1) Seperti tanaman lain apa yang diperlukan oleh pokok ros
adalah tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi
sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.) , air,
matahari & sumber nutrien baja.
2) Pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-
baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram
terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok
yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.
3) Berikan baja secukupnya untuk pertumbuhan daun dan bunga serta menambahkan nutrien
pokok.Gunakan baja organik ataupun kimia . Air basuhan beras & ikan juga boleh digunakan..
Sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana
pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga.
Potong kecil-kecil dan letakkan di dalam
pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros.
4) Selain itu, kulit udang, ketam juga boleh digunakan sebagai
penambah makro & mikro nutrien yang tinggi
5) Pokok bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh
terus diletakkan di bawah sinar matahari
6) Pokok ros yang telah habis berbunga perlu
dicantas untuk menggalakkan pengeluaran tunas dan bunga. Cubitan pada
tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boelh meningkatkan
pengeluaran bunga yang banyak.
7) Daunnya menjadi kuning dan
akhirnya gugur jika kurang air.
Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini.
8) Pokok ros juga senang diserang black spot, powdery mildew dan rust.
Sekiranya pokok anda terkena black spot, buang daun-daun yang terkena
penyakit. Boleh gunakan formula organik campuran
cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit.
Ianya lebih selamat brbanding penggunaan baja kimia.
salam..
ReplyDeletemenarik ni boleh jadi panduan saya