Tuesday, March 17, 2015

Tips menanam pokok bunga ros


1) Seperti tanaman lain apa yang diperlukan oleh pokok ros 
adalah tanah (campuran tanah kompos yang mengandungi 
sabut kelapa, pasir, sekam dan tanah bakar.) , air, 
matahari & sumber nutrien baja.

2) Pokok ros perlu disiram dua kali sehari dan sebaik-
baiknya pagi dan petang. Semasa menyiram jangan siram 
terlalu banyak air pada daun dan batang kerana pokok
 yang terlalu lembab boleh mengundang pelbagai penyakit.




3) Berikan baja secukupnya untuk pertumbuhan daun dan bunga serta menambahkan nutrien 
pokok.Gunakan baja organik  ataupun kimia  . Air basuhan beras & ikan juga boleh digunakan.. 
Sesekali letakkan kulit pisang pada pangkal pokok ros kerana 
pisang yang mengandungi potassium boleh membantu pokok bunga.
 Potong kecil-kecil dan letakkan di dalam 
pasu atau ditanam didalam pasu pokok ros. 

4) Selain itu, kulit udang, ketam juga boleh digunakan sebagai
 penambah makro & mikro nutrien yang tinggi

5) Pokok  bunga ros yang dibeli dari tanah tinggi tidak boleh 
terus diletakkan di bawah sinar matahari

6) Pokok ros yang telah habis berbunga perlu
 dicantas untuk menggalakkan pengeluaran tunas dan bunga. Cubitan pada
 tangkai ros baru adalah salah satu kaedah yang boelh meningkatkan
 pengeluaran bunga yang banyak.

7) Daunnya menjadi kuning dan 
akhirnya gugur jika kurang air. 
Jadi penyiraman yang betul boleh mengelakkan keadaan ini.


8) Pokok ros juga senang diserang black spot, powdery mildew dan rust.
 Sekiranya pokok anda terkena black spot, buang daun-daun yang terkena
 penyakit. Boleh gunakan formula organik campuran 
cili padi, minyak masak, bawang putih, cecair cuci pinggan dan kunyit. 
Ianya lebih selamat brbanding penggunaan baja kimia.

Pokok Bunga Orkid



Media yang biasa diguna untuk tanaman orkid adalah arang, sabut kelapa, batang/tunggul kayu 
ataupun pecahan batu bata. Sesetengah orkid menggunakan moss.

Arang harus direndam dalam air seketika agar air meresap kedalam dan membuang 
segala parasit ataupun benda asing yang tidak sihat untuk pertumbuhan Pokok Bunga Orkid

Sebelum masukkan batang pokok orkid pastikan akar-akar yang kering dipotong 
terlebih dahulu agar akar baru dapat tumbuh dengan baik dan sihat.

Pastikan Akar Pokok Orkid berada dekat dengan Arang, Sabut ataupun Batang Kayu
 agar akar mencengkam dengan cepat.

Sebelum masukkan batang pokok orkid pastikan akar-akar yang kering dipotong 
terlebih dahulu agar akar baru dapat tumbuh dengan baik dan sihat.


Lakukan rutin pembajaan dan siraman dengan teratur supaya pokok orkid mendapat keperluan secukupnya untuk berbunga. Contohnya semburan baja setiap 2 minggu dan siraman setiap pagi.

 Orkid dapat dibiakkan melalui 4 cara iaitu melalui anak Benih,
 keratan batang, Klutur Tisu dan Belahan Rumpun

Friday, March 6, 2015

Pokok hiasan dalam seluar jeans

Berbagai ragam plants in jeans untuk dijadikan rujukan kepada yang berminat..
(sumber dari google)
Cara-cara untuk membuatnya rujuk sini http://davesgarden.com/guides/articles/view/987/#b




















Sunday, March 1, 2015

Bunga Orkid 2 warna satu tangkai

Gambar2 di bawah : 01 Mac 2015


Semasa beli pokok orkid ni warna bunganya kuning dengan sedikit bintik2 merah dan ada 2 kudup yang belum kembang. Tak sangkap kudup yang last tu warnanya merah kerana yang kembang sebelum ni sama dengan yang sedia ada cuma sedikit bintik merah, Yang first kembang pula semakin hilang merahnya dan warna kuningnya makin terang..sukanya berwarna warni..

Gambar di bawah : 22 Februari 2015

..lihat  koleksi orkid..