Wednesday, February 23, 2022

Kaedah Memberi Salam Memetik Daun

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Dalam disiplin ‘Perubatan Islam’, tunjang utamanya ialah mempercayai dan meyakini bahawa Allah jua yang menurunkan penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan penyakit. Namun begitu, dalam ikhtiar merawat penyakit, tidak sekadar berdoa sahaja tetapi juga menggunakan herba-herba terpilih yang bersesuaian untuk mengubati penyakit. Salah satu herba yang biasa digunakan ialah daun.

Adab Memetik Daun

Untuk memetik daun sebagai bahan ubat, ada adab-adab tertentu yang perlu dijaga agar keberkesanan ubat itu terpelihara. Walaupun kita berurusan dengan daun sekalipun, namun sedarlah bahawa ia juga makhluk Allah.


Asalnya bebas saja nak petik daun untuk buat ubat akan tetapi ada beberapa kaedah dipertunjukkan oleh para tabib Islam. Ada bermacam-macam cara. Antaranya:

1) Daun dipetik dalam keadaan menghadap kiblat.  
- Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam)
-Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.

2) Mula-mula hendaklah membaca dua kalimah syahadah, diikuti dengan membaca:

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah 
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
"aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam."


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Dengan  nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

3) Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
"Selawat dan salam yang sempurna dipanjatkan ke atas Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam dan ke atas ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya"

4) Kemudian baca al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, para nabi, Sahabat, wali-wali dan para suhada’.
5) Beri salam kepada Nabi Ilyas a.s.
السلام عليكم يَا نَبِيِّ إِلْيَاس

 Assalammu’alaikum wahai nabi Ilyas"

Minta izin daripadanya untuk memetik bahan tersebut bagi kegunaan rawatan. Kalau daun tadi hendak digunakan untuk seorang sahaja sebut nama orang yang berkenaan. Perlu dijelaskan bahawa Nabi Ilyas adalah penjaga segala tumbuh-tumbuhan. Kemudian baru petik. Contoh :
 Assalammu’alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)
 petik daun tadi. .

Tambahan (untuk daun yang perlu di masak ):
-Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.
-Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka’abah (anti clock-wise).


Penutup :


Semua kaedah tadi boleh skip sahaja. Tapi yang utama jangan tinggalkan Salam kepada Nabi Ilyas, Nabi Tab, Selawat Nabi SAW dan Basmalah. Dan boleh juga menambah lebih panjang seperti Tasbih Nabi Yunus,Doa Nabi Ayub ataupun doa ini:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ (٨٠) سورة الشعراء

Yang penting tawakal dan jangan putus asa dengan rahmat Allah SWT.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama-sama dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Wallhua’alam.

kredit :

petua untuk mengambil bahan untuk rawatan

Kaedah Memberi Salam Memetik Daun


No comments:

Post a Comment