Monday, June 28, 2021

Tips penjagaan pokok bunga ros




Tips penjagaan ros

Bunga ros atau mawar merupakan bunga yang menjadi simbol cinta dan kasih sayang yang sering dihadiahkan pada hari istimewa seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya. Sehinggakan ia di nobatkan sebagai ratu bunga yang mempunyai kelasnya yang tersendiri

Untuk menanam pokok bunga ros memerlukan banyak perhatian kerana tanaman ini mudah diserang penyakit. Namun itu semua sebenarnya dapat diatasi jika anda ada minat.

Di sini dikongsikan cara serta tip menanam dan menjaga agar pokok bunga ros agar tumbuh dengan baik dan menghasilkan bunga yang mekar dan cantik.




1. Penanaman
Pokok bunga ros memerlukan tanah hasil campuran tanah kompos yang poros pada masa yang sama dapat mengekalkan kelembapan akar pada kadar optimum.
Tanah yang sesuai ;
A) -Tanah holland dan tanah bakar merah, sekam padi, perlite - memberikan ruang pengudaraan yang baik (jika ada)
atau Tanah 6 in 1
atau Tanah Organic
atau tanah rose (campuran tanah khas untuk tanam rose)

B) -Baja organik seperti tayam (tahi ayam), tambing ( tahi kambing ),soya, udang, ikan,



tanah holland

(* Sabut kelapa tidak berapa baik berbanding tanah Holland untuk campuran tanah kerana ia mempunyai shelf life yang singkat. Ia juga mudah menarik air pada musim hujan dan mengakibatkan fungus)

tanah merah bakar

sekam padi

perlite

Caranya :
1 bahagian Tanah Holland atau tanah 6 in 1 atau tanah organik
1 bahagian tanah merah bakar
0.3 baja tahi ayam/tahi lembu/baja tahi arnab atau 0.1 bahagian vermicompost
0.1 bahagian perlite

2. Penyiraman
Pokok bunga ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok yang terlalu lembab boleh mengundang penyakit.
-Waterblast atau semburan air pada pokok berserta daun hanya boleh dilakukan waktu tengahari ketika matahari memancar kerana ia akan cepat kering

- Ketika sedang berbunga. Siram di bahagian tanah, jangan terkena bunga kerana bunga akan cepat rosak.


3. Pembajaan
Baja terbaik ros adalah baja organik yang terdiri dari campuran tinja ayam, kambing, udang, soya dan ikan. Baja yang mengandungi kesemuanya ini dikenali sebagai "rosefood' atau makanan ros. Ini kerana pokok bunga ros memerlukan kadar nutrien yang tinggi atau jenis kuat makan.
-Baja kimia boleh diselang selikan sekali sekala kerana ia bersifat panas ada sesetengahnya langsung tidak menggunakan baja kimia untuk pokok ros..
-Baja semburan juga amat baik kerana ia cepat menyerap terutamanya setelah pangkasan di lakukan supaya penghasilan pucuk baru tumbuh dengan kadar optimun.
- air basuhan beras dan ikan serta kulit pisang amat baik djadikan baja ros kerana kulit pisang yang mengandungi potassium yang boleh membantu pokok bunga tumbuh sihat. Kulit pisang dipotong kecil-kecil boleh diletakkan di dalam pasu atau ditanam didalam tanah.Selain itu kulit udang dan ketam juga boleh digunakan untuk menambah makro dan mikro nutrien.


4.Cahaya
Pokok bunga ros memerlukan cahaya matahari penuh selama lebih kurang 6 jam sehari untuk pengeluaran bunga. Pastikan pokok ros tidak berada di tempat telindung . Hanya letakkan di tempat yang agak terlindung (partial shade) ketika pokok baru ditanam untuk tempoh pemulihan. agar tidak terkesan dengan panas terik matahari)


5.Pemangkasan
Perlu dilakukan untuk menggalakan pengeluaran cabang baru yang lebih banyak serta penghasilan bunga yang banyak. Bunga yang telah layu pula perlu dipotong dari dari dahannya agar proses pengeluaran bunga seterusnya lebih cepat.


6.Kawalan penyakit
-Lakukan rutin semburan racun organik setiap 3 hari agar dijauhi dari serangan penyakit. JIka telah diserang penyakit, racun kimia lebih efektif digunakan. Juga boleh dikawal dengan spray ridsect water base berasaskan air seminggu sekali atau sehingga simptom penyakit berkurangan.
-Boleh juga gunakan formula organik campuran cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit. Ianya lebih selamat brbanding penggunaan baja kimia.

-Waspada: Periksa bunga mawar anda secara berkala, dan segera buang dan buang daun-daun yang berbintik-bintik, baik di tanaman dan di tanah. Sekiranya masalahnya tidak teruk, mungkin ini semua rawatan yang anda perlukan.

