Monday, August 3, 2020

MANFAAT DAUN BELUNTAS



Awas jika terjumpa pokok ini jangan abaikannya..
pokok beluntas merupakan tumbuhan liar yang hidup dikawasan pantai. Daunnya sedikit beraroma dan boleh dimakan beegitu sahaja atau dibuat ulam. antara khasiat daun beluntas adalah:

- Anti kanser - mencegah dan membunuh sel2 kanser dalam badan. sangat baik utk wanita yang mempunyai masalah CYST & FIBROID
- Melancarkan pencernaan
- Menghilangkan bau badan dan mulut
- Melegakan demam panas (melegakan panas dalam)
- Anti Bakteria
- Mencegah keputihan dan senggugut serta melancarkan haid wanita
- Merawat tonsil
- Memecah peluh

Rebus daun beluntas dan minum airnya .

Sunday, July 26, 2020

Tips Penjagaan pokok asparagus hiasan (Asparagus Densiflorus)


asparagus hiasan (Asparagus Densiflorus)

Khas untuk yang minat bertanam pokok ini
- Pembajaan dan siraman seperti biasa , seeloknya siram di awal pagi.
- Pastikan pokok mendapat air secukupnya. Itu yang paling penting .
- Pembajaan pula terpulang, boleh guna baja kopi untuk subur.
Yang dalam video ni tak berbaja pun sebenarnya, cuma siram dan rajin trim.
Penjagaan amat mudah berbanding pokok yang jenis berbunga ya.


Tuesday, July 21, 2020

Lukisan Bunga Ros

Di sebalik Lukisan Bunga Ros
Bunga yang menjadi igauanku. Apalagi yang wangi, memang mengasyikan... Kerana mekarnya sang mawar yang tak mampu bertahan lama, lantas aku abadikannya sebagai lukisan.. andainya dapat aku potretkan  semua ciptaan Ilahi yang terindah sebagai lukisan, alangkah  seronoknya...apapun, syukur alhamdulillah seadanya. Baca di sini juga: Tips penjagaan bunga ros

Lukisan adalah salah satu kegemaranku sejak dari kecil (selain minat mendalam dengan bunga ros..  ),
( Pantang ternampak bunga ros atau apa jua barangan yang bermotifkan bunga ros yang cantik-cantik, mesti hati terdetik ingin memiliki..Alahai, hati bagai di jentik-jentik... ).

Sejak  dari sekolah rendah (darjah satu).. memang cikgu selalu suka menampal hasil lukisanku di dinding kelas setiap kali, hinggakan aku tak puashati sebab tak dapat bawak balik nak tunjuk kat emak.. haha,,,

Di antara koleksi lukisan bunga rosku ( Yang lain banyak juga lukisan alam - full watercolour panting).. enjoy yer...takpelah walau apapun yang penting all these make me happy.. Jangan kecam yer..

Wednesday, April 15, 2020

DAUN KADUK



Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan, sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi. Kebiasannya daun kaduk digunakan dalam masakan melayu seperti dalam masak lemak, ataupun dijadikan juga sebagai ulam-ulaman.

Air rebusan akar pokok kaduk ini dapat membantu untuk melawaskan kencing, melegaakan batuk dan asam dan juga membantu untuk merawat jangkitan kulat pada kulit jari kaki.

Daun kaduk ini tumbuh meliar di kawasan yang lembap dan juga mudah untuk ditanam dan dijaga. Kaedah penanamannya adalah melalui keratan batang atau anak benih.

Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri seperti merawat 
kolestrol tinggi.  Caranya adalah dengan  mengambil 7 helai daun kadok, tuangkan air panas. Minum apabila air menjasi suam. Amalkan sehingga tahap kolesterol turun. Boleh juga dijadikan diamalkan daun kaduk sebagai ulam atau kerabu sahaja

Khasiat lain daun kadut :

  • merawat sembelit
  • sakit gigi
  • demam malaria
  • lemah dan sakit tulang
  • melawaskan kencing
  • melegakan selsema dan batuk
  • panau, bisul, kuku kena cagu ( tumbuk daun kaduk sampai hancur, lepastu sapu kat kawasan yang ada panau)
  • bagus untuk masalah usus yang nipis


*Khasiat akar & daun kaduk dapat merawat:

1) Air rebusannya diminum untuk tujuan merawat masalah penghadaman, melegakan sakit tulang, lenguh dan bisa badan, melegakan masalah angin dalam perut dan usus serta menurunkan suhu demam panas.
2) Daun kaduk yang ditumbuk lumat, ditampal dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sakit tulang atau dipupukkan pada bahagian yang dijangkiti panau.
3) Manakala akar kaduk boleh merawat sakit gigi & gusi. Tumbuk lumat dan tampal pada tempat yang sakit.
4) Air rebusan akar kaduk boleh digunakan untuk merendam kaki yang dijangkiti kulat.

