-Seperti juga pohon buah yang lain . mulberi memerlukan cahaya matahari secukupnya untuk tumbuh membesar.
-Pokok mulberi adalah jenis cepat membesar dan naik tinggi, dahannya berjuntai-juntai jika di biarkan tidak dipangkas
- Pemangkasan rutin perlu dilakukan setiap bulan untuk memastikan penampilannya kemas dan untuk memastikan yang ianya menghasilkan buah
-Malahan pemangkasan adalah satu keperluan bagi pokok ini, jika tidak, ia tidak berbuah
-Namun lama kelamaan apabila pokoknya kian membesar. pemangkasan yang dilakukan perlu dilakukan pada dahan kasar yang di bawah untuk mengawal tinggi pokok atau tumbesarannya , Biasanya itu yang berlaku bila ianya di tanam di atas tanah
-Video kali ini memaparkan bagaimana proses hard prunning dilakukan, di samping mencuba teknik togelkan daun, kononnya agar zat hanya tertumpu pada buahnya
-Namun dari pemerhatian, buahnya cepat gugur apabila hujan turun kerana terdedah secara langsung tanpa perlindungan, Begitu juga apabila di tiup angin
No comments:
Post a Comment