiknya. Dalam kajian tersebut, rasa sakit pada model haiwan telah didapati berkurangan kesan daripada ekstrak kunyit hitam.


Selain itu, melalui kajian yang sama, kunyit hitam didapati mempunyai kesan antipiretik (mengurangkan demam) kerana mampu mengurangkan suhu badan yang tinggi.

5. Mencegah pertumbuhan kulat

Kesan anti-kulat daripada minyak pati kunyit hitam telah dibuktikan melalui kajian sejak pertengahan tahun 70-an. Jangkitan kulat pada kebiasaannya hanya berlaku pada kawasan kulit dan kuku, namun sesetengah daripadanya boleh mengakibatkan keadaan yang lebih serius dan mengancam nyawa seperti pneumonia. Melalui kesan anti-kulat ini, kunyit hitam berupaya mencegah pertumbuhan kulat daripada merebak.

6. Mencegah pertumbuhan bakteria

Ubat antibiotik yang sering diberi di hospital mahupun klinik digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh bakteria. Tetapi tahukah anda, antiobiotik semulajadi juga wujud? Ia terdiri daripada minyak pati dan ekstrak tumbuh-tumbuhan, termasuk kunyit hitam.


Rizom atau bahagian batang pada kunyit hitam bukan sahaja memiliki kesan antioksida yang tinggi, malah turut mempunyai kesan antibakteria. Ia mampu membantutkan pertumbuhan bakteria seperti E. coli dan S. aureus. Akan tetapi masih lagi kurang pembuktian secara klinikal berkenaan kompoun di dalam kunyit hitam mampu membunuh bakteria di dalam badan manusia. Kajian yang disebutkan ini lebih kepada bakteria yang berada di dalam piring petri. Oleh itu, penggunaan kunyit hitam untuk penyembuhan penyakit disebabkan jangkitan bakteria tidak digalakkan.

7. Mengawal gangguan kemurungan

Berdasarkan anggaran, kira-kira 30% daripada golongan dewasa menghidap kemurungan sekali atau lebih semasa hayatnya. Kunyit hitam mempunyai potensi nilai perubatan dalam mengawal gangguan kemurungan. Komponen di dalam tumbuhan ini berupaya melindungi fungsi otak daripada gangguan.

8. Mengawal gejala muntah dan loya

Terdapat satu kajian tentang fungsi mengawal muntah dan loya yang pernah dijalankan terhadap 10 tumbuhan perubatan aromatik, termasuk asam kerenda, kayu manis, serta kunyit hitam. Di akhir kajian ini, kunyit hitam direkodkan sebagai tumbuhan yang mempunyai peratusan tertinggi dalam mencegah muntah dan loya.


Antara khasiat-khasiat kunyit hitam yang lain ialah:

9. Mencegah ulser perut

Ekstrak kunyit hitam yang diberi kepada model haiwan dalam kajian didapati dapat mengurangkan indeks ulser dalam perut haiwan tersebut.

10. Mencegah cacing parasit


Kunyit hitam juga berkesan untuk mencegah serta membunuh cacing parasit. Dalam satu kajian terhadap cacing, kunyit hitam mencatatkan kesan yang paling efektif dalam melumpuh serta membunuh cacing tersebut.
Kesimpulan

Ini adalah beberapa khasiat kunyit hitam yang telah dibuat kajian secara dalam makmal dan juga beberapa kajian pada manusia. Para pembaca masih perlu mendapatkan nasihat daripada doktor jika ingin menggunakan bahan ini terutamanya sebagai ubat-ubatan kerana ia boleh menjadikan sesuatu penyakit itu menjadi semakin teruk ataupun berinteraksi dengan ubat yang pesakit sedang ambil dan menyebabkan kesan sampingan.

Disamping itu, artikel ini juga tidak boleh digunakan untuk mengesahkan faedah kesihatan daripada mana-mana produk makanan kesihatan berasaskan kunyit hitam.