Monday, April 13, 2020

Khasiat Pegaga / Centella asiatica

 Pegaga / Centella asiatica

Pegaga

Nama Saintifik     :    Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica
Nama Lain              :   Tapak Kuda(Indonesia),Indian
                                      :    Pennywort, Gotu Kola
Famili                        :   Apiaceae/Umbelliferae


Khasiat dan Kegunaan

-Mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksik.
-Di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. 
-Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. 
-Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal.
-Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
-Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. 
-Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.



Khasiat Jus Pegaga

-Membantu menyembuhkan luka dengan menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan di bahagian yang luka.

-Jus pegaga membantu mencegah kanser kulit yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran ultra unggu.

-Ia boleh meningkatkan kecerdasan minda dengan melindungi sel otak dari pendedahan toksik.

-Digunakan untuk merawat parut pembedahan dan kesan penegangan kulit sewaktu mengandung.

-Baik untuk para ibu yang baru melahirkan bayi dengan membantu mengekalkan kembali bentuk badan.

-Jus pegaga juga boleh digunakan untuk merawat ulser mulut.

-Daun pegaga yang dikisar dan kemudiannya dijadikan jus boleh digunakan untuk merawat demam panas.

-Membantu meredakan masalah penghadaman dan mengatasi masalah buasir.

-Jus pegaga juga dipercayai dapat membantu mencerdaskan mental dan emosi. Ia dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.

-Membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kulit dan tekanan darah tinggi.

-Mengurangkan tahap kolestrol dalam tubuh badan.

-Jus pegaga juga dapat menyejukkan badan dan menyegarkan tubuh.

-Dapat membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa.


Lain-lain khasiat ialah untuk mengurangkan masalah:

       -Pembengkakan Hati
-Demam, Campak
-Sakit Tekak, Batuk Kering,
-Asma, Brokitis, Pleuritis
-Radang Mata Merah
-Keputihan
-Tekanan Darah Tinggi
-Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
-Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
,
 
-Keracunan Makanan
-Batuk Darah, Muntah Darah
-Busung, bisul
-Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)

Tips mudah penanaman dan penjagaan pegaga

KHASIAT DAN KEBAIKAN DAUN PUDINA (MINT)



Daun pudina atau mint merupakan salah satu daun yang dikonsumsi di dalam pelbagai makanan. Pudina banyak digunakan sebagai ulam dalam laksa, pewangi untuk nasi briyani, juga sebagai ulam  sambal. Daun pudina juga boleh ditambahkan ke dalam air sirap kerana aromanya yang cukup harum. Rasanya yang unik dan aneh memiliki banyak manfaat . Daun mint umumnya diolah sebagai tambahan pasta atau bahkan ekstraknya ditambah pada minuman yang menyegarkan. Ada juga yang dicampurkan dengan smoothies.

Pudina dikatakan berkhasiat sebagai penawar lelah dan batuk. (Caranya, bersihkan 14 helai daun pudina dan ramas sedikit. Masukkan dalam cawan kaca tahan panas dan tambah air 3/4 penuh.  Masukkan gula batu. Masukkan cawan tersebut ke dalam periuk nasi letrik (nasi sedang mendidih dan bila cawan dimasukkan ia tidak tenggelam. Bila nasi sudah masak (air dah kering) keluarkan cawan dan biarkan sejuk. Keluarkan daun pudina dan minumlah air tersebut 3 hari berturut turut.

Perubatan cina menyebut pudina sebagai mempunyai ciri menyejukkan badan dan biasa digunakan untuk mengubat penyakit berkaitan paru-paru seperti demam selsema serta permulaan selsema, juga sesuai untuk membuang angin (juga gastrik. Caranya buatkan teh ‘O’ macam biasa, masukkan beberapa helai daun pudina, tutup cawan, selepas sekitar 5 minit, minum.) 

Untuk penyakit ruam kulit  dan juga jerawat. 
Caranya: buat jus pekat daun pudina, jadikan masker, untuk menjadikan kulit muka halus dan boleh atasi masalah gatal-gatal dan jerawat).