-Thrips-kutu halus yang menghisap nutrien pokok. Tanda-tanda yang dapat dilihat adalah seperti kecacatan (kerinting) pada pucuk ,bunga, dan perlahan-lahan membantut pucuk bunga seakan-akan 'terbakar' seterusnya perlahan-lahan mati.




thrips

- Pada peringkat serangan yang serius, pokok bunga ros harus dirawat dengan cara memangkas daun dan bunga yang dijangkiti dan di bakar atau dibungkus dengan plastik dan dibuang jauh dari kawasaan tanaman.

- Blackspot merupakan penyakit yang sering terjadi di musim hujan. Ianya merupakan penyakit kulapuk atau kulat. spora kulat bercambah apabila daun atau batang lembab atau basah.



blackspot


Setelah daun dan batang yang dijangkiti dikeluarkan, rawat mawar dengan racun kulat. Semburkan seluruh tanaman, pastikan bahagian atas dan bahagian bawah daun serta batangnya. Anda boleh menggunakan racun kulat kimia atau sebilangan besar pilihan organik seperti minyak neem dan cuka kayu


Kesimpulan:
Apapun di sebalik semuanya, pengetahuan memberi manfaat jika kita amalkan dan kongsikan. Kalau sekadar tahu sahaja tapi malas nak buat, tak ada maknanya la...tanam saja bunga ros plastik dalam rumah yer..😁





Tuesday, June 22, 2021

Bunga Mayang Sari @ Citharexylum Spinosum

Mayang Sari



Mayang Sari ini dah sudah berusia lebih 5 tahun usianya kalau tak silap. Semasa membeli nya suatu waktu dahulu memang rare, satu-satunya yang terjumpa di pasar tani. Terus beli sebab bau bunganya yang sangat wangi. Mulanya saya ragu untuk membeli bila pakcik yang menjual bagitau pokok ni boleh membesar seperti pokok rambutan. Daunnya pun amat besar dan lebar masa tu, sebesar tapak tangan. Tapi kerana dah tertarik dengan bunganya dan baunya yang harum, saya tetap membelinya, namanya pun unik, Mayang Sari, 

Semasa saya mula menanamnya sederet dengan pokok lain memang ketara perbezaanya, dia nampak sasa sangat, dahan tak banyak tetapi saiz daunnya teramatlah besarnya...Then, pangkasan dan pembuangan daun bermula...


Info :
-Pokok bunga mayang sari menghasilkan gugusan bunga putih yang berbau sangat wangi terutama waktu malam.
-Perlukan cahaya matahari penuh supaya banyak berbunga.Perlu dicantas selalu supaya banyak pucuk dan akan banyak bunganya kerana bunganya keluar berdekatan pucuk. Pokok ini berbunga sepanjang tahun.

-Mayang Sari sebenarnya dalam kategori pokok kayu dan pokoknya boleh naik tinggi dan mampu mempunyai batang sehingga sebesar sepemeluk

-Elok ditanam dalam pasu supaya mudah dikawal pembesaran dan ketinggiannya kerana ia jenis pokok berkayu.Mayang sari memerlukan air yang secukupnya.

-Kalau dijaga dengan betul atau kerap memangkas dahan-dahannya, pokok ni boleh jadi pokok yang rendang dan cantik
-Tumbuhan ini boleh dibiakkan dengan kaedah keratan batang yang telah matang dan dicucuk ke tanah. Ia merupakan antara tumbuhan yang senang dibiakkan dan mempunyai kadar pertumbuhan yang cepat.






Bunga baldu Episcia Cupreata

 

Bunga baldu Episcia Cupreata

Merupakan spesis Episcia cupreata Acajou daripada keluarga tumbuhan Gesneriaceae merupakan sejenis tanaman merayap atau menjalar yang mempunyai nilai-nilai estetika yang tersendiri.

Bunga dan daunnya tampil sama cantik serta menarik. Bunganya berbentuk seperti serombong atau trompet dengan lima kelopaknya berwarna merah pekat. Daun yang berkilat pada bahagian atas itu berwarna perang dengan corak berwarna perak di tengah dan urat-urat daunnya.

