Thursday, February 24, 2011

Khabar dari taman.. zoom in...dan macro..

Sebenarnya aku tengah geram ni pasal ada masalah sikit dengan taman aku ni, apa masalah tu, nanti lain kali la aku citer..
suspen ni...Tapi masalah tu bagi aku idea untuk
ambil gambar-gambar ni... 
layan jer la yer... 


my loving red daisy

daisy merah
dari tengah bunga daisy merah..

my daisy... dark pink..

dari tepi.. baru kembang nih..ada semut la kat dalam tu..
 
ni sekuntum  lagi..
begini la rupa bunga daisy kat tengah dia masa baru kembang, fresh lagi..



 
yang dah 3 hari kembang macam ni pula..


bunga daisy yang.. lebih seminggu kembang..


bunga rayaku.. warna orange..

yang ni orkid la..


Tu baru sikit tu, belum  tengok lagi bunga-bunga lain....
cukup la tu dulu..
cantiknya ciptaan tuhan kan... 
syukur alhamdulillah...

Monday, February 21, 2011

Pokok MATI KERANA KENA MAKI !

Dulu aku pernah cerita kan, pokok ni kita kena cakap dengan dia dan puji-puji sikit dia supaya dia sihat dan rajin berbunga.
Pokok juga ada reaksi emosinya, ianya dapat diukur melalui tindakbalasnya dengan menggunakan poligraf 
(alat untuk mengesan orang menipu).
gambar ni sekadar hiasan, bukan sebab kena maki ni..
Perkara ini telah lama diketahui melalui kajian, bila pokok itu diancam akan dibakar, pokok bertindakbalas dengan menyedut banyak air dan terdapat perubahan yang mendadak 
pada data poligraf (seperti ia tension atau takut).
 
Di Afrika, ada satu amalan iaitu mencaci maki pokok yang sukar ditebang supaya semangat pokok tu mati kata mereka. Pokok yang dicaci tu bukannya kecil tapi dah berusia
lanjut dan amat besar saiznya. Mereka akan bergilir-gilir mencaci maki pokok tu selama sebulan. Selepas itu pokok itu jadi mudah ditebang kerana semangatnya
dah punah dimaki... Macam pelik tapi cara tu berkesan dan masih diamalkan.
beginilah agaknya rupa pokok kat Afrika tu selepas dimaki..
Pokok sebenarnya sensitif terhadap kita, ia tidak boleh dikasari walau dengan perkataan. Mungkin jika kita bercakap dengan pokok pada waktu siang takut orang nampak & kata tak betul pulak kan, so, boleh aje buat pada waktu malam atau nyanyikan lagu pada pokok. 
Kalau tak reti nyanyi, pasang saja lagu. Pilihlah lagu yang yang yang berunsur kasih sayang seperti lagu cinta ke, yang sedap didengar, jangan pulak pasang lagu trash, nanti tensen pokok tu.
Jika selalu dilakukan pokok akan cepat membesar dan berbunga.

Ikuti apa kata mereka di forum tentang tips belai pokok :

Syd :  ....Anda boleh menyanyi sebarang lagu walaupun ia dicipta sendiri. Jika sentiasa dilakukan, bunga akan cepat berkembang, berbunga dan membesar. Tidak percaya? Cuba dulu

Krekogila : Kalau segan nak menyanyi, boleh pasang radio dekat pokok2 bunga, macam ibu saya selalu buat. Setakat ni kira rajin ler jugak pokok2 orkid dia berbunga, lepas satu, satu lagi.

Naba : chewah.....dah macam lembu kat Holland, deme dipasangkan lagu, susu diperah, lembu pun x tension..


p/s : begitu buruk kesannya caci & maki kan, apalagi pada manusia... 

Thursday, February 17, 2011

FAEDAH TANAM POKOK DARI SUDUT SAINS...

      Warna hijau adalah  menggambarkan alam semulajadi.Kesan dari warna ini adalah memberi suasana harmonis, teduh, santai, alami, menyejukkan, menyegarkan dan menenangkan.
hijau...pokok aku  ni adalah spesis draceana
 Mengikut kajian sains warna hijau memberi kesan positif dalam  membantu sistem imun tubuh untuk melawan penyakit atau virus .

