Monday, January 17, 2011

MAKSUD WARNA BUNGA ROS

Pernah menerima bunga ros dari seseorang?  Tahukah kamu apakah maksud yang tersirat di sebalik warna bunga ros. Kenapa selalunya orang lebih suka memberikan bunga ros merah berbanding warna-warna lain. Di sini diceritakan serba sedikit mengenainya:-

Ros merah 
menunjukkan si dia mencintaimu dengan sepenuh hati dan ingin bersamamu buat selamanya..melambangkan rasa cinta yang mendalam atau cinta sejati.



Ros kuning
Menunjukkan kegembiraan dan ambil berat atau ungkapan selamat kembali. Juga menunjukkan si dia ingin menjadi sahabatmu. Ros kuning juga dikatakan untuk menunjukkan perasaan cemburu terhadapmu..(kalau banyak sangat makna begini ku tak faham kenapa orang bagiku ros kuning tadi, he he..acah je.)

Ros putih
Menunjukkan rasa cintanya yang sejati sepertimana warna bunga ros itu. Di negara barat bunga ros ini sering digunakan dalam majlis perkahwinan melambangkan kesucian cinta pasangan.

Ros merah jambu
Mengungkap rahsia yang sekian lama terpendam bahawa kamulah cinta pertamanya dan menjadi idaman hatinya. Juga membawa maksud  mengagumimu dari jauh dan sebagai tanda penghargaan. 
Ros merah jambu juga melambangkan kelembutan dan simpati si pengirim.

Ros hijau
Menunjukkan tanda kesetiaan, ia juga adalah warna alam yang merupakan simbol kedamaian..(mana nak cari bunga ros ni..? ;p)

Ros Oren
Menunjukkan kesungguhan dan keinginannya terhadap kamu. Warna oren melambangkan sifat aktif seseorang. 

Ros purple
Warna ini adalah warna misteri dan membawa maksud tersimpan rahsia. Juga menunjukkan keinginan atau memberi mesej cinta pandang pertama.

 Ros hitam
Warna ros ini adalah yang sukar diperolehi dan ia melambangkan betapa sukarnya untuk memenangi atau menambat hati seseorang

Kombinasi warna merah dan kuning menunjukkan kegembiraan
Kombinasi warna merah dan putih pula melambangkan kesepakatan


No comments:

Post a Comment