Penjagaan
1. Ia suka kepada keadaan medium tanaman dan persekitaran yang sentiasa lembap. Siram dua kali sehari pada waktu pagi dan petang pada hari panas. Elakkan medium tanaman menjadi kering dan sebaiknya sembur daun dengan air bagi mengekalkan kelembapan pada persekitaran. Siram apabila perlu sahaja pada hari hujan jika pokok berkenaan terdedah kepada titisan air hujan.
2. Pokok itu perlu didedahkan kepada cahaya yang terlindung. Dedahan kepada cahaya pagi dan petang adalah sesuai tetapi elakkan dedahan kepada cahaya terik tengah hari yang boleh melecurkan daunnya.
3. Gunakan baja organik seperti najis ayam atau kelawar yang telah diproses. 
-Sebagai alternatif, baja cecair atau baja garam larutan boleh juga digunakan.
-Gunakan baja berwarna hijau dan dicampurkan baja berwarna merah untuk pertumbuhan pokok dengan daunnya yang cantik dan pengeluaran bunga yang banyak. Ia boleh dilarutkan dalam air siraman atau semburan
-Baja bijian agak kurang sesuai digunakan untuk membaja pokok itu kerana ia boleh melecurkan daun pokok apabila terkena.
4. Potong daun-daun tua atau yang telah layu atau mati bagi mengekalkan penampilan pokok yang lebih kemas dan sentiasa cantik.
5. Jika didapati pokok kurang subur walaupun dibaja dan disiram secukupnya, lakukan pemasuan semula atau membuat keratan setiap sulur anak benihnya untuk ditanam dalam pasu atau beg plastik dengan medium tanaman yang baharu.
.
Pembiakan
Ia mudah ditanam menggunakan :
1 A
nak sulur yang banyak tumbuh daripada bahagian sisi batang pokok yang matang.
- Potong anak sulur yang tumbuh pada sisi batang pokok induk.
- Tanam dalam medium tanaman yang bersesuaian seperti yang disebutkan di bawah.
2. Ia juga boleh dibiakkan menggunakan kaedah keratan hujung batang berdaun.
3. Melalui pecahan rumpun dan tanam semula

Tumbuhan itu sesuai ditanam dalam medium tanaman yang lembap berhumus tinggi tetapi bersaliran baik untuk memudahkan air siraman mengalir keluar.

Campuran medium yang disyorkan adalah medium untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (tanah peroi:bahan organik atau tanah gambut:pasir sungai).

Idea pameran kreatif
1. Pokok matang mengeluarkan anak sulur yang cantik untuk dijadikan tanaman gantung agar anak-anak sulur itu dapat tumbuh menarik memanjang dan berjurai ke bawah pasu.
2. Ia sangat sesuai ditanam sebagai tanaman solo dalam pasu yang cantik dan menarik untuk hiasan.
3. Ia juga sesuai digunakan sebagai salah satu pokok dalam gubahan bersama pokok berbunga atau berdaun dalam pasu untuk digantung atau dipamerkan di lantai.


Kredit :
https://ps2unic.wordpress.com/2016/03/01/nilai-estetika-episcia-cupreata-acajou/

Santalia /Jeliti / Anting Puteri (Cestrum nocturnum)

 

Santalia @ Jeliti   (Cestrum nocturnum) 

Nama Tempatan : Bunga Santalia' Jeliti /Anting Puteri
Nama saintifik: Caestrum noctumum
Nama lain: Bunga Dayang , Sri Pekan . Sundal malam

B.Inggeris : Night Jasmine; Queen of the night

Famili: ( Solanaceae - berkait dgn Terung)


Asal- usul: India


Info-flora:
· Santalia ialah tumbuhan dari kategori dikot. Ia sejenis tumbuhan renek dengan batang berkayu. Mempunyai Daun yang berbentuk ringkas dengan permukaan yang berkilat dan licin. Batangnya yang memanjat boleh memanjang sehingga 3. 5 meter.

· Bunganya kecil-kecil dan tidak berapa menarik, tetapi aroma yang dihasilkan sangat wangi menyebabkan ia termasuk dalam kategori tumbuhan wangi yang ditanam di halaman rumah.

· Ia dikenali juga dengan nama lain seperti night Jessamine , queen of the night, night blooming jasmine, lady of the night, night cestrum, night queen, night-blooming jasmine, night-flowering cestrum, night-flowering jasmine.

· Bunganya yang berwarna putih kehijauan akan mekar pada waktu malam dan mengeluarkan aroma wangi yang amat mengasyikkan.

· Tampuk bunganya berwarna hijau dan panjang. Bunganya yang kecil dan tersusun dalam jambak muncul di hujung ranting dengan banyaknya sehingga menyebabkan ranting menjadi berat dan tunduk ke bawah. Pokok ini berasal dari India.

· Pokoknya boleh mencapai empat meter tingginya. Bunganya berjambak, sangat harum, terutamanya pada waktu jam sembilan malam.

· Ditanam daripada keratan batang atau biji benih. Buahnya berwarna putih. Ia berbentuk beri dan beracun serta perlu dijauhkan dari kanak-kanak.

Penanaman dan penjagaan
-Bunga santalia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi. Ia paling sesuai ditanam di tanah yang berpasir, poros dan bersaliran baik.
- Ia perlu sentiasa dipangkas untuk memastikan pertumbuhan bunganya.
-Pokoknya membesar dengan cepat dan pasunya perlu ditukar setiap tahun jika ia ditanam di dalam pasu.
-Perlu disiram 2x sehari, jika di tanam dalam pasu, jangan kena bunga, nanti cepat gugur
-Pembajaan 2 minggu sekali samada baja subur atau baja bunga
-Boleh dibentuk menjadi bonsai yang cantik


Kesan keracunan
Santalia termasuk dalam kategori tumbuhan beracun. Awas !
· Seluruh bahagian pokok santalia boleh menyebabkan keracunan jika tertelan.
· Ia mengandungi solanin di dalam buahnya yang belum matang yang akan menyebabkan rasa loya, muntah, pening cirit-birit dan mengantuk.
· Ia juga boleh menyebabkan kekejangan otot dan pengeluaran air liur yang berlebihan.
· Di dalam buahnya yang matang pula terdapat atropin yang menyebabkan rasa kepanasan, kering tekak, sakit perut, susah kencing, halusinasi dan tekanan mental.
· Jika pokok ini ditanam di halaman rumah, apa yang penting ialah mengelakkan buahnya dari di makan oleh kana-kanak kecil.

info- KEGUNAAN:
- Umumnya ditanam sebagai tumbuhan hiasan - ornamental sahaja.