*Tambahan : 
Kunyit hitam juga dikatakan boleh membuang lemak yang ada pada perut dan boleh menurunkan berat badan dengan alami.
Menyehatkan pertumbuhan sendi sehingga dapat mengurangi pengapuran tulang
Sebagai ubat penyakit asam urat dan penyakit katarak.
Cara menghasilkan jus kunyit hitam:
Mula-mula dapatkan kunyit hitam mentah. Kulitnya hendaklah di­bersihkan terlebih dahulu. Setelah itu rendam di dalam air yang bercampur dengan sedikit garam selama satu jam untuk membuang getah pada rizom kunyit hitam.
Kisar kunyit hitam bersama dengan air putih (5 gelas). Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jangan lupa tambah sedikit madu asli sekiranya hendakkan sedikit rasa manis pada jus kunyit hitam.
Simpan didalam peti sejuk agar dapat bertahan lama. Minum suku cawan setiap pagi dan malam.
Anda akan dapat rasa perbedaannya. Amalkan minum jus kunyit hitam seminggu dua kali sahaja.
*Terlalu kerap minum boleh membawa mudarat.

Rawatan gangguan/sihir.
- Satu lagi khasiat kunyit ini ialah dalam rawatan gangguan/sihir.
- Manfaat Kunyit Hitam ini jika di tanam pada 4 penjuru rumah.
Dikatakan ia boleh menjadi pendinding rumah dan Kunyit Hitam berfungsi sebagai penolak aura yang negatif.
*Hal ini adalah dengan izin Allah jua.
Sebagai kita makhluk hanya bergantung harap kepada Allah.

The Heaven Lotus - Gustavia superba


Pokok unik ,The Heaven Lotus - Gustavia superba, adalah pokok tropika kecil atau pokok renek bersaiz sederhana, yang berasal dari Amerika Selatan tropika. Ini pertama kali ditemui di Panama pada tahun 1873 oleh Osbert Salvin, seorang naturalis Inggeris yang terkenal dengan pengarang bersama sebuah ensiklopedia 52 jilid mengenai sejarah semula jadi Amerika Tengah yang dikenali sebagai 'Biologia Centrali-Americana'.

Gustavia superba adalah salah satu daripada 41 spesies dalam genus ini, yang kebanyakannya disenaraikan sebagai terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. Bagaimanapun, Gustavia superba sebenarnya banyak terdapat di hutan sekunder yang tumbuh semula.

Habitat semula jadi spesies malar hijau ini membentang dari utara Amerika Selatan, dari Panama selatan hingga ke Andes hingga ke Ekuador, dan di sepanjang pantai Caribbean. Ia juga terdapat di lembangan Amazon.

Gustavia superba tumbuh secara semula jadi sebagai pokok bawah dan boleh mencapai ketinggian antara 5 hingga 10 meter. Ia berfungsi dengan baik di tanah yang dikeringkan dengan baik, yang hanya terdapat sedikit kelembapan.

Walaupun akan bertolak ansur dengan kedudukan yang teduh, ia akan s
elalu dapat melakukan yang terbaik di bawah sinar matahari penuh asalkan dapat menerima air yang cukup.

Ia adalah pokok yang tumbuh perlahan dan bercabang sehingga dewasa. Daunnya cenderung memancar sehingga menyerupai telapak tangan. Daun yang menarik mencapai panjang hingga kira-kira 50 cm dan merupakan makanan kegemaran iguana.

The Heaven Lotus - Gustavia superba

Bunga wangi manis manis muncul pada musim bunga dan masing-masing akan bertahan hanya untuk satu hari. Lebarnya kira-kira 10 cm ditanggung secara langsung di kayu.

Ini dikenal sebagai kembang kol, istilah botani yang merujuk kepada tanaman yang berbunga dan berbuah langsung dari batang utamanya atau batang kayu dan bukan dari pertumbuhan dan tunas baru. Ia menghasilkan buah berbentuk pir bulat, di dalamnya terdapat beberapa biji besar berdiameter 4 cm. Ini disebarkan oleh agoutis, sejumlah spesies tikus Amerika Tengah dan Selatan.

Pokok Heaven Lotus jarang dilihat di luar habitat asalnya tetapi mereka telah ditanam di beberapa kebun botani tropika seperti di Singapura dan Australia.

