Wednesday, February 23, 2022

Kaedah Memberi Salam Memetik Daun

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ



Dalam disiplin ‘Perubatan Islam’, tunjang utamanya ialah mempercayai dan meyakini bahawa Allah jua yang menurunkan penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan penyakit. Namun begitu, dalam ikhtiar merawat penyakit, tidak sekadar berdoa sahaja tetapi juga menggunakan herba-herba terpilih yang bersesuaian untuk mengubati penyakit. Salah satu herba yang biasa digunakan ialah daun.

Adab Memetik Daun

Untuk memetik daun sebagai bahan ubat, ada adab-adab tertentu yang perlu dijaga agar keberkesanan ubat itu terpelihara. Walaupun kita berurusan dengan daun sekalipun, namun sedarlah bahawa ia juga makhluk Allah.


Asalnya bebas saja nak petik daun untuk buat ubat akan tetapi ada beberapa kaedah dipertunjukkan oleh para tabib Islam. Ada bermacam-macam cara. Antaranya:

1) Daun dipetik dalam keadaan menghadap kiblat.  
- Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam)
-Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.

2) Mula-mula hendaklah membaca dua kalimah syahadah, diikuti dengan membaca:

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله
"Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah 
dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
"aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam."


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
“Dengan  nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

3) Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
"Selawat dan salam yang sempurna dipanjatkan ke atas Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam dan ke atas ahli keluarga baginda dan sahabat-sahabatnya"

4) Kemudian baca al-Fatihah yang dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, para nabi, Sahabat, wali-wali dan para suhada’.
5) Beri salam kepada Nabi Ilyas a.s.
السلام عليكم يَا نَبِيِّ إِلْيَاس

 Assalammu’alaikum wahai nabi Ilyas"

Minta izin daripadanya untuk memetik bahan tersebut bagi kegunaan rawatan. Kalau daun tadi hendak digunakan untuk seorang sahaja sebut nama orang yang berkenaan. Perlu dijelaskan bahawa Nabi Ilyas adalah penjaga segala tumbuh-tumbuhan. Kemudian baru petik. Contoh :
 Assalammu’alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)
 petik daun tadi. .

Tambahan (untuk daun yang perlu di masak ):
-Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.
-Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka’abah (anti clock-wise).


Penutup :


Semua kaedah tadi boleh skip sahaja. Tapi yang utama jangan tinggalkan Salam kepada Nabi Ilyas, Nabi Tab, Selawat Nabi SAW dan Basmalah. Dan boleh juga menambah lebih panjang seperti Tasbih Nabi Yunus,Doa Nabi Ayub ataupun doa ini:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ (٨٠) سورة الشعراء

Yang penting tawakal dan jangan putus asa dengan rahmat Allah SWT.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama-sama dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Wallhua’alam.

kredit :

petua untuk mengambil bahan untuk rawatan

Kaedah Memberi Salam Memetik Daun


Monday, February 21, 2022

Kordes Jubilee

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


fadhilat dan kelebihan berselawat


al imran ayat 54

-Kordes Jubilee' merupakan bunga mawar berwarna kuning dan merah jambu pucat, dan sederhana wangi  
-Mawar ini dalam kategori  Hibrid Tea. Dengan bunga yang dihasilkan secara bebas dan musim berbunga yang panjang dari pertengahan musim panas, ia mungkin merupakan bunga ros yang paling digemari, sama popular dengan Floribundas dan Mawar Renek Moden. 
-Mawar ini sangat sesuai sebagai bunga potong kerana bentuk dahannya yang panjang pada tangkai bunga
-Ianya  tumbuh subur di bawah sinar matahari penuh atau teduh separa di tanah subur yang bersaliran baik. 
-Kebanyakannya terdedah kepada perosak dan penyakit dan mesti dilindungi seperti kebiasaanya rawatan yang dilakukan untuk pokok bunga mawar
-Mawar ini tahan lasak dengan batang berduri yang kuatdan tamapk maskulin. 
-Bunga-bunganya kebanyakannya berganda pada dahan yang berlainan dan kebiasaanya  wujud tunggal  dan bersaiz besar dengan rupanya yang menawan

Bunga Melur / Jasmine / Jasminum sambac

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Bunga Melur

Bunga Melur / Jasmine /Jasminum sambac

Bunga melur atau Bunga Melati Putih (Jasminum sambac) berbau harum seperti bunga mawar dan kenanga. Di dalam industri penghasilan minyak wangi (perfume) pati melur/melati ini bernilai tinggi, kerana kebanyakkan jenis minyak wangi yang menggunakan pati bunga ini sangat mahal harganya.