Untuk menghilangkan rasa mual dan sakit kepala (sapukan minyak yang dicampur daun pudina atau guna daun pudina segar dan hidu baunya), membantu mengubat kanser (enzim pada daun ini dikatakan dapat membantu melawan sel kanser dari terus merebak). Wallhualam!

18 Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina

1. Sebagai perangsang dan membantu proses penghadaman.
2. Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.
3. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
4. Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
5. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
6. Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.
7. Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
8. Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih yang membangkitkan selera anda.
9. Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
10. Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
11. Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
12. Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
13. Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya.
14. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
15. Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
16. Menjadi sumber galakan yang dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
17. Teh pudina boleh digunakan secara luaran untuk merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit.
18. Teh pudin adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).

Friday, April 10, 2020

KHASIAT POKOK KETUMPANG AIR / SIREH CINA



Ketumpang air atau sireh cina merupakan tanaman herba yang kaya dengan khasiat. Namun, ramai yang beranggapan tanaman ini adalah rumpai liar kerana ia tumbuh di celah-celah tanaman yang lain. Hakikatnya, tanaman herba ini mempunyai kandungan asid amino, lysine, leucine dan isoleucine yang tinggi dan pelbagai lagi. Antara penyakit yang berupaya dirawat dengan menjadikan pokok ketumpang air ini sebagai ramuan adalah seperti :

  •         Merawat gout
  •          Penawar sakit sendi dan sakit perut
  •          Jus perahannya mampu megelakkan jangkitan pada mata
  •          Mengubati dan meredakan cirit-birit
  •          Meredakan batuk
  •        Meredakan demam (ramas dengan sedikit air, sapukan di kepala)
  •         Merawat buasir
  •          Melegakan selsema
  •          Merawat jangkitan pada pundi kencing
  •          Merawat kayap
  •          Altenatif rawatan kepada ubatan penyakit darah tinggi
  •         Merawat kencing manis

Merawat sakit kepala ketika demam
Sediakan 15 helai daun ketumpang air dan dicuci sehingga bersih. Kemudian, tumbuk sehigga lumat. Tempelkan ramuan tersebut pada bahagian dahi pesakit. Cara lain, rebus 2 pokok ketumpang air yang telah dibersihkan bersama 300 ml air. Saiz pokok yan sesuai antara 7 hingga 10 cm tinggi. Apabila air rebusan tersisa sebanyak 1 gelas, tutup api dapur dan biarkan seketika sebelum ditapis dan diminum. Amalkan sehari dua kali sehingga pulih.

Merawat bisul, jerawat dan penyakit kulit
Sediakan dua rumpun pokok ketumpang air berukuran 7 hingga 10 cm tinggi dan dicuci sehingga bersih. Rebus dengan 300 ml air sehingga tersisa satu gelas air. Minum air rebusan ketika masih hangat atau panas (suam). Diamalkan dua kali sehari dalam kadar yang sama setiap hari.

Sakit Perut
Sediakan beberapa rumpun pokok ketumpang air dan dicuci sehingga bersih. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan sediakan sehelai kain untuk perahan. Minum air perahan tersebut.

Mengubati luka terbakar atau melecur
Sediakan beberapa rumpun pokok secukupnya bergantung kepada keperluan saiz luka. Bersihkan dan tumbuk pokok ketumpang air tersebut sehingga lumat. Tempelkan bahan yang telah dilumatkan tadi pada permukaan luka da tutup dengan kain. Iarkan tempelan luka sepenuhnya dan ulang beberapa kali sehingga luka tersebut betul-betul sembuh.

Merawat buah pinggang
Sediakan dua rumpun pokok ketumpang air berukuran 7 hingga 10 cm dan dicuci sehingga bersih. Rebus dengan 300ml air sehingga tersisa segelas air. Minum air rebusan ketika masih panas (suam). Amalkan dua kali sehari dalam kadar yang sama setiap hari. Perlu membuat ramuan yang baru setiap kali melakukan pengubatan.

Selain itu, anda boleh menghasilkan beberapa resepi menarik untuk mendapatkan khasiat yang baik daripada daun ketumpang air seperti tumis air, goreng belacan. Rasanya enak seperti kangkung atau dijadikan sebagai ulam.

Maka, selepas ini jika ternampak tanaman ini tumbuh di dalam pasu atau di atas batas tanaman, jangan dibuang. Sebaliknya, tanam tanaman ini kerana ia sangat bemanfaat dan amat mudah dibiakkan.