Pokok Heaven Lotus sesuai untuk tumbuh di dalam pasu, tetapi kerana asal tropisnya, ia memerlukan suhu tumbuh antara 25 hingga 35 darjah Celsius. Ia memerlukan kompos yang sangat baik dan air yang banyak. Terdapat sedikit perubahan iklim selama setahun di habitat asalnya, jadi jangan biarkan suhu turun di bawah 20 darjah Celsius. Pokok teratai dapat disimpan di bawah sinar matahari penuh, tetapi mungkin perlu dipindahkan ke separa teduh pada suhu yang berlebihan.


Sumber :

THE HEAVEN LOTUS TREE - Gustavia superba



Thursday, September 23, 2021

Perbezaan Sphaganum Peatmoss, Cocopeat, Sekam Bakar dan Perlite / Vermiculite

Sphaganum peatmoss

Sphaganum Peatmoss

Sphaganum peatmoss
- sejenis lumut dan merupakan bahan perawat tanah yang amat baik. 
- boleh mengawal kelembapan kawasan akar pokok demi pertumbuhan yang ideal. 
-boleh memperbaiki tanah yang berpasir atau pun tanah liat untuk pertumbuhan tanaman.
 -Kebanyakkan yang terdapat dipasaran Malaysia adalah diimport dari New Zealand, Kanada atau Holland 
-Sphaganum peatmoss yang diimport dari China dikatakan kurang berkualiti kerana muda reput.
- Bahan ini bersifat neutral dan tidak mudah reput, bebas dari rumpai, musuh perosak dan tahap keasidan yang stabil. Sphaganum peat banyak digunakan dalam sebagai media bagi pengakaran pokok tin. (Sebilangan besarnya rendah iaitu pH dari 3,5 hingga 6)

Cocopeat

cocopeat


-merupakan hasil sampingan daripada industri pemprosesan sabut kelapa untuk mendapatkan fiber (serabut). 
- berfungsi sebagai bahan untuk mengekal kelembapan media tanaman. 
- adalah mudah reput. Apabila reput, bahan ini akan menjadi asidik. Bahan ini juga bebas daripada perosak dan sumber rumpai. 
-Cocopeat juga banyak digunakan sebagai media untuk pertumbuhan akar semaian pokok tin. 
-Jika bahan ini digunakan dalam jangka masa panjang, pemantauan nilai pH hendaklah sentiasa. Nilai pH boleh distabilkan ke tahap yang optimum untuk tanaman dengan menggunakan kapur pertanian seperti GML (Ground Magnesium Limestone) atau dolomite.

-Cocopeat atau sabut kelapa kerap digunakan dalam penanaman terutamanya penanaman sayur-sayuran secara komersil. Terdapat beberapa ciri yang menjadikannya media yang utama dalam penanaman komersil antaranya adalah ia mempunyai kos yang rendah, mudah didapati, bebas dari penyakit tanah, memegang air dengan baik, ringan dan pelbagai lagi. Aspek-aspek ini juga menjadikannya alternatif utama kepada tanah bagi penanam-penanam hobi. 
-Beberapa perkara penting yang anda perlu tahu jika ingin mendapatkan pertumbuhan tanaman yang terbaik apabila menggunakan cocopeat :

-Kandungan Garam yang Tinggi
Cocopeat boleh mempunyai kandungan garam sodium chloride yang tinggi. Ianya boleh menyebabkan pelbagai masalah untuk tanaman seperti membantutkan pertumbuhan dan menjejaskan kesihatan. Namun, masalah ini mudah untuk diselesaikan dengan dengan membasuh media cocopeat (‘flushing’) sebelum digunakan untuk melarutkan garam dan menariknya keluar. Sebelum menanam, letakkan cocopeat di dalam bekas tanaman dan siram dengan air sehingga basah sepenuhnya untuk mengurangkan kandungan garam di dalam cocopeat. 
-Alternatif yang lebih mudah adalah dengan menyediakan bekas dan tempat tanaman 1-2 minggu sebelum menanam dan biar hujan lakukan ‘flushing’ tersebut.