Berikut pula adalah hasil kajian tentang faedah berkenaan pokok :
1.Berdasarkan kajian  NASA pokok yang di tanam dalam rumah dapat membersihkan toxin dalam udara sebanyak 87% dalam tempoh 24 jam (bergantung jenis pokok dan keluasan rumah). Ianya menapis toxic seperti ammonia, formaldehyde, carbon monoxiside,, benzene, xylene dan trichloroethyene

2. Membuatkan orang rasa gembira dan lapang (menurut Bruno Cortis, M.D., Chicago). Kajian menunjukkan pesakit hospital yang memandang keluar tingkat melihat tumbuhan di taman lebih cepat sembuh

3.Menurut  kajian University of Agriculture di Norway, pokok yang ditanam dalam rumah dapat membantu mengurangkan batuk, sakit tekak, selsema serta masalah berkaitan sebanyak 30% iaitu dengan meningkatkan kualiti udara

4.Didapati kebanyakan tempat kerja serta badan kerajaan yang meletakkan pokok didalam pejabat. Kesannya, ianya meningkatkan lagi kreativiti dan produktiviti para pekerjanya (persekitaran hijau/pokok diletakkan dalam linkungan 45 kaki dari para pekerja)
 
Adakah anda tahu bahawa dunia kita semakin dicemari,
oksigen yang kita sedut kurang berkualiti kerana letusan gunung berapi, pembakaran hutan, aktiviti perindustrian, jumlah kenderaan meningkat tiap saat, pembakaran terbuka, malah penggunaan alat elektrik seperti peti sejuk & penyaman udara juga mencemarkan udara kita (pelepasan gas cfc)

Jadi aku rasa topik kali ni adalah penting bagi semua ambil perhatian.Nak cerita pasal pencemaran udara ni pun panjang sangat sebenarnya. Cari la sendiri kat website.... Yang penting aku nak bagitau ini :

Berikut adalah senarai pokok yang paling efektif menapis udara 
( Top three air cleaning plants
 1.) Madagascar Dragon Tree a.k.a. Red Edged Dracaena: Pokok ini antara pokok yang popular di tanam di dalam rumah. Tidak boleh disiram terlalu banyak

2,) Warneck Dracaena: Pokok ini juga popular menapis  benzene, trichloroethylene, xylene & toluene dari dalam udara
3.) Peace Lily: Terdapat pelbagai spesis, bentuk & warna, hanya perlu disiram sekali seminggu (pastikan air tidak berklorin) Menapis benzene, formaldehyde, acetone, amonia and trichloroethylene dari dalam udara.
Red edge draceana.. - best clean air tree..

ini draceana draco, pernah nampak kat tepi jalan kan
ini aku punya, spesis draceana juga, letak dalam rumah, medium air & batu


Mengikut sejarah pokok draceana draco adalah spesis pokok purba yang masih hidup (seperti gingko biloba, satu2nya pokok yang hidup selepas Hiroshima di bom, banyak khasiat pokok tu) Panjang cerita pasal pokok draceana ni dan ada bermacam spesis, banyak terdapat di pulau misteri di Yemen iaitu pulau Socotra 
(kalau ada masa nanti aku buat tajuk tu)
Terdapat kira-kira 5,000 jenis pokok dragon blood @ draceana di pulau tu, bawah ni contoh pokoknya..
nampak macam pokok purba kan?Nampak macam kat planet lain lak, hu hu (klik gambar utk besarkan)
Manakala pokok yang paling efektif menghasilkan oksigen adalah :
(Top three oxygen producing plants) 
1.)Tauge.. Jika anda tanam sendiri benih kekacang , ianya bukan sahaja menambahkan oksigen semasa tumbesarannya tapi anda juga dapat manfaatnya dengan memakannya mentah2.