Tambahan :

Pokok ini dengan nama saintifiknya Gynura Procumbeus ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran dengan paya. Untuk mengetahui kelebihannya, anda cuma perlu memakan satu atau dua keping daunnya pada setiap hari sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam ketika makan.

Pengambilan pucuk daun ini adalah lebih baik kerana rasanya lebih lemak berbanding daun matang. Anda boleh makan pucuk daun sirih Cina ini begitu sahaja dan diamalkan terutamanya di kalangan pesakit migraine pada setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya.

Bagi sesetengah orang, sakit kepala mungkin menyerang sehingga menyebabkan tekanan perasaan yang serius disamping boleh memberi kesan buruk terhadap penghidapnya. Ini termasuklah kecenderungan bertindak di luar jangkaan seperti menghantuk kepala ke dinding, menjerit sekuat hati, membaling objek dan lain-lain perbuatan yang menggambarkan perasaan yang kurang selesa terhadap persekitarannya.

Kebiasaannya, mereka yang menghidap sakit kepala atau pening Cuma memakan pil paracetamol atau ubat-ubatan yang dibeli difarmasi untuk melegakan kesakitan. Bagaimanapun, pokok herba ini dipercayai mempunyai khasiat yang mampu mencegah dan menghilangkan sakit kepala atau mengurangkan tahap serangannya.

Berdasarkan pengalaman beberapa orang pengamal kaedah ini, kandungan daun tersebut dipercayai mampu menghilangkan sakit kepala atau pun mencegahnya daripada menyerang. 

Selain itu, bagi pesakit darah tinggi, pemakanan daun ini mampu mengurangkan kadar tekanan darah tinggi dan sekaligus mengatasi komplikasi sakit kepala.

Pokok Sirih Cina mudah hidup jika ditanam, malah boleh dijadikan hiasan untuk menambahkan lagi keindahan landskap di hadapan rumah. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti pokok-pokok hiasan yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan ia mati. 

Pokok Sirih Cina ini lebih baik ditanam sendiri bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan daun yang mencukupi untuk dimakan pada setiap hari.

 In shaa Allah anda akan merasai kesan positifnya.

Wednesday, April 8, 2020

LIMAU NIPIS VS LEMON


Limau


Limau adalah sejenis buah sitrus yang biasa dijadikan bahan penambah perasa di dalam masakan masyarakat kita yang juga popular di negara luar seperti Thailand, Vietnam, India dan Mexico. Buah sitrus ini mempunyai pelbagai jenis seperti limau nipis, limau kasturi, limau bali, limau gedang dan selalunya lebih kecil dan kurang masam berbanding buah lemon.

  • Sebiji buah sitrus ini boleh menyediakan 32 peratus vitamin C yang diperlukan dalam masa satu hari
  • 'Nutrisi' nya boleh menggalakkan kesihatan kulit dan jantung selain mampu membantu mengurangkan risiko asma
  • Jusnya boleh dibuat bahan penambah perasa minuman serta pencuci pinggan mangkuk
  • Sebelum menggunakannya, pastikan anda membasuh kulit luar buah sitrus ini terlebih dahulu 

Lemon

Lemon adalah sejenis buah sitrus yang juga biasa dijadikan bahan penambah perasa di dalam makanan atau minuman, namun lebih popular sebagai herba dan rempah. Ini mungkin disebabkan oleh rasanya yang sangat masam dan kuat.
Seperti yang diketahui umum, lemon merupakan sumber vitamin C yang sangat bagus. Ada satu kajian lama yang mendapati ia mampu membantu merawat penyakit scurvy. Pada 1747, James Lind mendapati bahawa ramai kelasi kapalnya yang menghidapi penyakit ini. Pelbagai ikhtiar telah dilakukan dan akhirnya beliau mendapati lemon adalah jawapannya.

  • Buah sitrus ini sangat tinggi kandungan vitamin C selain bersifat antioksidan
  • Disebabkan itu, ia mampu menghasilkan kolagen yang bagus untuk kesihatan kulit selain mampu membantu mencegah kanser
  • Jusnya boleh digunakan sebagai bahan penambah perasa minuman, salad dan pelbagai pencuci mulut
  • Sebelum menggunakannya, pastikan anda membasuh kulit luar buah sitrus ini terlebih dahulu 

Limau vs lemon

-Meskipun nama kedua-dua buah sitrus ini seringkali kita salah erti, buah limau (citrus aurantifolia) sebenarnya mempunyai beberapa perbezaan yang agak ketara dengan buah lemon (citrus limon) yang mungkin kita belum tahu.