-Kandungan Nutrien Rendah
Apabila menggunakan media cocopeat, pembajaan perlu dibuat dari awal penanaman disebabkan kandungan nutrien di dalamnya adalah rendah. Kebiasaanya baja larut air seperti baja AB digunakan untuk tanaman yang menggunakan cocopeat. Kelebihan baja larut air berbanding kebanyakan baja granul adalah ianya mengandungi kesemua nutrien yang tanaman perlukan. 
-Untuk mendapatkan pertumbuhan yang terbaik, gunakan air larutan baja setiap kali siraman tetapi pastikan kepekatan adalah bersesuaian. Baja larut air adalah baja sintetik dan jika anda ingin menanam secara organik digalakkan menggunakan tanah campuran yang lebih sesuai dengan baja organik berbanding cocopeat.

-Mengikat Kalsium dan Magnesium
Medium organik seperti cocopeat mempunyai caj-caj negatif pada permukaannya yang menarik ion-ion positif. Nutrien diambil oleh tanaman di dalam bentuk ion dan setiap nutrien mempunyai nilai caj yang tertentu. Ion kalsium dan magnesium lebih kuat tertarik berbanding ion positif lain kepada caj negatif pada cocopeat yang menyebabkan nutrien ini terikat dan tanaman tidak boleh mendapatkannya. Ini boleh menyebabkan tanaman tidak mendapat kalsium dan magnesium yang mencukupi. 
-Anda boleh mengenali sama ada tanaman anda kurang nutrien kalsium atau magnesium serta nutrien lain dari warna daun.
baca : 

Sekam bakar

Sekam Bakar
Sekam bakar
-Sekam bakar atau juga dikenali dengan arang sekam ialah bahan yang terhasil dari pembakaran sekam (kulit) padi secara terkawal iaitu cukup menjadi arang sahaja atau dengan kata lain tidak menjadi abu.
- Sekam bakar yang terbaik ialah yang baru dan tidak terlalu hancur. Pembakaran ini akan menyebabkan semua sumber bahan hidup seperti benih padi, rumpai dan juga mikrorganisma hidup lain akan mati.
- Seperti juga arang, sekam bakar boleh memegang air dan membaiki struktur media tanaman untuk pertumbuhan tanaman yang optimum. 
-Baca di sini tentang perbezaan antara : Sekam bakar dan sekam mentah

Vermiculite
Vermiculite

Perlite
Perlite

Perlite / Vermiculite
-Perlite atau vermiculite ialah mineral silika yang telah mengalami pemanasan pada suhu tinggi. Proses ini telah menyebabkan mineral telah melalui proses pengembangan (semacam pop corn). Hasilan daripada proses tersebut, mineral berkenaan akan menjadi steril dan mampu menyerap air dengan banyak dan sebaliknya boleh dikeringkan dengan cepat. 
-Kedua-dua bahan ini digunakan untuk meningkatkan isi padu, saliran dan pengudaraan pada media pengakaran. 
- Bahan ini juga tidak mudah terurai dalam beberapa tahun. 
- Pelite / Vermiculite  banyak digunakan sebagai bahan dalam media pengakaran tanaman. 
-Ianya tidak digunakan sebagai media penanaman secara komersial kerana kosnya yang agak tinggi. Bahan-bahan ini bersifat neutral.

-Perbezaan utama antara perlite dan verculite ialah dari segibentuk fizikal dan ini ada hubungkait dengan batu asal ianya terhasil. 
-Umumnya perlite lebih cekap dalam penyimpanan nutrien untuk tanaman dan saliran. Vermiculte pula berupaya mengekalkan kelembapan dengan lebih baik disamping dapat mengekalkan calcium, potassiun dan magnesium.

kredit sumber :
apakah kegunaan peatmoss, cocopeat, sekam, perlite, vermiculite
perkara penting mengenai cocopeatt

Tuesday, September 21, 2021

Penjagaan Pokok pudina dan Khasiat daun Pudina

 



Komponen Berkhasiat Dalam Daun Pudina

Terdapat beberapa komponen di dalam daun pudina yang mempunyai beberapa kelebihan kepada kesihatan tubuh badan kita. Antaranya ialah:

1. Minyak pati (Essential Oil)
Minyak pati adalah sejenis bahan yang diekstrak dari tumbuhan sama ada melalui kaedah penyulingan ataupun mekanikal. Ianya mempunyai bau uniknya yang tersendiri dan sering digunakan untuk tujuan aromaterapi. Minyak pati di dalam daun pudina yang kandungan utamanya terdiri daripada menthol dan menthone mempunyai beberapa kebaikan.