2.) Snake Plant a.k.a. Mother-In-Law’s Tongue ( pokok lidah mak mertua @ lidah jin): pokok ini unik kerana menukarkan banyak CO2 (carbon dioxide) ke O2 (oxygen) pada waktu malam, sesuai di letak dalam bilik. Pokok ini juga boleh menapis formaldehyde  dalam udara.
Kajian menunjukkan jika anda terkurung dalam bilik yg kedap udara dengan hanya diletakkan pokok snake plant dan areca palm, anda boleh hidup dengannya kerana bekalan oksigennya yg cukup (mengikut saiz bilik tertentu, dengan jumlah orang yang tertentu)NASA buat kajian ni. Kajian sebagai alternatif sebagai bekalan oksigen bila berada di angkasa)
inilah snake plant tu, biasa orang panggil lidah jin. This is the best oxygen production

ini aku punya, letak dalam rumah, guna gel paling senang
3.)Areca Palm : pokok ini bukan hanya menapis xylene & toluene di dalam udara, tetapi juga menukar lebih banyak CO2 (carbon dioxide) ke O2 (oxygen)sepanjang hari.
 Areca palm
Pokok yang ditanam/diletakkan didalam rumah perlu dibersihkan daunnya - lap dengan kain basah @ spray air ke daunnya agar pori2 tidak tersumbat debu (kebanyakan debu halus tu adalah sel kulit kita sendiri yang telah mati..)

Monday, February 14, 2011

Daun yang cantik

Sesetengah  pokok hiasan ditanam bukan kerana bunganya tapi kerana daunnya yang menarik..  Kelebihan pokok  begini adalah, ianya senang dijaga kerana sifatnya yang tahan lasak. Siram jarang-jarang pun masih boleh hidup, tak cerewet, jangan sampai tanahnya jadi gersang sudah, kan mati pulak..
pokok pagoda

pokok asparagus
pokok aloevera (pokok ni senang membiak, ia beranak ramai, hu hu)

Pokok yang bawah ni  pula ambil dari pasu ibu mertuaku..hu hu..(dia tak marah. kalau nak cilok, cilok ajer..) Masa ambik tu anak kecik cinonet  jer... sekarang dah besar..
Pokok daun comel ni juga sebenarnya jenis berbunga, warna merah, belum kuar lagi ni.(nak biakkan pokok ni, ambil saja anak yg berjuntai kat hujung tu & tanam).
yang ni pulak mak aku punya, comel kan?
ini aku punya, suka colournya, ia 'hihglight' atau menyerikan suasana

Pokok berdaun cantik yang daunnya berwarna warni perlu dapat cukup cahaya tau, kalau tak warnanya nanti tak berapa cantik dan tak terang.
Pokok ni masa baru beli daunnya sikit je, jadi rimbun setelah setahun ditanam (belalang suka makan dia ni). Ramai yang minat pokok ni & tanya beli kat mana, memang nampak lawa dari jauh

Untuk memastikan daunnya sentiasa cantik & menarik, rajin2 la gunting & buangkan daun yg kering @ rosak. Ada sesetengahnya di sapu dengan gloss yang khas untuk daun (dijual kat nurseri @ supermarket)supaya daunnya berkilat!
(ini mak aku punya ni)
pokok ni senang sangat nak biak, tu anak dia kat atas daun (yang cinonet2 tu..) ambil & tabur saja atas tanah, biasa ia luruh sendiri je..

Cukup la tu kan.Di antara pokok berdaun cantik yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia pula ialah pokok puding, ada yang berdaun merah, kuning, hijau, putih..(yg ni gmbr dr google)
pokok yg sebelah kiri , bawah sekali tu beracun tau! Kalau ada anak kecil kat rumah jangan tanam,boleh keracunan bila termakan (ops, yg kanan atas sekali  tu pokok ati2 bukan puding)

p/s : Lepas ni aku nak citer tentang faedah tanam pokok dari sudut sains pulak, nantikan sambungan seterusnya..
... Chow dulu....

Tuesday, February 8, 2011

Makan bunga ros, mandi bunga ros, tidur bunga ros..

  Entry kali ni adalah sinambungan dari yang sebelum ni (kelebihan & khasiat bunga ros) Aku saja letak tajuk ni sebabnya tengok la gambar2 ni...


   Kat negara kita yang selalu kita jumpa produk berasakan bunga ros adalah mandian, pencuci tangan, bedak dan wangian tapi rasanya tak nampak pula jem bunga ros,madu dengan bunga ros, kek bunga ros, puding bunga ros kan?
Jem bunga ros, madu + bunga ros,aiskrim + bunga ros, donut,saffron yogurt ros, kek  ros..
 