** Dikatakan boleh dijadikan bedak dan sabun mandian bagi menghaluskan dan melicinkan kulit. Juga boleh menghilangkan parut-parut kecil serta mencegah jeragat.

Caranya: Keringkan bunganya dengan beberapa jenis herba yg lain. Adunkan menjadi bedak atau sabun mandian.

** Bahan-bahan kerba yg lain termasuk kunyit hidup (Cucurma domestica), lengkuas (Alpinia conchigera), jerangau (Acorus calamus), serai wangi (Cymbopogon nardus) termasuk kulit rambai kering (Baccaurea motleyana).


Kredit :
http://www.melur.com/tumbuhan/bunga-santalia/





Friday, June 18, 2021

Adenium Obesum

 

Adenium Obesum



Penjagaan Perawatan
Pencahayaan

Untuk pertumbuhan aktif dan berbunga yang banyak, adenium memerlukan banyak cahaya matahari. Sekiranya anda meletakkan periuk dengan tumbuhan di tingkap, kemudian secara berkala menghidupkannya di sekitar paksinya supaya bahagian atas adenium tidak membengkok ke satu arah. Jika tidak mungkin untuk meletakkan bunga di sebelah selatan, atur cahaya buatan, jika tidak, tumbuhan mungkin layu.
Penyiraman

Adenium tidak suka kelembapan di dalam tanah. Secara semula jadi, ia tumbuh di kawasan-kawasan yang gersang, mengumpul air di dalam tisu batang tebal dan akar. Apabila menanam, pastikan terdapat lubang saliran di dalam periuk dan kelembapan tidak bertakung di akar.

Penyiraman hanya dijalankan apabila bumi mengeringkan sedikit. Dalam tempoh tidak aktif, penyiraman tidak diperlukan sama sekali, dan dengan permulaan musim bunga ia kembali dan secara beransur-ansur meningkat.
Suhu

Pada musim bunga musim panas, apabila tumbuhan secara aktif berkembang, suhu tinggi 25-30 ° C mudah ditoleransi oleh adenium. Udara kering dan panas juga tidak memberi kesan buruk terhadap adenium. Dengan kemunculan musim luruh, kilang itu memulakan tempoh tidak aktif. Pada masa ini, ia dengan tenang bertolak ansur penurunan suhu hingga 10-15 ° C.
Kapasiti

Semasa pertumbuhan, sistem akar adenium berkembang dengan pesat, menduduki seluruh ruang periuk, jadi setiap tahun, selepas berakhirnya tempoh dorman, ia dipindahkan ke dalam bekas yang lebih besar. Jika bekas yang cetek, luas adalah sesuai pada tahun pertama, maka apabila saiznya tumbuh, saiz dan kedalaman periuk akan meningkat.Beri perhatian! Pertumbuhan dan saiz adenium dikawal oleh saiz periuk potnya.


Tanaman dan pembentukan

Pemangkasan adenium tidak diperlukan, tetapi jika anda ingin membentuk pohon padat yang indah, maka prosedur ini diperlukan. Potong pucuk adenium pada musim bunga, apabila ia baru memulakan tempoh pertumbuhan aktif. Pada musim gugur dan musim sejuk, pemangkasan tidak berbaloi.

Bergantung kepada jenis penampilan yang anda ingin bawa adenium itu, tahap trim yang berbeza dikenakan:

jika anda memotong pukulan sebanyak satu pertiga, maka pucuk baru akan memotong potongan;
Penghancuran titik pertumbuhan akan mengakibatkan pembentukan panci di bahagian atas batang;
Pemangkasan yang mendalam di batang akan memberi dorongan kepada pertumbuhan pucuk di pangkal caudex (batang).


Berapa cepat berkembang?

Adenium tumbuh agak cepat dan, jika anda tidak memotong, pada tahun kedua sudah pasti bunga pertama. Semasa musim pertama, anda memerlukan sehingga tiga pemindahan dalam periuk, sedikit besar dalam saiz. Jangan gunakan pilihan "periuk untuk pertumbuhan" - ia melambatkan pertumbuhan tumbuhan.Untuk nota. Sekiranya matlamatnya adalah pokok bonsai hiasan yang indah dengan mahkota berselerak dengan bunga-bunga terang, ia mungkin memerlukan lebih daripada sedozen tahun untuk mencapai hasil ini. Kualiti penjagaan bunga akan memainkan peranannya.
Bolehkah ini dipercepatkan?

