Limau
Limau adalah sejenis buah sitrus yang biasa
dijadikan bahan penambah perasa di dalam masakan masyarakat kita yang juga popular di negara luar seperti Thailand, Vietnam, India dan Mexico. Buah sitrus ini mempunyai pelbagai jenis seperti limau
nipis, limau kasturi, limau bali, limau gedang dan selalunya lebih kecil
dan kurang masam berbanding buah lemon.
- Sebiji
buah sitrus ini boleh menyediakan 32 peratus vitamin C yang diperlukan
dalam masa satu hari
- 'Nutrisi' nya boleh menggalakkan kesihatan kulit dan jantung selain
mampu membantu mengurangkan risiko asma
- Jusnya
boleh dibuat bahan penambah perasa minuman serta pencuci pinggan mangkuk
- Sebelum
menggunakannya, pastikan anda membasuh kulit luar buah sitrus ini terlebih
dahulu
Lemon
Lemon adalah sejenis buah sitrus yang juga biasa
dijadikan bahan penambah perasa di dalam makanan atau minuman, namun lebih
popular sebagai herba
dan rempah. Ini mungkin disebabkan oleh rasanya yang sangat masam dan kuat.
Seperti yang diketahui umum, lemon merupakan
sumber vitamin C yang sangat bagus. Ada satu kajian lama yang mendapati ia
mampu membantu merawat penyakit scurvy. Pada 1747, James Lind mendapati bahawa
ramai kelasi kapalnya yang menghidapi penyakit ini. Pelbagai ikhtiar telah
dilakukan dan akhirnya beliau mendapati lemon adalah jawapannya.
- Buah
sitrus ini sangat tinggi kandungan vitamin C selain bersifat antioksidan
- Disebabkan
itu, ia mampu menghasilkan kolagen yang
bagus untuk kesihatan kulit selain mampu membantu mencegah kanser
- Jusnya
boleh digunakan sebagai bahan penambah perasa minuman, salad dan
pelbagai pencuci mulut
- Sebelum
menggunakannya, pastikan anda membasuh kulit luar buah sitrus ini terlebih
dahulu
Limau vs lemon
-Meskipun nama kedua-dua buah sitrus ini
seringkali kita salah erti, buah limau (citrus aurantifolia) sebenarnya
mempunyai beberapa perbezaan yang agak ketara dengan buah lemon (citrus
limon) yang mungkin kita belum tahu.
-Kedua-duanya berbeza secara genetiknya walau
saling berkait rapat. Ada pakar yang berpendapat bahawa lemon adalah diperbuat
daripada hibrid buah limau dengan buah sitron, iaitu sejenis buah sitrus yang
besar dengan kulit yang tebal. Namun, ia hanya merupakan teori yang ternyata
belum terbukti.
-Kedua-duanya adalah dikategorikan sebagai buah
sitrus sama seperti strawberi,
kiwi, belimbing, oren, sitron dan lain-lain. Kedua-dua buah sitrus ini adalah
sangat popular di persada dunia namun lebih banyak ditemui di kawasan tropika
dan subtropika.
-Limau adalah sejenis buah sitrus yang mempunyai
pelbagai jenis di dunia ini seperti limau nipis, limau kasturi, limau gedang
dan berbagai lagi. Sementara itu, lemon pula tidak mempunyai banyak jenis dan
merupakan natif dari kawasan Asia.
-Pun begitu, kedua-duanya adalah berasal dari
keluarga sitrus yang sama. Dari segi luarannya, ia memang agak jauh berbeza
ekoran bentuk, warna dan teksturnya yang masing-masingnya adalah sangat unik
dan menarik.
-Minyak patinya pula selalu digunakan untuk
tujuan kosmetik dan
perubatan disebabkan oleh sifatnya yang sebenarnya mengandungi ciri
antibakteria dan bau yang wangi.
Kandungan nutrisi
Berikut merupakan kandungan nutrisi bagi
setiap 100 gram atau 3.5 auns kedua-dua buah sitrus ini:
|
Kandungan nutrisinya lebih kurang sama, terdapat sedikit sahaja perbezaan bagi
kandungan kalori, karbohidrat,
potasium, vitamin B6 dan vitamin B9.
Kedu-duanya adalah sama kandungan serat, lemak, protein dan zat besi.
Kedu-duanya adalah sama kandungan serat, lemak, protein dan zat besi.
Perbezaan yang ketara adalah kandungan
vitamin C , lemon jauh lebih tinggi kandungan
vitamin C berbanding limau.
Kandungan asid
Selain itu, kita juga perlu tahu bahawa terdapat
sedikit perbezaan di dalam kadar pH di antara kedua-dua buah sitrus ini, iaitu:
- Limau:
kadar pH adalah dalam linkungan 2.00 ke 2.35
- Lemon:
kadar ph adalah dalam lingkungan 2.00 ke 2.60
Ini menunjukkan bahawa lemon adalah sedikit berasid
berbanding dengan limau.
Manfaatnya terhadap kesihatan
Kedua-dua buah sitrus ini mempunyai
sejarah yang sangat panjang di dalam perubatan tradisional. Kedua-duanya
mempunyai kandungan antioksida, vitamin
dan mineral yang sangat tinggi dan penting untuk kesihatan. Berikut
merupakan manfaat buah-buah sitrus ini terhadap kesihatan individu:
1. Membantu menguatkan imuniti
Kaya dengan kandungan vitamin C atau dengan nama
asid askorbik yang mampu membantu menguatkan sistem imun. Vitamin yang sangat kritikal ini mampu
merangsang penghasilan sel darah putih yang merupakan lapisan pertahanan yang
pertama buat tubuh badan apabila diserang oleh apa-apa jenis jangkitan atau
penyakit.
Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh
pihak International Antioxidant Research Centre yang bertempat
di King’s College, London, vitamin C dan zat besi yang wujud di
dalam buah-buahan sitrus ini mampu mengelakkan kerosakan DNA di dalam sel-sel
yang sihat.
2. Membantu melancarkan penyembuhan
Vitamin C yang buah sitrus ini berperanan yang
sangat kritikal di dalam penghasilan kolagen.
Ia sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembangunan otot, sel kulit, tisu dan
tulang pada tubuh badan kita. Tanpanya, tahap penyembuhan penyakit atau
jangkitan mahupun kecederaan akan menjadi sedikit perlahan.
3. Membantu membaikpulih sistem
penghadaman
Menurut Dr. Sherry Tanumihardjo dari Universiti
Wisconsin-Madison, buah sitrus ini sebenarnya merupakan sumber serat yang
bagus. Menerusi kajiannya , sifat buah sitrus kaya serat ini sangat bagus untuk
sistem penghadaman kerana ia dapat melegakan sembelit, menyingkirkan gas dan
angin di dalam perut.
3 gram serat yang terdapat dalam buah-buah sitrus
ini mewakili sekurang-kurangnya 10 peratus pengambilan serat harian yang
dicadangkan. Pun begitu, rasanya yang masam mungkin tidak membenarkan anda
merealisasikannya. Jadi, cuba campurkan ia ke dalam masakan anda agar rasanya
tidak terlalu ketara.
4. Membantu melancarkan pengaliran
darah
Mengandungi zat
besi yang sangat tinggi, elemen
penting di dalam hemoglobin. Tanpa paras zat besi yang betul, individu mungkin
akan mengalami anemia. Simptomnya anemia adalah lemah, letih, keliru dan sukar
untuk tidur.
5. Membantu mengurangkan berat badan
Hampir kesemua buah sitrus mengandungi kandungan
serat yang sangat tinggi dan kalorinya yang rendah adalah sangat sesuai untuk
individu yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Sama ada ia digunakan
sebagai bahan penambah perasa makanan atau minuman, ia sudah pasti boleh
membantu mengurangkan berat badan anda.
6. Aktiviti antioksidan
Mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, di
samping penambahan vitamin C, yang boleh memberi kesan kepada radikal bebas.
Menurut beberapa kajian yang lepas, buah-buahan ini mampu merendahkan tahap
stress oksidatif sekali gus mengurangkan risiko penyakit yang kronik
seperti kanser.
Penggunaannya
- Terdapat banyak makanan dan minuman yang
mengandungi limau dan lemon kerana rasanya yang masam dan kuat. Ianya sebagai
bahan penambah perasa yang sangat popular di seantero dunia. Contohnya untuk
membuat sos dan kuah
-Dicampurkan dengan bawang putih, cili dan lada
juga merupakan kombinasi yang sangat bagus untuk memeram daging, ikan atau
ayam.
-Juga merupakan tambahan yang bagus untuk minuman
tidak kira sejuk atau panas. Sebagai contoh, ia sangat sesuai untuk ditambah ke
dalam air untuk membuat air yang mempunyai rasa ‘sitrus’ seperti di dalam teh
O.
-Kerana kandungan asidnya yang tinggi, ianya
sangat efektif untuk membunuh bakteria. Lantaran itu, banyak produk pencuci
seperti pencuci pinggan mangkuk diperbuat daripadanya termasuklah peluntur.
-Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa minyak
pati daripada buah-buahan sitrus boleh meningkatkan keadaan kesihatan mental
melalui proses pernafasan aromaterapi. Sifatnya yang antimikrobia juga mampu
mengurangkan inflamasi kulit.
Risikonya
-Secara keseluruhannya, kedua-duanya adalah
selamat untuk diambil dan dimakan oleh individu. Walau bagaimanapun ia boleh
mengakibatkan rasa yang sakit atau pedih jika terkena pada luka
terutamanya ulser yang
terdapat di dalam mulut.
-Kandungan asidnya yang tinggi juga boleh
menyebabkan masalah gastrik dan
pedih hulu hati atau apa-apa masalah penghadaman yang lain terutamanya kepada
individu yang pernah mempunyai masalah gastroesophageal reflux disease (GERD).
-Selain itu, ia juga sebenarnya adalah agak
berbahaya kepada kesihatan oral.
Jika diambil pada jumlah yang banyak, ia mampu menghakis enamel gigi lantas
mengakibatkan kaviti.
-Pernahkah anda menggunakan produk pencuci yang
mengandungi buah sitrus di dalamnya dan anda mendapati tangan anda mengalami
iritasi? Ini adalah disebabkan tahap keasidannya, oleh itu gunakan sarung
tangan dan elakkan sentuhan secara langsung ke kulit.
Kesimpulan :
Keduanya mempunyai kandungan nutrisi yang lebih
kurang sama sahaja. Bezanya kandungan vitamin C yang jauh berbeza. Pun begitu,
masing-masing mempunyai keupayaan tersendiri yang unik dan menarik.
Limau mungkin kurang kandungan vitamin C namun ia
sangat banyak digunakan dalam makanan dan minuman.
Sumber :
No comments:
Post a Comment