Thursday, February 26, 2015

Bunga ros dari Cameron


Ini adalah kisah pengalamanku  sendiri membeli pohon bunga ros Cameron Highland.

Aku membeli  2 jenis bunga ros yang berlainan warna  pada bulan Disember 2013. Bunganya memang sangat lawa. Tapi bila habis jer bunga  tu pohon jadi tak subur lagi, daun mengering dan gugur. Tapi setelah  menjaganya dengan sabar ianya mula mengeluarkan tunas  baru dan menghijau kembali serusnya berbunga. Alhamdulillah ianya subur kembali 

Di bawah gambar bunga ros selepas 2-3 hari beli :
04 Disember 2013







Setelah  beberapa bulan menyesuaikan diri pohon bunga ros kesayangan pun mula berbunga kembali. Perhatikan daunnya dan bunganya pun berbeza :

Gambar di bawah : 10 Februari 2014

                                     
Gambar di bawah : 15 Februari 2014


Gambar di bawah : 17 Februari 2014



Gambar di bawah : 18 dan 19 Februari 2014


Aku meletaknya di  dalam pasu di atas beranda hadapan kerana boleh intai-intai selalu. Lokasi ini sebenarnya hanya mendapat cahaya matahari pagi kerana berada di bawah porch kereta yang mengadap matahari naik. Bila nampak daun agak merimbun aku alihkan pasu ke tepi pagar. Aku memikirkan mungkin ianya memerlukan kawasan yang lebih luas dan mendapat lebih cahaya matahari. Rupanya sangkaanku meleset kerana selepas itu daunnya jadi kasat dan nampak kekeringan...pohonnya tidak lagi subur dan tak berbunga. Memang ia tak suka berada di situ agaknya (tak sesuai). Baru minggu lepas aku alihkan semula ke tempat asal. Tunas baru mula keluar semula. Daun mula menghijau kembali...nanti update lagi perkembangan terbaru..today 26 Februari 2015. Noted.







No comments:

Post a Comment