Pematuhan dengan tempoh rehat dan pertumbuhan yang aktif akan membantu mempercepat pertumbuhan dan perkembangan adenium. Komposisi tanah yang betul, rejim pengairan dan peragaan atas yang sesuai, perlindungan daripada penyakit dan perosak - semua ini akan memberi pertumbuhan yang baik dan cepat kepada kilang. Jangan mengabaikan peraturan mudah untuk menjaga adenium dan hasilnya perlu.

Adenium tidak bersahaja, seperti kebanyakan succulents, yang kita lihat pada tingkap dan rumah hijau. Dan bentuk yang luar biasa dan bunga yang menarik menarik lebih banyak minat di kalangan tukang kebun. Hibrid baru dengan bunga terry yang luar biasa warna terang muncul. Di kedai dan penternak yang khusus, anda boleh membeli kedua-dua tumbuhan dan biji dewasa yang mana sesiapa sahaja boleh berkembang dengan mudah di rumah.

Sumber :

https://ms.declic13.org/4021-features-of-growing-adenium-at-home-and-methods-of-it.html



Jambu tanpa biji

Jambu tanpa biji

Kandungan gizi 

Jambu kristal (Psidium guajava),  

adalah variety atau jenis lain dari buah jambu biji yang sudah lama ada , Buah ini merupakan mutasi dari jambu Muangthai Pak yang ditemukan pada 1991 di District Kao Shiung, Taiwan, dan diperkenalkan di Indonesia oleh Misi Teknik Taiwan.

Meski masih bagian dari jambu biji, jambu kristal memiliki sejumlah keistimewaan. Selain lebih manis dari jambu biji biasa, jambu kristal juga memiliki jumlah biji yang lebih sedikit, yaitu kurang dari tiga persen, sehingga sering disebut dengan jambu biji putih tidak berbiji. Buah ini  dapat tumbuh sepanjang tahun s 

Tidak hanya itu, jambu kristal juga memiliki kandungan gizi atau nutrisi yang berlimpah. Oleh karena itu, mengonsumsi buah ini dapat membantu memenuhi keperluan gizi yang diperlukan tubuh setiap hari. 

Dilansir dari Data Komposisi Pangan Indonesia,  kandungan gizi dari 100 gram jambu biji putih tidak berbiji yang mentah adalah: 

 

  • Air: 82,8 gram
  • Energi: 61 kal
  • Protein: 0,9 gram
  • Lemak: 0,3 gram
  • Karbohidrat: 15,4 gram
  • Serat: 4,5 gram
  • Abu: 0,6 gram
  • Kalsium: 31 mg
  • Fosfor: 41 mg
  • Zat besi: 0,2 mg
  • Natrium: 20 mg
  • Kalium: 103 mg
  • Tembaga: 0,04 mg
  • Seng (zinc): 0,5 mg
  • Beta karoten: 53 mcg
  • Karoten: 18 mcg
  • Vitamin B1: 1,02 mg
  • Vitamin B2: 0,06 mg
  • Niasin: 1,3 mg
  • Vitamin C: 116 mg 

Selain itu, buah jambu biji kristal juga disebut mengandung vitamin A dari beta karoten serta senyawa polifenol, termasuk flavonoid.Namun, berbeda dengan jambu biji merah, jambu kristal tidak mengandung likopen,yang merupakan jenis karoten pemberi warna merah alami pada buah-buahan dan sayuran.

 

Sumber : 

https://hellosehat.com/nutrisi/fakta-gizi/manfaat-jambu-kristal/

Spider Plant

 Spider Plant


Pokok Spider (Chlorophytum comosum)

Spider plant ( Chlorophytum comosum) berasal dari Tropika dan Afrika Selatan. Bunganya kecil berwarna putih yang tumbuh pada hujung batangnya dan mudah dibiakkan untuk menghasilkan tanaman yang baru.

Antara kebaikan spider plant ini ialah ia merupakan sumber oksigen dari daun–daunnya yang rimbun serta saling berhimpitan. Mampu menyerap karbon monoksida dan karbondioksida di samping mengurangi panas yang diterima bangunan melalui dinding. Spider plant ini juga sangat efektif dalam menyerap debu simen.
dan menurunkan suhu ruangan dan lingkungan.

Setelah meletakkan tanaman ini dalam tempoh 24 jam, ruang akan bebas dari kimia dan racun.

Tahukah anda penemuan menarik tentang spider plant/pokok lelabah oleh Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Bill Wolverton setelah dijadikan kajian, mereka mendapati pokok lelabah ni mampu menyerap kandungan racun dalam udara sekitar 90 hingga 95 peratus.
Tumbuhan tanaman yang mudah dijaga ini tumbuh subur dalam cahaya tidak langsung dan bekerja keras untuk mengeluarkan udara pencemar berbahaya seperti formaldehid dan benzena.