Kandungan menthol dan menthone yang terdapat dalam daun pudina menyumbang kepada rasa pudina apabila digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan dan makanan. Di samping itu, komponen ini turut mempunyai sifat anti-radang terhadap kulit dan mampu mencegah pembiakan patogen dan bakteria.

2. Asid Rosmarinik
Asid Rosmarinik adalah salah satu komponen yang terdapat dalam kebanyakkan tumbuhan-tumbuhan herba seperti daun pudina. Komponen ini mempunyai sifat anti radang dan anti oksida dan ianya sering digunakan secara tradisional untuk merawat masalah kesihatan yang berkaitan dengan masalah salur pernafasan seperti asma dan simptom alergi seperti hidung berair, radang kulit dan mata. Hal ini kerana asid rosmarinik mampu mengurangkan penghasilan histamin, sejenis protein yang mengakibatkan simptom alergi terjadi.

3. Flavonoid (Eriocitrin, Luteolin dan Hesperidin)
Daun pudina turut mengandungi flavonoid seperti Eriocitrin, Luteolin dan Hesperidin. Flavonoid adalah sebatian kimia yang terdapat di dalam tumbuhan dan buah-buahan dan terkenal dengan pelbagai kebaikan untuk kesihatan. Komponen Eriocitrin, Luteolin dan Hesperidin mempunyai sifat anti radang dan anti oksida. Luteolin adalah salah satu komponen yang mampu mencegah penyakit kanser di mana ianya mampu mengganggu dan menghalang kemajuan sel-sel kanser.

Terdapat pelbagai khasiat yang amat jarang kita ketahui.

Kebaikan dan khasiat daun pudina:

1- Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.

2- Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.

3- Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

4- Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.

5- Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.

6- Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.

7- Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih. Pasti membangkitkan selera anda.

8- Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.

9- Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut.

Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.

10- Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.

Faedahnya memberi kesan keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina boleh digunakan bagi membasmi bakteria.

11- Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya.

12- Pudina menjadi ramuan utama kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan simptom penyakit penafasan.

13- Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.

14- Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.

15- Teh pudina boleh digunakan pada luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.

16- Teh pudina adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).


kredit

Tips penjagaan pokok Santalia atau Jeliti



Santalia juga dikenali sebagai Anting Putri



Santalia ada banyak baka antaranya
1. Santalia daun kecil,lebih dikenali santalia taiwan, cantik dibuat bonsai, bunga selapis kecil.
2. Santalia Vietnam, bunga selapis,tak bagus dibuat bonsai,dahannya rapuh mudah patah.
3. Santalia bunga kuning selapis,cantik dibuat bonsai,bakanya agak susah sedikit diperolehi.
4.Santalia bunga susun dua lapis,cantik dibuat bonsai.
5. Santalia bunga selapis, yg biasa terdapat ditempat pertandingan.
6. Santalia bunga pink selapis dikatakan juga ada tapi A Yie tak pernah lihat bakanya.
7. Santalia baka kampung bunga selapis, tak bagus dibuat bonsai kerana terasnya (kayunya)mudah reput.

Santalia bunga selapis ada banyak jenis iaitu yg batang putih, kelabu dan agak hitam sedikit.Baka yg terbaik sekali batangnya putih kulitnya tebal daunnya panjang macam mata pedang dan batangnya berat. Jangan keliru dengan baka yg hampir sama cuma baka yg kurang bagus itu bezanya kulit nipis dan ringan sahaja.

-Mat Yie Garden