Kat eropah diaorang ada ladang bunga ros yang luas.. dan ada pula buku tentang cara-cara nak makan bunga ros ni dan penyediaan minuman dengannya. Bagi aku cara paling senang adalah  makan begitu saja atau cuba buat ulam macam sayur atau makan dengan aiskrim. Boleh juga rendam saja dalam air panas & minum airnya.

Ladang bunga ros dan produk berasaskannya

Mandi bunga ros:
   Dulu-dulu orang mandi bunga sebab susah nak dapat jodoh kan? Dan selalunya ramuan tu orang tertentu yang buat dgn bacaan tertentu (Kena hati2, silap2 boleh khurafat, niat,cara & pemahaman kena betul konsepnya). Sekarang dah banyak kajian menunjukkan mandi bunga itu sendiri sebenarnya memang bermanfaat. Ini kerana aura & energi bunga itu sendiri boleh menstabilkan emosi kita & meningkatkan tahap kesihatan dan keceriaan  secara tak langsung.

    Air digunakan sebagai medium kerana menurut fakta saintifik, air dapat membawa masuk tenaga dan gema getaran yang telah terakam samada dari khasiat bunga atau bacaan ayat suci Al Quran . Ia kemudinnya meresapi tubuh badan melalui reseptor bulu roma lalu merangsang hormon-hormon didalam badan. Air sebenarnya berkebolehan merakam gema getaran samada dari bunyi termasuk kata-kata dan juga dari niat kita. 

      Kita boleh buat sendiri mandi bunga di rumah dengan dimulai dgn Bismillah, selawat dan niat yang betul  (spt utk menyerikan/membersihkan aura dan menenangkan fikiran)
Antara cara mandi bunga ros :
- Dapatkan bunga ros, relaikan kelopaknya dan bersihkan dahulu. Rendamkan bunga ros ke dalam air panas seketika untuk mendapatkan aromanya. Selepas itu barulah dicampur dengan air lain didalam bathtab. Tambahkan sedikit minyak aroma terapi untuk kesan yang lebih. Berendamlah selama yang boleh sambil menikmati aromanya (Mandi & bersihkan badan terlebih dahulu).Gosokkan kelopak bunga pada badan. Selepas itu biarkan ianya kering sendiri supaya aroma bunga meresap ke tubuh. 
-Ada satu cara lagi, air bunga ros dalam bathtab tersebut dicampur dangan cocunut milk- santan - setengah cawan (tp aku rasa lebih baik campur susu drpd santan sbb ia berminyak)
-Dr Bach pula menyarankan, bunga ros tersebut diletak di dalam air kemudian di jemur di bawah cahaya mentari  dahulu untuk mendapatkan energinya. Dengan ini energinya akan bersatu dengan air. Selepas itu barulah diguna.
-Cara lain adalah campurkan bunga ros dengan bunga-bunga lain yang wangi, masukkan terus ke dalam bekas air mandian.

-Kalau tiada bathtab, boleh juga guna air bunga sebagai bilasan terakhir selepas mandi.
   Susah-susah bathtab pun tak ada kat rumah, pergi mandi bunga ros kat spa jer la.. ada spa yang buat mandi bunga dan mandi susu..

Lepas tu jom tido pun bertemankan ros..


Jumpa lagi... chow dulu..

Friday, February 4, 2011

Kelebihan dan Khasiat BUNGA ROS

 Bunga ros yang juga di anggap sebagai "Ratu Bunga ' kerana keistimewaannya dan simbolik dalam kehidupan. Ianya bukan saja menjadi lambang cinta tapi keharuman serta kegunaannya  sebagai penawar yang boleh merawati pelbagai penyakit.


