Thursday, September 23, 2021

Perbezaan Sphaganum Peatmoss, Cocopeat, Sekam Bakar dan Perlite / Vermiculite

Sphaganum peatmoss

Sphaganum Peatmoss

Sphaganum peatmoss
- sejenis lumut dan merupakan bahan perawat tanah yang amat baik. 
- boleh mengawal kelembapan kawasan akar pokok demi pertumbuhan yang ideal. 
-boleh memperbaiki tanah yang berpasir atau pun tanah liat untuk pertumbuhan tanaman.
 -Kebanyakkan yang terdapat dipasaran Malaysia adalah diimport dari New Zealand, Kanada atau Holland 
-Sphaganum peatmoss yang diimport dari China dikatakan kurang berkualiti kerana muda reput.
- Bahan ini bersifat neutral dan tidak mudah reput, bebas dari rumpai, musuh perosak dan tahap keasidan yang stabil. Sphaganum peat banyak digunakan dalam sebagai media bagi pengakaran pokok tin. (Sebilangan besarnya rendah iaitu pH dari 3,5 hingga 6)

Cocopeat

cocopeat


-merupakan hasil sampingan daripada industri pemprosesan sabut kelapa untuk mendapatkan fiber (serabut). 
- berfungsi sebagai bahan untuk mengekal kelembapan media tanaman. 
- adalah mudah reput. Apabila reput, bahan ini akan menjadi asidik. Bahan ini juga bebas daripada perosak dan sumber rumpai. 
-Cocopeat juga banyak digunakan sebagai media untuk pertumbuhan akar semaian pokok tin. 
-Jika bahan ini digunakan dalam jangka masa panjang, pemantauan nilai pH hendaklah sentiasa. Nilai pH boleh distabilkan ke tahap yang optimum untuk tanaman dengan menggunakan kapur pertanian seperti GML (Ground Magnesium Limestone) atau dolomite.

-Cocopeat atau sabut kelapa kerap digunakan dalam penanaman terutamanya penanaman sayur-sayuran secara komersil. Terdapat beberapa ciri yang menjadikannya media yang utama dalam penanaman komersil antaranya adalah ia mempunyai kos yang rendah, mudah didapati, bebas dari penyakit tanah, memegang air dengan baik, ringan dan pelbagai lagi. Aspek-aspek ini juga menjadikannya alternatif utama kepada tanah bagi penanam-penanam hobi. 
-Beberapa perkara penting yang anda perlu tahu jika ingin mendapatkan pertumbuhan tanaman yang terbaik apabila menggunakan cocopeat :

-Kandungan Garam yang Tinggi
Cocopeat boleh mempunyai kandungan garam sodium chloride yang tinggi. Ianya boleh menyebabkan pelbagai masalah untuk tanaman seperti membantutkan pertumbuhan dan menjejaskan kesihatan. Namun, masalah ini mudah untuk diselesaikan dengan dengan membasuh media cocopeat (‘flushing’) sebelum digunakan untuk melarutkan garam dan menariknya keluar. Sebelum menanam, letakkan cocopeat di dalam bekas tanaman dan siram dengan air sehingga basah sepenuhnya untuk mengurangkan kandungan garam di dalam cocopeat. 
-Alternatif yang lebih mudah adalah dengan menyediakan bekas dan tempat tanaman 1-2 minggu sebelum menanam dan biar hujan lakukan ‘flushing’ tersebut.

-Kandungan Nutrien Rendah
Apabila menggunakan media cocopeat, pembajaan perlu dibuat dari awal penanaman disebabkan kandungan nutrien di dalamnya adalah rendah. Kebiasaanya baja larut air seperti baja AB digunakan untuk tanaman yang menggunakan cocopeat. Kelebihan baja larut air berbanding kebanyakan baja granul adalah ianya mengandungi kesemua nutrien yang tanaman perlukan. 
-Untuk mendapatkan pertumbuhan yang terbaik, gunakan air larutan baja setiap kali siraman tetapi pastikan kepekatan adalah bersesuaian. Baja larut air adalah baja sintetik dan jika anda ingin menanam secara organik digalakkan menggunakan tanah campuran yang lebih sesuai dengan baja organik berbanding cocopeat.

-Mengikat Kalsium dan Magnesium
Medium organik seperti cocopeat mempunyai caj-caj negatif pada permukaannya yang menarik ion-ion positif. Nutrien diambil oleh tanaman di dalam bentuk ion dan setiap nutrien mempunyai nilai caj yang tertentu. Ion kalsium dan magnesium lebih kuat tertarik berbanding ion positif lain kepada caj negatif pada cocopeat yang menyebabkan nutrien ini terikat dan tanaman tidak boleh mendapatkannya. Ini boleh menyebabkan tanaman tidak mendapat kalsium dan magnesium yang mencukupi. 
-Anda boleh mengenali sama ada tanaman anda kurang nutrien kalsium atau magnesium serta nutrien lain dari warna daun.
baca : 

Sekam bakar

Sekam Bakar
Sekam bakar
-Sekam bakar atau juga dikenali dengan arang sekam ialah bahan yang terhasil dari pembakaran sekam (kulit) padi secara terkawal iaitu cukup menjadi arang sahaja atau dengan kata lain tidak menjadi abu.
- Sekam bakar yang terbaik ialah yang baru dan tidak terlalu hancur. Pembakaran ini akan menyebabkan semua sumber bahan hidup seperti benih padi, rumpai dan juga mikrorganisma hidup lain akan mati.
- Seperti juga arang, sekam bakar boleh memegang air dan membaiki struktur media tanaman untuk pertumbuhan tanaman yang optimum. 
-Baca di sini tentang perbezaan antara : Sekam bakar dan sekam mentah

Vermiculite
Vermiculite

Perlite
Perlite

Perlite / Vermiculite
-Perlite atau vermiculite ialah mineral silika yang telah mengalami pemanasan pada suhu tinggi. Proses ini telah menyebabkan mineral telah melalui proses pengembangan (semacam pop corn). Hasilan daripada proses tersebut, mineral berkenaan akan menjadi steril dan mampu menyerap air dengan banyak dan sebaliknya boleh dikeringkan dengan cepat. 
-Kedua-dua bahan ini digunakan untuk meningkatkan isi padu, saliran dan pengudaraan pada media pengakaran. 
- Bahan ini juga tidak mudah terurai dalam beberapa tahun. 
- Pelite / Vermiculite  banyak digunakan sebagai bahan dalam media pengakaran tanaman. 
-Ianya tidak digunakan sebagai media penanaman secara komersial kerana kosnya yang agak tinggi. Bahan-bahan ini bersifat neutral.

-Perbezaan utama antara perlite dan verculite ialah dari segibentuk fizikal dan ini ada hubungkait dengan batu asal ianya terhasil. 
-Umumnya perlite lebih cekap dalam penyimpanan nutrien untuk tanaman dan saliran. Vermiculte pula berupaya mengekalkan kelembapan dengan lebih baik disamping dapat mengekalkan calcium, potassiun dan magnesium.

kredit sumber :
apakah kegunaan peatmoss, cocopeat, sekam, perlite, vermiculite
perkara penting mengenai cocopeatt

No comments:

Post a Comment