Pengaruh ekosistem :
Sebagai pembersih udara tumbuhan ini mampu menyerap benzena, formaldehida, karbon monoksida dan xilena, bahan kimia pada industri kulit, karet dan pencetakan.

Spider plant menyerap racun itu sebagai 'udara' untuk membolehkan ianya bernafas sebelum dipindahkan ke akar dimana mikrobion yang sedia ada akan meneutralkan komponen yang terlibat.

Tanaman yang jenis mudah di jaga dan pilihan yang bagus untuk mereka yang ingin mula menjinakkan diri dengan tanaman. Spider plant tak perlukan banyak air dan cepat tumbuh.

Air

 Tanaman labah-labah tidak menyukai tanah yang basah, jadi biarkan kering sedikit di antara penyiraman.
Siram Spider Plant anda apabila 50% tanah kering. Pastikan air mengalir melalui lubang saliran di bahagian bawah periuk dan buang air yang terkumpul di dalam piring. Sekiranya anda melihat  daun berwarna coklat, ia mungkin dari bahan kimia yang terdapat di dalam air, yang menyebabkan penumpukan. Sekiranya ini berlaku, biarkan air keluar semalaman sebelum menyiram atau gunakan air yang ditapis.

Cahaya

Pokok spider plant anda akan bertolak ansur dengan keadaan cahaya yang lebih rendah, namun mereka lebih suka cahaya tidak langsung yang terang di mana ia akan berkembang. Jalur pada daun akan lebih menonjol dengan pencahayaan tidak langsung. Elakkan cahaya matahari langsung kerana ia akan membakar daun.

Pembajaan
Berikan baja cairan  untuk tanaman dalaman sebulan sekali

Toksik
Spider Plant tidak beracun dan selamat untuk manusiadan juga binatang peliharaan.

Pembiakan

Cara pembiakkan spider plant sangat mudah dengan keratan tunas hujung dan tanam terus dalam tanah. Atau boleh juga letakkan dalam air sehingga tumbuh akar, kemudian baru tanam dalam tanah.

Khasiat Delima merah



Bunga Delima merah

Delima merah

Delima (Promegranate) dengan nama saintifiknya  ‘Punica Granatum’ merupakan buah  yang mengandungi  nilai  nutrisi yang tinggi. Buah ini mempunyai bahagian biji yang  diselaputi isi berbentuk prisma atau dikenali sebagai ‘membran pulpy’ (testa). Tekstur isinya lembut dan berair yang dilindungi oleh ‘membran pulpy’.

Ia kaya dengan antioksida, mineral dan vitamin yang berperanan dalam meningkatkan status kesihatan seseorang individu. Tingginya kandungan khasiat dalam buah delima ini telah meraih perhatian bukan sahaja di bidang kesihatan malahan bidang ekonomi juga. Banyak  kajian yang telah diterbitkan berkaitan biji, isi mahupun kulit buah delima. Pokok buah delima dikategorikan dalam tumbuhan renek yang berasal dari kawasan Asia Barat Daya. Ia tumbuh secara semulajadi dan ditanam secara komersial di merata negara. Jenis-jenis delima adalah berbeza berdasarkan bentuk dan warna serta biji dan tahap kemanisannya.

Kandungan nutrisi

Delima lebih dikenali dengan kandungan antioksida di dalamnya. Selain daripada vitamin C, komponen anti radang, antimikrob dan anti mutagenic, ia juga mengandungi polifenol seperti asid gallic, asid ferulic dan catechin. Antara mineral yang dijumpai dalam delima ialah kalsium,kalium, magnesium,fosforus,zink dan juga zat besi.

Data diperolehi dari USDA Standard Reference untuk 100 g biji buah delima

Komponen berkhasiat

18% dari kandungan biji buah delima terdiri daripada lemam iaitu asid lemak seperti asid punicid iaitu kumpulan asid linolenik. Terdapat juga komponen fitoestrogen di dalam biji buah delima.  Sementara isi atau jus buah delima kaya dengan fruktosa, glukosa dan sukrosa, asid malik, asid sitrik, dan asid fumarik, tannin, fenolic dan antioksida, kulit buah delima lebih tinggi dengan kandungan flavanoid, anthocyanin dan asid askorbik. Bahagian batang dan akar pokok delima mengandungi bahan alkaloid digunakan dalam perubatan tradisional dan juga membantu dalam rawatan cacing di dalam usus.

10 khasiat buah delima

1. Rawatan dan pencegahan kanser

Terdapat banyak kajian yang mengaitkan kemampuan buah delima dalam rawatan kanser contohnya kanser prostat, kanser payudara, kanser usus, kanser kulit, kanser paru-paru. Bahan komponen kimia dalam buah delima mengandungi sifat anti radang, menurunkan aktiviti sel tumor, proliferasi sel kanser dan lain –lain mekanisme sel kanser.

2. Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Jus delima yang bersifat antiarterogenik, antihipertensi dan anti radang membantu mengurangkan tekanan oksidatif, menurunkan tekanan darah dan paras kolesterol serta trigliserida serta meningkatkan kolesterol high density lipoprotein (HDL)untuk pesakit hiperlipidemia. Kawalan kolesterol darah yang normal akan menurunkan risiko mendapat penyakit berkaitan kardiovaskular seperti serangan jantungdiabetes dan strok.

3. Osteoarthritis

Osteoarthritis ialah jenis arthritis yang biasa dialami. Kemerosotan sendi yang berlaku mengurangkan keselesaan dan kualiti hidup pesakit. Sifat anti radang dalam buah delima mampu membantu mengurangkan kesakitan yang dialami.

4. Rheumatoid arthritis

Penyakit autoimun di mana sel badan akan menyerang sel-sel lain dan menyebabkan pesakit mengalami keradangan dan lebih teruk sekiranya tidak mendapatkan rawatan perubatan. Bahan anti radang dalam buah delima membantu mengurangkan kejadian radang 

5. Antimikrob/antifungal

Sifat antimikrob /antifungal membantu dalam rawatan berkaitan mikrob dan fungal seperti jangkitan candida dan bacteria e coli yang selalunya menyebabkan kejadian cirit birit. Aktiviti bakteria dan fungal ini dikurangkan dengan kehadiran antimikrob dalam buah delima

6. Kesihatan mulut

Kesihatan mulut yang tidak elok pastinya mengundang bau mulut dan ketidakselesaan individu. Bau mulut dikaitkan dengan bakteria yang terdapat di dalam mulut. Sifat antibakteria di dalam buah delima membantu mengekalkan persekitaran bakteria oral di dalam mulut.

7. Penyembuhan luka

Tindakbalas mekanisme penyembuhan luka bersama Komponen kimia buah delima mempercepatkan pembaikan sel di bahagian yang luka, secara tidak langsung kawasan kulit yang terdedah kepada luka berkurangan

8. Kesuburan

Delima dikaitkan dengan meningkatkan kesuburan di kalangan lelaki dan wanita. Terdapat kajian menunjukkan bilangan sperma yang dihasilkan meningkat dan lebih produktif atau sihat . manakala untuk kesuburan wanita pula, ia membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan

9. Alzheimer

Walaupun tiada kajian yang membuktikan penyakit Alzheimer boleh dilewatkan, tetapi terdapat kajian yang mencadangkan perubahan diet yang lebih seimbang dapat mengurangkan risiko kejadian Alzheimer berlaku. Delima mengandungi tinggi kandungan polifenol yang terbukti berperanan dalam memelihara sel –sel neuron otak. Kajian ke atas haiwan juga membuktikan tingkahlaku haiwan berubah kepada normal dan senang dikawal selepas pemberian jus delima. walaubagaimanapun lebih kajian diperlukan untuk mengenalpasti mekanisme bahan ini bertindak dalam menangani penyakit Alzheimer

10. Sumber tenaga

Ini ialah sumber tenaga yang cepat kerana kandungan fruktosa di dalamnya. 100g bahagian buah membekalkan 83 kalori iaitu 18.7 g karbohidrat dan 13g gula sementara protein dan lemak 1-2 g. Sekiranya kita mengambil 50g nasi , ia membekalkan 65 kalori dari 15 g karbohidrat. Oleh itu sekiranya kita minum jus delima, ia boleh memberkan tenaga yang cepat kepada tubuh badan kita.

 

Sumber :

https://rootofscience.com/blog/2021/kesihatan/pemakanan/khasiat-buah-delima-yang-perlu-anda-tahu/

Kalanchoe Blossfeldiana

Kalanchoe


Kalanchoe blossfeldiana, yang biasa disebut kalanchoe adalah  berdaun  hijau tua, bergerigi dan dahan besar dengan  gugusan bunga yang dipegang di atas dedaunan. Ia mempunyai kebiasaan pertumbuhan tegak, multi-cabang. Waktu mekar mereka sangat lama sebagai tanaman hiasan dalaman. Gumpalan bunga merah, merah jambu atau kuning terang ini boleh bertahan selama berminggu-minggu jika dijaga dengan betul.

Fakta tentang  Kalanchoe  :
Penyiraman. Tumbuhan ini sangat bertolak ansur dengan kekurangan kelembapan dan cepat mati dengan lebihannya. Penyiraman perlu apabila lapisan atas kering

Pencahayaan. 
Pencahayaan yang terang tidak diperlukan. Diletakkan di tingkap timur dan barat, di musim sejuk disusun semula ke selatan. Daun akan kelihatan terbakar dengan cepat jika terdedah pada matahari terik. Perlukan naungan pada tengah hari. Kekurangan cahaya membawa kepada pemanjangan batang Kalanchoe, kerosakan. pudar bunga atau kekurangan bunga.

Semburan. Kalanchoe tidak perlu semburan, anda boleh mengelap debu dari daun dengan span lembap. Jika daun ada cela  dan debu basuh dengan semburan, cuba untuk tidak terkena tunas dan bunga.