 Daripada apa yang ku tahu, ada petua mengatakan petiklah bunga ros pada waktu pagi ketika ia mekar segar, lalu cuci sebersihnya, kelopaknya boleh dimakan  sambil berselawat sebagai petua untuk awet muda.
Bermula dari zaman dahulukala Kaum Greek dan Roman menggangap ros sebagai simbol  kecintaan kepada Tuhan dan digunakan dalam penyediaan makanan.
Kesemua bahagian bunga ros mempunyai khasiatnya yang tersendiri samada kelopak, air ros , minyak pati ros dan buah bunga ros memberikan kesan transformatif kepada minda, badan dan pemikiran manusia.
Berikut adalah khasiat bunga ros  :


1. Mencium bau bunga ros dapat menguatkan daya ingatan mereka yang mudah lupa. (Berdasarkan penyelidikan saintis Jerman)             2. Meredakan kebimbangan dan kemurungan (anti -depressi)
3. Menenangkan ketegangan saraf dan emosi.(menenangkan perasaan)
4. Merawat ulser perut
5. Meransang penghasilan hempedu oleh pundi hempedu
6. Sebagai antiseptik dan merawat kulit yang luka ,terbakar , ruam dan ekzema.
7. Merawat jangkitan pada mata.
8. Meredakan sakit tekak
9. Merawat infeksi  pundi kencing
10. Memberi kesan penyejukan  pada badan – merawat demam dan selsema.
11.Merangsang pertumbuhan tisu dan penghasilan kolagen (awet muda)
12.Membuka penutupan pada saluran bronkial (paru-paru)
13.Membantu proses penghadaman
14.Mengekalkan kesihatan usus
15.Mengandungi bahan pengantioksida – Flavonoid yang dapat menentang kanser dan penyakit kardiovaskular.
16.Mengurangkan keradangan dan kesakitan sendi seperti  pesakit osteoarthritis.
17.Melancarkan kitar haid dan masalah rahim.
18.Mengandungi vitamin A ,B3, C, D dan E.
19.Merawat cirit-birit
20.Menghilangkan keletihan
21.Menghilangkan sakit kepala dan pening
Hebat kan bunga ros ni, sebab tu la aku sayang dan suka sangat  bunga ros ni..
Inilah ros yang dikeringkan, untuk direndam dan di minum airnya untuk mendapat khasiat seperti di atas (ada dijual di pasaran, aku belum cuba beli lagi..nanti nak beli)
Nak makan bunga ros ni...? baunya wangi..
Lepas ni jom kita makan bunga ros...
...Chow..

Tuesday, February 1, 2011

Jom kenal SI BUNGA DAISY

    Sekali pandang daisy kuning ni nampak macam bunga matahari dan ada yang ingat ini adalah bunga matahari.. Ada dua jenis pokok bunga daisy yang ku tanam, satu yang dahan bunga agak pendek dan satu lagi dahan bunganya panjang. Ada yang sekali berbunga hanya sekuntum, ada yang berkelompok bunganya.  Pokok bunga ini menghasilkan warna bunga yang terang dan menarik bila pokoknya di letakkan di tempat yang banyak cahaya.
Daisy  ni menyegarkan mindaku..


Daisy kuning ni buat aku ceria bila di sisinya..

   Jika pokok ini ditanam di tempat yang agak panas, pastikan ianya disiram sekurang-kurangnya sekali sehari pada sebelah petang. Ataupun dua kali sehari pada hari panas terik (pagi dan petang). Jika kekurangan air, bunganya akan cepat layu dan tidak tahan lama. Biasanya bunga ini tahan selama seminggu.
Pokok bunga daisy ni biasanya berbunga 2-3/4 kuntum sekali.

Daisy merah ni berbunga sekali sekuntum jer
   Pembajaan macam biasa la disyorkan baja organik 2 minggu sekali supaya ianya subur..nampak macam sawi pulak daunnya ni.. Dan awas daunnya menjadi kegemaran belalang..
Bunga daisy pink ni berdahan pendek..

Bunga daisy pink-merah ni juga berdahan pendek dan agak rapat dengan daun

Daisy kuning ni berdahan panjang ni agak leceh coz batangnya boleh patah  & kena tongkat dengan kayu..
   Untuk membiakannya, pecahkan rumpunnya (boleh dibelah dua dengan menggunakan pisau, potong bersama dengan tanahnya sekali) dan tanam ke dalam pasu lain. Dengan cara ini kita boleh menghasilkan banyak pokok. Tapi perlu hati-hati jangan sampai ada yang patah..