Daun pudina atau mint merupakan salah satu daun
yang dikonsumsi di dalam pelbagai makanan. Pudina banyak digunakan sebagai ulam dalam
laksa, pewangi untuk nasi briyani, juga sebagai ulam sambal. Daun pudina
juga boleh ditambahkan ke dalam air sirap kerana aromanya yang cukup harum.
Rasanya yang unik dan aneh memiliki banyak manfaat . Daun
mint umumnya diolah sebagai tambahan pasta atau bahkan ekstraknya ditambah
pada minuman yang menyegarkan. Ada juga yang dicampurkan dengan smoothies.
Pudina dikatakan berkhasiat sebagai penawar lelah
dan batuk. (Caranya, bersihkan 14 helai daun pudina dan ramas sedikit. Masukkan
dalam cawan kaca tahan panas dan tambah air 3/4 penuh. Masukkan gula batu. Masukkan cawan
tersebut ke dalam periuk nasi letrik (nasi sedang mendidih dan bila cawan
dimasukkan ia tidak tenggelam. Bila nasi sudah masak (air dah kering) keluarkan
cawan dan biarkan sejuk. Keluarkan daun pudina dan minumlah air tersebut 3 hari
berturut turut.
Perubatan cina menyebut pudina sebagai mempunyai
ciri menyejukkan badan dan biasa digunakan untuk mengubat penyakit berkaitan
paru-paru seperti demam selsema serta permulaan selsema, juga sesuai untuk
membuang angin (juga gastrik. Caranya buatkan teh ‘O’ macam biasa, masukkan
beberapa helai daun pudina, tutup cawan, selepas sekitar 5 minit, minum.)
Untuk penyakit ruam kulit dan juga jerawat.
Caranya: buat jus pekat daun pudina, jadikan masker, untuk menjadikan kulit muka halus dan boleh atasi masalah gatal-gatal dan jerawat).
Untuk menghilangkan rasa mual dan sakit kepala (sapukan minyak yang dicampur daun pudina atau guna daun pudina segar dan hidu baunya), membantu mengubat kanser (enzim pada daun ini dikatakan dapat membantu melawan sel kanser dari terus merebak). Wallhualam!
Untuk penyakit ruam kulit dan juga jerawat.
Caranya: buat jus pekat daun pudina, jadikan masker, untuk menjadikan kulit muka halus dan boleh atasi masalah gatal-gatal dan jerawat).
Untuk menghilangkan rasa mual dan sakit kepala (sapukan minyak yang dicampur daun pudina atau guna daun pudina segar dan hidu baunya), membantu mengubat kanser (enzim pada daun ini dikatakan dapat membantu melawan sel kanser dari terus merebak). Wallhualam!
18 Khasiat Dan Kebaikan Daun Pudina
1. Sebagai perangsang dan membantu proses
penghadaman.
2. Bertindak sebagai antiseptik, antiparasit dan
antivirus.
3. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan
mengeluarkan peluh.
4. Daun pudina digunakan untuk membuat ubat sapu
untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan.
5. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina
boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan tumpuan.
6. Ekstrak daun pudina digunakan dalam pembuatan
ubat gigi mampu menyegarkan nafas anda.
7. Jus daun ini segar dan boleh ditambah dalam
minuman lain dan dijadikan perisa ais krim.
8. Daun yang segar ini juga enak dimakan mentah
sebagai ulam-ulaman atau bersama sambal belacan dan nasi putih yang membangkitkan selera anda.
9. Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan
kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman
lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
10. Teh herba baik untuk kesihatan sindrom
gangguan perut. Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan
dan angin perut.
11. Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan
sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
12. Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan
kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina
bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
13. Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu
kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama,
hidung berair, paru paru dan sebagainya.
14. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok
dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
15. Pudina melegakan kekejangan dibahagian
peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
16. Menjadi sumber galakan yang dapat
membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak
dan kesakitan pada dada.
17. Teh pudina boleh digunakan secara luaran untuk merawat
gatal gatal kulit, luka, jangkitan, athlete’s foot, dan banyak
lagi masalah kulit.
18. Teh pudin adalah diantara rawatan yang amat
berkesan merawat bau nafas (halitosis).
mari gabung bersama kami di Aj0QQ*co
ReplyDeleteBONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
BONUS REFERAL 20% seumur hidup.