Ini adalah koleksi bunga ros yang diimport dari Thailand. Akak nursey bagitau yang jenis ni mudah hidup dan sesuaikan dengan cuaca tempat kita.
Kalau yang beli kat Cameron tu ambil masa sebulan atau lebih untuk jadi subur kerana terbiasa dengan cuaca dingin. Dalam tempoh sebulan tu daun mula luruh atau menguning kerana perubahan cuaca dan suhu. Tapi jangan risau ianya akan ok cuma pastikan ia berada di tempat yang sesuai. Jangan terlalu terdedah pada panas terik. Nanti ia 'merajuk'. Sila rujuk bunga ros Cameron
Gambar dibawah : 24 Februari 2015
Gambar dibawah : 25 Februari 2015
Gambar dibawah : 26 Februari 2015
Nampak seperti bunga ros yang dwicolour pink-putih tak banyak perubahan pada kelopaknya kan berbanding ros kuning yang mula berubah bentuk. Maknanya ros yang dwicolour tu lebih lama bertahan.
No comments:
Post a Comment