Thursday, February 26, 2015

Bunga ros dari Cameron


Ini adalah kisah pengalamanku  sendiri membeli pohon bunga ros Cameron Highland.

Aku membeli  2 jenis bunga ros yang berlainan warna  pada bulan Disember 2013. Bunganya memang sangat lawa. Tapi bila habis jer bunga  tu pohon jadi tak subur lagi, daun mengering dan gugur. Tapi setelah  menjaganya dengan sabar ianya mula mengeluarkan tunas  baru dan menghijau kembali serusnya berbunga. Alhamdulillah ianya subur kembali 

Di bawah gambar bunga ros selepas 2-3 hari beli :
04 Disember 2013







Setelah  beberapa bulan menyesuaikan diri pohon bunga ros kesayangan pun mula berbunga kembali. Perhatikan daunnya dan bunganya pun berbeza :

Gambar di bawah : 10 Februari 2014

                                     
Gambar di bawah : 15 Februari 2014


Gambar di bawah : 17 Februari 2014



Gambar di bawah : 18 dan 19 Februari 2014


Aku meletaknya di  dalam pasu di atas beranda hadapan kerana boleh intai-intai selalu. Lokasi ini sebenarnya hanya mendapat cahaya matahari pagi kerana berada di bawah porch kereta yang mengadap matahari naik. Bila nampak daun agak merimbun aku alihkan pasu ke tepi pagar. Aku memikirkan mungkin ianya memerlukan kawasan yang lebih luas dan mendapat lebih cahaya matahari. Rupanya sangkaanku meleset kerana selepas itu daunnya jadi kasat dan nampak kekeringan...pohonnya tidak lagi subur dan tak berbunga. Memang ia tak suka berada di situ agaknya (tak sesuai). Baru minggu lepas aku alihkan semula ke tempat asal. Tunas baru mula keluar semula. Daun mula menghijau kembali...nanti update lagi perkembangan terbaru..today 26 Februari 2015. Noted.







Wednesday, February 25, 2015

Bunga Ros kembang lagi..

Ini adalah koleksi bunga ros yang diimport dari Thailand. Akak nursey bagitau yang jenis ni mudah hidup dan sesuaikan dengan cuaca tempat kita. 

Kalau yang beli kat Cameron tu ambil masa sebulan atau lebih untuk jadi subur kerana terbiasa dengan cuaca dingin. Dalam tempoh sebulan tu daun mula luruh atau menguning kerana perubahan cuaca dan suhu. Tapi jangan risau ianya akan ok cuma pastikan  ia berada di tempat yang sesuai. Jangan terlalu terdedah pada panas terik. Nanti ia 'merajuk'. Sila rujuk bunga ros Cameron

Gambar dibawah : 24 Februari 2015



                                        

Gambar dibawah : 25 Februari 2015

   




Gambar dibawah : 26 Februari 2015






Nampak seperti bunga ros yang dwicolour pink-putih tak banyak perubahan pada kelopaknya kan berbanding ros kuning yang mula berubah bentuk.  Maknanya ros yang dwicolour tu lebih lama bertahan.

                                     

                         

                             

Wednesday, February 18, 2015

Koleksi Orkid Kesayangan

Antara koleksi orkid kesayangan yang sempat dirakamkan gambar

orkid vanda




































lihat update