Pembajaan
Baja untuk succulents dan cactus. Semasa berbunga, dinasihatkan untuk membaja setiap minggu pada separuh dos yang dicadangkan oleh pengilang. Pada musim bunga dan musim panas, semasa tumbuh-tumbuhan aktif, kekerapan atas keperluan 1 - 2 kali sebulan.

Pangkasan
Pokok ini boleh diremajakan dengan memotong bahagian atas, dan segera menanam keratan di tanah. Ia tidak perlu untuk menutup keratan, ia akan berakar pada tanah lembap dan subur. Tanaman dewasa ditanam sekali setiap 2 tahun, pada musim panas ia dibawa ke balkoni, ia tidak kisah pada perubahan suhu.

Pertumbuhan
Untuk memahami bagaimana membuat kalanchoe mekar, anda perlu mengetahui ciri-cirinya. Tumbuhan ini adalah jenis yang memerlukan siang yang singkat, di rumah hijau perindustrian. untuk merangsang berbunga, masa pencahayaan dikurangkan hingga 8 - 10 jam. Pada jam 17 petang, tanaman dimasukkan ke dalam kotak dan dimasukkan ke dalam almari atau ditutup dengan baldi plastik legap. Pada waktu pagi mereka menletak bunga kepada cahaya. Ini terus dilakukan sekurang-kurangnya 4 minggu sehingga tunas muncul. 

Kaedah pembiakan

Untuk penanaman, gunakan tanah campuran dari kedai, campurkannya dengan pasir sungai atau vermikulit, tanah untuk kaktus juga sesuai. Keratan segera ditanam ke dalam tanah lembap, letakkan di tempat yang hangat dan mrndapat cahaya supaya batang tidak reput, disarankan untuk merawatnya dengan serbuk arang. Sekiranya tanah kering, lembapkan dengan semburan. Selepas 2 minggu, Kalanchoe akan berakar umbi.

Kemudian barulah diletakkan Kalanchoe pada ruang yang panas, dan daun baru akan mula bertambah

Pembajaan tumbuhan dilakukan 2 minggu sekali, 
Penyiraman habya dilakukan setelah tanah kering.
Untuk memulakan berbunga, anda memerlukan waktu siang yang singkat selama sebulan.

Adenium Purple Jinda



Adenium Purple Jinda


Nama saintifik: Adenium obesum

Nama biasa: Mawar Gurun 

Asal: Afrika dan Semenanjung Arab

Warna bunga: merah umggu

Tanah: agak kering

Matahari / teduh: Matahari penuh atau cahaya buatan

Penyiraman: sederhana

Kekerasan: minimum 10C (50F) jika dijaga kering

Tinggi: hingga 2m (6'6 ″), kurang dalam pasu; penanam perlahan


Pokok Paku langsuyar/Asplenium Nidus / Bird’s Nest Fern / Pokok Paku Langsuir

 

Asplenium Nidus / Pokok Paku Langsuir



Asplenium Nidus/Bird’s Nest Fern/  Pokok Paku Langsuir

Lebih dikenali dengan nama paku langsuir atau 'bird nest fern'. Asalnya dari family Aspleniceae dengan nama spesisnya Asplenium Nidus. Sejenis tumbuhan paku pakis epifit yang hidup menumpang pada pokok lain.

Kebiasaannya tumbuh pada pokok besar, celah celah pelepah kelapa sawit dan pokok salak. Walaupun dia hidup menumpang, tapi tak mengganggu pertumbuhan pokok yang ditumpang seperti pokok duit-duit. Sebabnya pokok paku ni mampu hidup sendiri.

Daun-daunnya yang berbentuk seperti 'sarang burung' mampu menadah air hujan yang turun dan memerangkap daun-daun yang akhirnya mereput mati menjadi humus dan membekalkan mineral untuk pokok terus hidup.


Penjagaan 

Kebiasaanya ditanam di dalam sabut dan diletakkan tanah. membantu menyerap dan menyimpan air untuk pertumbuhannya. Pokok paku ni memerlukan kelembapan yang tinggi untuk hidup sihat dan subur.

Jangan sesekali letak di tempah yang terdedah terus kepada cahaya matahari terik. Pertumbuhannya akan terbantut dan tidak subur sekiranya daun berwarna kuning atau ada tompok-tompok perang pada daun. Jadi, kenalah letak di tempat yang redup yang membolehkan pokok ni hidup subur tanpa penjagaan yang rapi.

Cara Pembiakan 

Pokok paku membiak melalui spora yang terhasil pada bahagian belakang daun. Spora yang halus disebarkan oleh angin ke tempat lain yang mungkin sesuai untuk percambahan/pembentukan anak pokok. Sebab tu pokok paku langsuir mudah tumbuh merata di celah-celah pokok. 

Tumbuhan ini pernah dibuat kajian tentang kemampuannya menapis udara ,

Sumber :