-Kedua-duanya berbeza secara genetiknya walau saling berkait rapat. Ada pakar yang berpendapat bahawa lemon adalah diperbuat daripada hibrid buah limau dengan buah sitron, iaitu sejenis buah sitrus yang besar dengan kulit yang tebal. Namun, ia hanya merupakan teori yang ternyata belum terbukti. 

-Kedua-duanya adalah dikategorikan sebagai buah sitrus sama  seperti strawberi, kiwi, belimbing, oren, sitron dan lain-lain. Kedua-dua buah sitrus ini adalah sangat popular di persada dunia namun lebih banyak ditemui di kawasan tropika dan subtropika.

-Limau adalah sejenis buah sitrus yang mempunyai pelbagai jenis di dunia ini seperti limau nipis, limau kasturi, limau gedang dan berbagai lagi. Sementara itu, lemon pula tidak mempunyai banyak jenis dan merupakan natif dari kawasan Asia.

-Pun begitu, kedua-duanya adalah berasal dari keluarga sitrus yang sama. Dari segi luarannya, ia memang agak jauh berbeza ekoran bentuk, warna dan teksturnya yang masing-masingnya adalah sangat unik dan menarik. 

-Minyak patinya pula selalu digunakan untuk tujuan kosmetik dan perubatan disebabkan oleh sifatnya yang sebenarnya mengandungi ciri antibakteria dan bau yang wangi.

Kandungan nutrisi

Berikut merupakan kandungan nutrisi bagi setiap 100 gram atau 3.5 auns kedua-dua buah sitrus ini:

Limau
Lemon



Kalori
30
29
Karbohidrat
11 gram
9 gram
Serat
3 gram
3 gram
Lemak
0 gram
0 gram
Protein
1 gram
1 gram
Vitamin C
48% RDI
88% RDI
Zat besi
3% RDI
3% RDI
Potasium
3% RDI
4% RDI
Vitamin B6
2% RDI
4% RDI
Vitamin B9
2% RDI
3% RDI

Kandungan nutrisinya  lebih kurang sama, terdapat sedikit sahaja perbezaan bagi kandungan kalorikarbohidrat, potasium, vitamin B6 dan vitamin B9. 
Kedu-duanya adalah sama kandungan serat, lemak, protein dan zat besi.
Perbezaan yang ketara adalah kandungan vitamin C , lemon jauh lebih tinggi kandungan vitamin C berbanding limau.  

Kandungan asid
Selain itu, kita juga perlu tahu bahawa terdapat sedikit perbezaan di dalam kadar pH di antara kedua-dua buah sitrus ini, iaitu:
  • Limau: kadar pH adalah dalam linkungan 2.00 ke 2.35
  • Lemon: kadar ph adalah dalam lingkungan 2.00 ke 2.60
Ini menunjukkan bahawa lemon adalah sedikit berasid berbanding dengan limau.

Manfaatnya terhadap kesihatan

Kedua-dua buah sitrus ini  mempunyai sejarah yang sangat panjang di dalam perubatan tradisional. Kedua-duanya mempunyai kandungan antioksida, vitamin dan mineral yang sangat tinggi dan penting untuk kesihatan. Berikut merupakan manfaat buah-buah sitrus ini terhadap kesihatan individu:

1. Membantu menguatkan imuniti
Kaya dengan kandungan vitamin C atau dengan nama asid askorbik yang mampu membantu menguatkan sistem imun.  Vitamin yang sangat kritikal ini mampu merangsang penghasilan sel darah putih yang merupakan lapisan pertahanan yang pertama buat tubuh badan apabila diserang oleh apa-apa jenis jangkitan atau penyakit.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh pihak International Antioxidant Research Centre yang bertempat di King’s College, London, vitamin C dan zat besi yang wujud di dalam buah-buahan sitrus ini mampu mengelakkan kerosakan DNA di dalam sel-sel yang sihat. 

2. Membantu melancarkan penyembuhan
Vitamin C yang buah sitrus ini berperanan yang sangat kritikal di dalam penghasilan kolagen. Ia sangat diperlukan untuk pertumbuhan  dan pembangunan otot, sel kulit, tisu dan tulang pada tubuh badan kita. Tanpanya, tahap penyembuhan penyakit atau jangkitan mahupun kecederaan akan menjadi sedikit perlahan.