Pokok ini mudah untuk ditanam dan tidak cerewet untuk dijaga, rajin berbunga sekiranya dijaga baik iaitu memastikan penyelenggaan mengikut amalan hortikultur, seperti pembajaan, penyiraman, pemangkasan dan lain-lain

Kegunaan  Bunga Melur

1. Digunakan dalam industri wangian.
Selain digunakan sebagai tanaman hiasan, bunga melur juga bunga yang mampu menghasilkan bauan yang sangat mengharumkan. Banyak industri wangian menggunakan bunga melur sebagai bahan untuk membuat perfume.

2. Meredakan stress
Pernahkah anda mengalami stress yang begitu lama? Apakah yang mungkin anda lakukan sekiranya menghadapi situasi sedemikian? Percaya atau tidak bunga melur boleh membantu untuk mengurangkan stress. Teh yang memiliki aroma melur mampu memberikan ketenangan dan dapat merehatkan sistem saraf yang menegang akibat tekanan. Jadi bolehlah mula buat teh jasmin selepas ini.

3.Membantu mengurangkan berat badan.
Anda mempunyai masalah berat badan berlebihan? Sering menjadi bahan ketawa oleh kawan-kawan? Tahukah anda, banyak kajian yang membuktikan pengamalan meminum teh melur secara teratur mampu untuk mengurangkan masalah berat badan. Tetapi jangan lupa, bersenam dan jaga pemakanan juga penting untuk memastikan impian anda tercapai.

4. Merawat demam dan sakit kepala
Tahukah anda bahawa bunga melati merupakan salah satu tumbuhan yang mampu merawat gejala demam dan sakit kepala. Untuk merawat sakit kepala, bunga melur perlu ditumbuk sehingga lumat dan ditampal pada kepala. Manakala untuk merawat demam, daun bunga melur diambil dan direbus. Air rebusannya disapukan pada tubuh pesakit. Bunga melur juga boleh diletakkan pada rambut supaya rambut berbau harum.

Untuk demam dan sakit kepala boleh juga diambil segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya digunakan untuk membasahkan dahi.

5.Mengubati insomnia (sukar tidur)
Pastinya anda akan berasa tertekan jika berlaku situasi sukar untuk tidur terutama pada waktu malam. Hal ini bukan sahaja dapat mengganggu kitaran hidup kita tetapi boleh juga mendatangkan penyakit. Untuk pengetahuan anda, akar pokok bunga melur mampu untuk mengubati gejala ini dengan cara meminum air rebusan akarnya. Hal ini terbukti apabila kaedah ini telah pun digunakan sejak zaman dahulu lagi.

6. Menambah air susu ibu
Daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

7. Merawat sakit mata ( mata merah )
Segenggam daunnya ditubuk halus dan ditampal pada dahi. Setelah kering , tampal yang lain pula. Ulang hingga berasa sedikit lega (sembuh) .

8. Merawat bengkak gigitan serangga
Untuk mengubat bengkak dari gigitan lebah, segenggam bunganya diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.

9. Melegakan sesak nafas
20 helai daunnya di rebus dengan secubit garam hingga mendidih, tapis dan minum airnya.

Resepi Teh Bunga Melur
beberapa kuntum bunga melur
( ambil bersama daunnya sekali )
rendam dalam satu teko kecil air panas
biarkan seketika
(boleh tambahkan madu)
sedia untuk di minum

Resepi Teh Bunga Melur Pandan ( Ala Vietnam )
beberapa kuntum bunga melur bersama daunnya
2-3 helai daun pandan di potong-potong
rebus semua bahan ini hingga mendidih beberapa minit
sedia untuk diminum panas-panas

Sumber :
https://myjhanne.blogspot.com/2020/11/khasiat-bunga-melur-jasmine.html