3. Membantu membaikpulih sistem penghadaman
Menurut Dr. Sherry Tanumihardjo dari Universiti Wisconsin-Madison, buah sitrus ini  sebenarnya merupakan sumber serat yang bagus. Menerusi kajiannya , sifat buah sitrus kaya serat ini sangat bagus untuk sistem penghadaman kerana ia dapat melegakan sembelit, menyingkirkan gas dan angin di dalam perut.
3 gram serat yang terdapat dalam buah-buah sitrus ini mewakili sekurang-kurangnya 10 peratus pengambilan serat harian yang dicadangkan. Pun begitu, rasanya yang masam mungkin tidak membenarkan anda merealisasikannya. Jadi, cuba campurkan ia ke dalam masakan anda agar rasanya tidak terlalu ketara.

4. Membantu melancarkan pengaliran darah
Mengandungi zat besi yang sangat tinggi,  elemen penting di dalam hemoglobin. Tanpa paras zat besi yang betul, individu mungkin akan mengalami anemia. Simptomnya anemia adalah lemah, letih, keliru dan sukar untuk tidur.

5. Membantu mengurangkan berat badan
Hampir kesemua buah sitrus mengandungi kandungan serat yang sangat tinggi dan kalorinya yang rendah adalah sangat sesuai untuk individu yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Sama ada ia digunakan sebagai bahan penambah perasa makanan atau minuman, ia sudah pasti boleh membantu mengurangkan berat badan anda.

6. Aktiviti antioksidan
Mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, di samping penambahan vitamin C, yang boleh memberi kesan kepada radikal bebas. Menurut beberapa kajian yang lepas, buah-buahan ini mampu merendahkan tahap stress oksidatif sekali gus mengurangkan risiko penyakit yang kronik seperti kanser.

Penggunaannya
- Terdapat banyak makanan dan minuman yang mengandungi limau dan lemon kerana rasanya yang masam dan kuat. Ianya sebagai bahan penambah perasa yang sangat popular di seantero dunia. Contohnya untuk membuat sos dan kuah

-Dicampurkan dengan bawang putih, cili dan lada juga merupakan kombinasi yang sangat bagus untuk memeram daging, ikan atau ayam.

-Juga merupakan tambahan yang bagus untuk minuman tidak kira sejuk atau panas. Sebagai contoh, ia sangat sesuai untuk ditambah ke dalam air untuk membuat air yang mempunyai rasa ‘sitrus’ seperti di dalam teh O.  

-Kerana kandungan asidnya yang tinggi, ianya sangat efektif untuk membunuh bakteria. Lantaran itu, banyak produk pencuci seperti pencuci pinggan mangkuk diperbuat daripadanya termasuklah peluntur.

-Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa minyak pati daripada buah-buahan sitrus boleh meningkatkan keadaan kesihatan mental melalui proses pernafasan aromaterapi. Sifatnya yang antimikrobia juga mampu mengurangkan inflamasi kulit. 

Risikonya

-Secara keseluruhannya, kedua-duanya adalah selamat untuk diambil dan dimakan oleh individu. Walau bagaimanapun ia boleh mengakibatkan rasa yang sakit atau pedih jika terkena pada luka terutamanya ulser yang terdapat di dalam mulut.

-Kandungan asidnya yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah gastrik dan pedih hulu hati atau apa-apa masalah penghadaman yang lain terutamanya kepada individu yang pernah mempunyai masalah gastroesophageal reflux disease (GERD).

-Selain itu, ia juga sebenarnya adalah agak berbahaya kepada kesihatan oral. Jika diambil pada jumlah yang banyak, ia mampu menghakis enamel gigi lantas mengakibatkan kaviti.

-Pernahkah anda menggunakan produk pencuci yang mengandungi buah sitrus di dalamnya dan anda mendapati tangan anda mengalami iritasi? Ini adalah disebabkan tahap keasidannya, oleh itu gunakan sarung tangan dan elakkan sentuhan secara langsung ke kulit.

Kesimpulan :

Keduanya mempunyai kandungan nutrisi yang lebih kurang sama sahaja. Bezanya kandungan vitamin C yang jauh berbeza. Pun begitu, masing-masing mempunyai keupayaan tersendiri yang unik dan menarik.
Limau mungkin kurang kandungan vitamin C namun ia sangat banyak digunakan dalam makanan dan minuman.

Sumber :